Hobinya memutar stereng.
Dan apa-apa sahaja yang boleh diputar
walaupun hanya remote control dan juga handphone.
Kek Hari Lahir pertama si kecil.
Permintaan uminya yang suka kek lobak merah dan walnut.
Maka, inilah hasil tempahannya buat anak sulong kesayangan semua.
Memotong kek bersama si nenek
Nenek tidak mahu ketinggalan
untuk bergambar kenangan bersama si kecil.
Sanah helwah Megat Ilham.
Nama si kecil diberi oleh ayahnya. Nama diberi adalah Megat Ilham. Walaupun usianya dah 1 tahun, masih bertatih dan mampu berbual mesra, namun si kecil ini tetap menjadi kesayangan semua orang termasuklah atok, nenek, pakcik-pakcik dan mama-mamanya. Semoga si kecil akan menjadi anak soleh kepada umi dan ayahnya sekaligus menjadi seorang pejuang dan mujahid dalam mengembalikan semula kehidupan Islam di bawah pimpinan seorang Khalifah. Amin. Amin ya Rabbal 'ala min.
Sedikit perkongsian daripada saya. Semua ibu bapa atau yang bakal menjadi ibu bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
Sabda Rasulullah SAW : “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 38 yang bermaksud : "Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)