Okeyh, cerita hari ini ye. Alhamdulillah kerana ana sudah menghabiskan puasa enam untuk tahun ini, 1431H. Ganjarannya hanya Allah SWT yang berhak menentukan. Sepanjang petang, ana berjalan-jalan ke belog rakan-rakan. Ada belog yang menceritakan kisah peribadi, kisah masakan dan tak ketinggalan juga pembangkit rohani untuk mengharap redha Ilahi.
Pembacaan ana ke belog ini memuhasabah kembali diri yang hina lagi kerdil. Segala coretan di belog berwarna merah jambu itu amat menyentuh kalbu. Tapi segala isi yang dikarang juga perlu disertakan dengan tsaqafah Islam agar segala yang dipaparkan kepada pembaca yang juga umat mendapat maklumat untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Apapun bagi ana, segala coretan santai yang berilmiah sebegini perlu diaplikasikan dengan pemikiran Islam agar kehidupan Islami bisa dijalani oleh para pembaca termasuklah ana. InsyaAllah. Semoga kehidupan berumahtangga yang dibina pemilik belog .:: HaRuMaN MaWaR ::. ini sentiasa memdapat keberkatan Ilahi. Amin. Doa ini juga ana aminkan buatkan pasangan-pasangan suami isteri bakal ataupun sudah, buat kaum keluarga, umi abah, maknek dan arwah atok, makda pakda, sahabat handai, insan-insan tersayang lagi dirindui, individu-individu serta ana sendiri.
Berbalik kepada tajuk yang ana coretkan di sini. Memasak juga satu ibadah. Yang penting adalah ikhlas. Apabila kita ikhlas, maka pahalalah yang akan diberikan sebagai ganjaran. Bukankah senyuman yang diukir oleh sesiapa sahaja yang merasai masakan kita, kita juga akan bahagia? Begitu juga ana. Memasak mungkin mudah bagi ana dan mungkin juga susah bagi sesetengah orang. Kenapa mudah dan kenapa pula susah? Mudah sebab kita suka masak. Susah sebab jarang-jarang memasak.
Mungkin ada bagusnya juga apabila seseorang itu suka makan macam ana nih. Maka, dengan gembiranya ana suka memasak. Petang tadi, sahabat ana telah membeli belah bahan-bahan basah dan kering di pasaraya. Dan dia teringin nak makan ikan siakap kukus. Ana masakkan sebab dia meminta. Alhamdulillah, 2 sahabat anak gembira menikmati masakan ana itu. Ana juga gembira sebab mereka gembira. Apa yang penting adalah keikhlasan.
Kalau di rumah, ana juga memasak. Bukan anak nak tunjuk pandai di sini sehinggakan ada pembaca yang mungkin ada sindrom loya-loya sampai nak muntah. Apa yang ana coretkan di sini semata-mata untuk berkongsi dan mengajak para wanita untuk ikhlas dalam melakukan sebarang kerja-kerja rumah. Ana ambil sedikit coretan Puan Insyirah yang membuat ana tersedar, "Apabila buat sesuatu pekerjaan, ana tidak melakukan kerana ana seorang isteri tetapi sebagai hamba Allah. Apa sahaja pekerjaan di rumah mungkin bagi orang lain merasa "Wah, best jadi isteri. Buat air pun dapat pahala" ana terasa nak ketawa berguling sahaja dengan ayat ini okey! Serius, nampak sungguh rigid dan terlalu sempit skop kebajikan yang disuntik ke dalam minda para wanita sehingga hanya melihat perkahwinan sebagai medan mengumpul pahala."
Betul kata isteri yang berusia muda ini. Mengumpul pahala bukan hanya apabila kita telah bersuami. Berbakti kepada kedua orang tua juga mampu kita lakukan untuk mengumpul pahala. Yang penting kena ikhlas. Ana juga sedang dan berusaha untuk belajar mengikhlaskan diri dengan segala suruhan kedua orang tua ana. Tipulah kalau ana katakan yang ana tak pernah memberontak dengan mengikut sahaja arahan dan suruhan orang tua. Ana juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. Tapi atas nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh abah tersayang dan umi tercinta serta kaum keluarga yang memahami kehidupan Islami, maka ana perlu berusaha untuk sentiasa ikhlas dalam segala perkerjaan. Tidak rugi jika kita ikhlas malah dapat pahala lagi.
Ana masih berkira-kira untuk meletakkan gambar masakan petang tadi. Tapi ana rasa, biarlah ia menjadi santapan mata ana dan 2 sahabat ana sahaja. Semalam ada cerita menarik untuk dikongsikan. Aksi muslimah turun padang bersama umat. Pengalaman yang dirasai oleh 2 gadis remaja ini membakar semangat ana. Sedih rasanya ana dan umi tak dapat menyertai aktiviti yang dilaksanakan semalam. Apapun, doa ana sentiasa mengiringi sahabat-sahabat seperjuangan. Segala usaha yang dilakukan oleh kalian insyaAllah akan diberikan ganjaran yang setimpal. Ini cerita pengalaman mereka, Kembara Hidup dan Kemuliaan Islam.
Hanya mereka yang inginkan kebenaran akan berani.
Takut kerana salah,
berani kerana benar.
Maka akan kusampaikan kebenaran
biarpun nyawaku melayang.
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
kalau mcm tu, tlg masakkan saya chicken chop, ayam berempah, nasi tomato.. hehehe
ReplyDeletehehehe..
ReplyDeletechicken chop, ayam berempah, nasi tomato ana tak pernah buat..
kalau anta nak, kenalah cari isteri yg boleh masakkan anta makanan2 itu.. hee