Dasar Perempuan Memang Begini Ker??



Alhamdulillah, khalas juga kerja mengedarkan kad raya kepada orang ramai.Kan saya dah beritahu kat entri yang lepas yang saya akan mengedarkan kad raya dengan ikhlas. Siap ada gula-gula lagi dalam goodie bag tuh. Rugi siapa yang tak nak ambil. Tapi ada juga yang tak nak ambil, agaknya terkejut kot tengok muka saya yang sangat tak mesra tapi comel. Hee.

Mari saya review sikit kad raya yang diedarkan tadi. Tapi bukan yang baru diambil gambarnya sebab saya terlupa. Proses memasukkan kad raya serta bahan-bahan lain dilakukan dengan pantas sehingga terlupa nak snap. Kad raya diedarkan dalam 2 ratus lebih bersama goodie bags tersebut.

Kad Raya HTM. 
Sila nantikan edarannya di tempat anda!! =)

Haaa.. Inilah kad raya yang telah diedarkan kepada orang ramai di Pasar Tani Shah Alam sekitar jam 11.20 pagi. Terlalu ramai lautan manusia di sana. Nak mencari parking kereta juga sudah memakan masa beberapa minit. Bukan hanya pasar tani, malah Mega Sale juga berlangsung di sana. Tidak hairanlah jika ramai yang sanggup meredah kesesakan ke situ untuk membeli dan memborong barangan sempena Hari Raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi.

Owh ya! Berkenaan dengan video di atas. Terlupa lak saya sebab terlalu excited bercerita tentang edaran kad raya. Saya on facebook tadi dan ternampak ada my friend yang post video nih. Saya ingat apalah, rupanya wanita sanggup meredah gaung yang dalam demi wang. Lelaki yang terakhir itu tak perlu bersusah payah nak mendapatkan si perempuan nun jauh di seberang. Hanya dengan mengatakan, 'Hey, girl! I have money.' Tanpa berfikir panjang, perempuan itu terus sahaja terjun gaung untuk mendapatkan si jejaka. Sedangkan dah beberapa orang jejaka bersusah payah untuk mendapatkan si perempuan itu tetapi semuanya mati. So sad.

Betulkah perempuan sekarang begitu perangainya? Mungkin ada sesetengah perempuan yang memang mata duitan ataupun dalam peribahasa melayunya adalah pisau cukur. Kalau difikirkan kembali, sekiranya ada video begini yang dikongsikan untuk tontonan ramai, bermakna memang adalah kan perempuan yang sebegitu. Zaman sekarang nih semuanya perlukan duit. Tak mustahil ada sesetangah perempuan akan jadi seperti itu kan. Saya tinggalkan 1 persoalan buat yang sudi menjawab dan berfikir. Mengapakah ia terjadi?


Seronok mengedar kad raya.
Seperti tahun-tahun lalu.
Hanya beberapa minit sahaja,
bila lautan manusia di depan mata.
(^_^)

1 comment:

  1. Salam, Dunia yg tercipta xkan pernah cukup bagi owg yg hidup menuruti nafsunya dari menuruti perintah Allah. (Pada Saya la...hehehe)

    http://raitojournal.blogspot.com/

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat