Kami Adik Beradik Selalu kena Perli




Salam ke-26 Ramadhan. Masih bertenaga untuk beribadah? Owh, jam sudah menunjukkan angka 1:13 pagi. Di luar kedengaran rintik-rintik hujan membasahi bumi milik Allah SWT. Terasa tenang untuk meng'update' entri pepagi hari gelap nih.

Esok akan ada pemberian ikhlas kad raya kepada anda. Di mana? Nantikan sahaja. Yang pastinya di seluruh negeri tanah malaya di Malaysia. Okeyh, mari kita bercerita tentang kita ibadah yang sinonim dengan bulan Ramadhan ini. Bagaimanakah dengan ibadah sunat kalian? Adakah kalian rasa bertambah daripada bulan-bulan lain? InsyaAllah, ramai yang berlumba-lumba melakukan ibadah-ibadah sunat dan tidak lupa yang wajib untuk meraih pahala berlipat-lipat ganda. Semoga setiap apa yang kita lakukan diberi ganjaran pahala olehNya.

Berbalik kepada topik di atas, jom risik-risik jengah siapa saya kami adik-beradik sebenarnya. Hee. Di usia kami adik beradik yang masih muda belia remaja ini, kami memang selalu kena perli. Kenapa? Kami nih bukanlah se'rajin' generasi sebelum-sebelum kami dalam bab-bab ibadah nih. Contohnya, nenek saya setiap hari buat qiam. Sejak di usia muda remaja macam kami sekarang nih sampailah usianya meningkat tidak muda. Bukan sekadar qiam, ditambah pula dengan puasa sunat Isnin Khamis. Kami? Apalah sangat yang ada pada kami yang sangatlah pemalas tak rajin.

Apa yang diberitahu di sini bukanlah untuk membanggakan darah daging saya sendiri tetapi untuk dijadikan teladan buat saya dan adik beradik juga. Apabila umi dan nenek saya mula bercakap tentang ini, kami adik beradik mulalah buat muka khusyuk dan tawaduk mendengar nasihat mereka. Di dalam bilik memasing, mula berfikir apa yang dinasihatkan. Kami memang tak rajin. Ini kami belum ada keluarga sendiri, kalau kami adik beradik nih dah berkeluarga beranak-pinak, bagaimanalah ye keadaannya nanti? Huhuhu. 


Merenung jauh ke kanan.
^_^'

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat