Ramadhan Berlalu, Maksiat Berleluasa

Dah masuk hari kedua saya berpuasa enam. Bagaimana dengan anda? Sudah memulakan puasa sunat atau qadha? Kalau dikira-kira dah masuk hari keempat kita berhari raya. Bermakna dah empat hari jugalah Ramdhan meninggalkan kita. Sayu rasanya apabila bulan yang penuh barokah itu pergi tanpa dipinta. =(

Sepanjang empat hari berlalu, banyak rancangan-rancangan televisyen yang telah menghiasi lebaran kita pada tahun ini kan. Dan kebanyakan malam lebaran kita dihidangkan dengan filem-filem seram lagi menakutkan seperti Gong sehingga pemikiran-pemikiran yang ditanamkan di dalam filem tersebut membuatkan kanak-kanak percaya. Iya, perkara ghaib itu memang wujud. Tapi dengan dihidangkan filem-filem sebegitu membuatkan pemikiran kita yang dewasa ini semakin mundur dan mundur apatah lagi kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa.

Semalam, sempat juga saya menyaksikan sebuah rancangan Siti Nurhaliza. Stylistika SITI. Saya akui, saya pernah meminati si cantik Datuk Siti Nurhaliza suatu ketika dahulu. Itupun di awal pembabitan beliau dalam arena seni. Tak silap saya kerana tahi lalat manisnya itu yang membuatkan saya meminati beliau. Okeyh, rancangan hiburan seperti itu juga akan berleluasa di kaca tv kita selepas Ramadhan berlalu.

Adakah maksiat hanya dihentikan apabila Ramadhan datang dan diteruskan sampai lewat pagi apabila lebaran menjelma? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat