Kuala Lumpur 19hb September 2010 bersamaan 10 Syawal 1431H - Disaat umat Islam seluruh dunia sedang meraikan Hari kemenangan pada Syawal yang mulia ini, kita digemparkan dengan satu lagi penghinaan dan agenda jahat Barat terhadap Islam. Kali ini alasan mereka adalah sempena memperingati Hari Ulangtahun Tragedi Serangan 11 September 2001 dengan merencanakan satu rancangan penuh kebiadaban oleh sekelompok puak Kristian di Florida, Amerika Syarikat. Terry Jones, seorang paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dan menyeru warga Amerika untuk memperingati Tragedi itu dengan menjadikannya sebagai “International Burn a Koran Day” (Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa).
Walaupun kelompok ini membatalkan rancangan mereka di saat-saat akhir, namun penghinaan terhadap Islam tetap berlaku pada 11 September lepas, oleh sekumpulan ekstremis Kristian di beberapa negeri AS yang dengan biadabnya mengoyak dan membakar beberapa muka surat dan naskah Al Quran. Nyatalah peringatan Allah kepada kita sebagaimana firmanNya: “Mereka (kaum kafir) tidak pernah berhenti (menimbulkan) kemudaratan atas kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi” [TMQ Ali Imran (3):118].
Peristiwa ini telah mencetuskan pelbagai bentuk bantahan dan demonstrasi sebagai reaksi amarah umat Islam di serata dunia dalam menyatakan sikap dan pendirian mereka terhadap isu yang menghina Islam dan umat Islam itu.
Diatas kesedaran betapa hinanya perlakuan kaum Kuffar Barat ke atas umat Islam, tanpa adanya pembelaan dari seorang pun pemimpin Muslim yang sepatutnya menjadi pelindung kepada Deen Allah ini, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan perhimpunan dan edaran nasyrah kepada umat secara serentak dibeberapa negeri di seluruh negara bagi menyedarkan umat Islam yang ada pada hari ini betapa penting dan mendesaknya kewujudan dan keberadaan suatu institusi Negara(Khilafah) dengan seorang pemimpin(Khalifah) yang akan berperanan sebagai perisai dan pemelihara kepada Islam. Hanya dengan adanya institusi Khilafah yang menerapkan sistem kehidupan yang menyeluruh(kaffah), berpandukan Al Quran dan Sunnah Rasululluh SAW sahajalah maruah Islam dan umatnya akan dapat dikembalikan, sebagaimana yang pernah dikecapi seperti di zaman keemasan Islam yang terdahulu.
Para aktivis Muslimah HTM dan pendokong perjuangan Hizbut Tahrir di Selatan, Utara dan Wilayah Tengah Tanahair telah berkumpul di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti Masjid Jamek, Masjid India, pasar tani, stesen bas dan dibeberapa lokasi lain sambil memegang sepanduk dan poster dengan pelbagai seruan yang tertulis diatasnya. Nasyrah Syawal MHTM serta suara rasmi mingguan HTM, Sautun Nahdah yang bertajuk “Tanpa Khilafah, Islam Terus Dihina” [klik sini untuk baca!] juga telah turut diedarkan ketika demonstrasi bantahan itu di lakukan. Sambutan daripada umat di seluruh Malaysia secara keseluruhannya amat baik dan kebanyakannya bersetuju dengan tindakan bantahan yang dilakukan, serta perbincangan dengan umat juga menunjukkan mereka bersetuju tentang perlunya ada seorang pemimpin umat Islam yang benar-benar menerapkan sistem Islam dan hanya jihadlah satu-satunya jawapan kepada kebiadaban kaum Kuffar Barat ini.
Dikesempatan ini, Muslimah Hizbut Tahrir ingin menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya yang berada di Malaysia pada hari ini untuk berjuang bersama-sama dengan Hizbut Tahrir Malaysia bagi merealisasikan keyakinan dan kemuliaan ini. Firman Allah SWT: “dan Katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [TMQ At Taubah (9) : 105].
Untuk gambar-gambar sekitar protes dan demonstrasi bantahan, sila lihat sini ye, Protes dan Demonstrasi Isu Pembakaran Al-Quran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)