Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

[O ye who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that ye may (learn) self-restraint.) (Al-Baqarah 2:183)

[O ye who believe! fear Allah as He should be feared, and die not except in a state of Islam.] (Ali `Imran 3:102)

“Every deed of the child of Adam is for him except fasting; it is for Me and I shall reward it. The (bad) breath of the mouth of a fasting person is more pleasing to Allah than the perfume of musk.” (Al-Bukhari)


Welcome to a celebration of the Muslim holiday of Ramadan. Observed by more than one billion Muslims around the world, Ramadan is a time for spiritual purification achieved through fasting, self-sacrifice and prayers.

There are some important things that we should do during Ramadan to take better advantage of this month and to achieve its real purpose, namely, taqwa. These are some reminders and they are all taken from the guidelines given to us in the Qur’an and Sunnah.

Niyyah (intention): Remind yourself again and again that you are fasting in obedience to Allah. Be sincere in your intention. You want Allah to accept your fasting. The Prophet (peace and blessings be upon him) said:

“Whosoever fasts in Ramadan with faith and seeking Allah’s reward, all his past sins will be forgiven.” (Al-Bukhari)

Sunnah: Observe the Sunnah in fasting. Take the sahur meal a little before dawn and end your fast at sunset. Observe all the rules of fasting.

Wara’ (avoiding everything haram or makruh): Be conscious to have halal food, halal income, halal relations. Avoid watching bad TV programs, videos, movies, etc., always, but especially during this month. Keep your body and mind very clean. Avoid wasting your time in useless things and pursuits.

Qur’an: Spend more time with the Qur’an. Read Qur’an every day. Try to finish the whole Qur’an at least one time during this month in your own personal reading. Read some Hadith and the books of seerah.

Prayer, supplication, and remembrance of Allah: Pray on time and observe all Prayers. Do not ignore the Tarawih Prayers. Make more supererogatory prayers. Do as much worship as you can. Do more dhikr (remembrance of Allah) and du`aa’ (supplication) for yourself and for others. Make tawbah (repentance) and istighfar (request for Allah’s forgiveness) as much as you can. This is the best time for devotion and seeking Allah’s forgiveness. Seek the Night of Qadar by special devotion during the last 10 nights of this month.

Zakah, charity, and generosity: Be very charitable and generous. Give more and more to help the poor and needy, and to help good social and community projects. Be good to your friends and neighbors also. Let your non-Muslim neighbors and co-workers know that this is your blessed and sacred time.

Good behavior and relations with others: Try to be extra kind and courteous during this month. Forget your quarrels and disputes. Reconcile and forgive. Do not get involved in backbiting, lying, cheating, and anything that is wrong. Be very good to Muslims and to all human beings. 

Reflection: Think, reflect, and plan to improve the moral and spiritual condition of your own self and your family. Think about any wrong things and sins you may have been doing and correct yourself. Think about any deficiencies you have in your Islamic observances and plan to change yourself. Think what you can do for the Ummah and for humanity to make this world a better place for everyone.

May this Ramadhan will make us a better person beside Allah S.W.T.

Sumber entri : sini dan sumber gambar : Google

Al Fatihah: Seorang Muslimah Pejuang Khilafah Telah Dipanggil Menghadap Tuhannya

Pihak Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) ingin memaklumkan berita sedih berkenaan kematian salah seorang dari anggotanya, iaitu saudari Faridah pada petang semalam 25 Julai 2011 bersamaan dengan 23 Sya’ban 1432 H, yang juga merupakan pimpinan MHTM di Sabah. Ketentuan Ilahi telah mengatasi segala-galanya apabila semalam selepas waktu Maghrib Almarhumah telah meninggalkan dunia yang fana ini di rumahnya disisi keluarga tercinta. Almarhummah adalah merupakan seorang bekas lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari UTM. Setelah tamat belajar di UTM pada 2007, Almarhumah kembali ke bumi tanah tumpah darahnya di Tawau Sabah untuk melebarkan sayap dakwah Islam di sana. Sesungguhnya pemergian Almarhumah Faridah adalah suatu kehilangan yang besar kepada warga dakwah MHTM. Semasa hidupnya, beliau telah memberikan pengorbanan yang cukup besar serta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha menggerakkan usaha-usaha dakwah di Sabah, walaupun dalam masa yang sama Almarhumah terpaksa bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapinya selama ini. Dengan yang demikian pihak MHTM ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhumah di atas kembalinya beliau ke rahmatullah. Didoakan agar segala usaha-usaha dakwah yang telah dicurahkan oleh Almarhumah semasa hidupnya selama ini akan dinilai oleh Allah SWT sebagai suatu amal soleh dan semoga ianya menjadi bukti dan bekalan baginya untuk dibawa bertemu dengan Allah SWT.

Allahummaghfirlaha warhamha wa 'aafiha wa'fu 'anha, wa akrim nuzuulaha wa wasi' mudkholaha..amiin ya rabb….
Firman Allah SWT: “tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. [TMQ Ali 'Imran (3) : 185].

Untuk tatapan dan tautan kasih warga dakwah MHTM buat seorang muslimah pejuang Khilafah yang telah menuju kehidupan yang kekal abadi….

Tinggal Kita
Kali ini
Pergimu tidak mungkin kembali lagi
Menghadap Ilahi Rabbul ‘Izzati
Hanya amal bekalan diri
Menuju destinasi yang tidak pernah kunjung pergi
Menjengah alam barzakh destinasi yang pasti


Inilah dia
Bukti Iradah-Nya
Takdir bagi setiap yang bernyawa
Bersamanya kita iringi doa
Tinggal kita sahaja
Entah bila detiknya bakal tiba…

Hari ini
Bahang terasa amat dekat sekali
Tekad ruhmu melaungkan risalah Nabi
Hilang lagi pejuang Khilafah sejati
Tinggal kita saat ini
Di alam realiti
Melakar sejarah nabi sekali lagi…


Astaghfirullah
Baru tersedar waktu tersisa sedikit cuma
Kerana Izrail tak mungkin lewat tiba
Hati gusar menghitung amal dan dosa
Tinggal kita bertanya
Sempurnakah amalan sebagai hamba…?

Islam itu dijanjikan sempurna
Balasan syurga telah tersedia
Arah hidup telah dipeta
Muhammad diutus penunjuk jalannya
Tinggal kita ikut bersama
Mengapa masih berdiam diri sahaja…?

Sumber : sini.

Anda yakin Anda Ahlu Sunnah Wal Jamaah?

Assalamualaikum wbt,

Akhirnya saya mendapat kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di sini. Walaupun saya rasa bukanlah panjang tapi cukup dengan sekadar lontaran pertanyaan.

Dulu, ketika saya masih remaja, saya membayangkan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) nih adalah satu kelompok atau golongan orang yang membawa ajaran sesat. *Macamlah saya tahu sangat tentang ajaran sesat. Dan saya pasti orang Malaysia terutamanya, mengganggap ASWJ adalah orang yang mengikut mazhab Shafie. Saya pergi diskusi nih pagi tadi bersama keluarga.

Alhamdulillah, setelah buku dibaca dan perbincangan pagi tadi diperjelas dengan sangat baik dan mantap, saya mendapat satu kesimpulan yang yakin tanpa was-was. ASWJ adalah orang yang mengikut sunnah Rasulullah SAW., dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seperti menegakkan Khilafah. Sunnah Rasulullah bukan hanya berkahwin 4, bukan hanya menunaikan rukun Islam yang 5 dan beriman dengan rukun Iman yang 6 tetapi lebih dari itu.

Adakah sunnah Rasul dengan memperjuangkan bangsa seperti UMNO? Adakah sunnah Rasul dengan membuat undang-undang sendiri buatan manusia seperti di parlimen? Adakah sunnah rasul jika bersahabat baik dengan musuh umat Islam seperti negara super power, Amerika? Adakah sunnah Rasulullah dengan tidak memakai tudung dan mendedahkan aurat? Adakah sunnah Rasullullah jika seseorang itu bersalaman dan bercium dengan ajnabi?

Jadi, sesiapa yang tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW, maka layakkah dia digelar ASWJ? Wallahua'lam.

Maaf atas Kesibukan

Boleh ke laman ini untuk mendengar lagu menarik sebagai penghibur. =)

Saya memohon maaf kepada teman-teman. Saya tidak dapat blogwalking untuk beberapa hari ini. Saya sibuk sedikit untuk menguruskan segala yang perlu diuruskan dengan segera.

Harap anda semua tidak berkecil hati. Bukan saya sengaja.

Owh ya! Sebelum terlupa, anda semua dijemput datang ke Munaaqashah bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan tsaqafah Islam, InsyaAllah.


Sila klik poster. dan ke sini.

Sekian.

Jenayah Remaja Makin Serius

Jenayah remaja makin serius

Perangkaan kes babit golongan pelajar naik sekali ganda tahun lalu

KUALA LUMPUR: Perlakuan jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar sekolah semakin membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda bagi kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 2009.   Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sepanjang 2009, sebanyak 3,654 kes di kalangan remaja termasuk jenayah berat seperti rogol, ragut, samun berkumpulan dan bersenjata serta jenayah kekerasan dilaporkan dengan 1,409 kes membabitkan pelajar sekolah.   Bagi sepanjang tahun lalu pula, 5,165 kes di kalangan remaja dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan pelajar dan 3,218 kes oleh bukan pelajar, iaitu peningkatan 38 peratus dan 43 peratus berbanding 2009.

Perangkaan pada 2009 juga menunjukkan 3,263 kes membabitkan pelajar dan 4,497 kes bukan pelajar ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara, manakala 3,701 pelajar dan 4,404 bukan pelajar ditahan tahun lalu.

Sementara itu, bagi lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 585 kes jenayah dilaporkan di kalangan pelajar, manakala 1,048 bukan pelajar dengan masing-masing membabitkan 2,426 tangkapan.


Berikutan peningkatan kes di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata Mesyuarat EXCO MCPF bersetuju menjadikan belia sebagai fokus dalam program anjurannya tahun ini.


Sumber : Berita Harian, 18/07/11


Telah terbukti bagaimana sistem kapitalisme yang diterapkan oleh pemerintah sekular pimpinan Najib hari ini gagal untuk melahirkan golongan remaja yang tahu akan jati dirinya sebagai seorang manusia, apatah lagi sebagai seorang Muslim jika remaja terbabit adalah seorang Islam. Statistik dan perangkaan data jenayah golongan remaja yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2009 dan 2010 di atas telah cukup untuk menunjukkan betapa rapuh dan rosaknya institusi masyarakat hari ini terutamanya di kalangan golongan remaja. Keadaan ini berlaku kerana sistem yang diguna pakai oleh pemerintah yang ada pada hari ini adalah sistem yang rosak, yang terpancar daripada akidah sekularisme iaitu suatu fahaman ideologi yang memisahkan agama daripada kehidupan. Hasilnya, sistem sosial, polisi pendidikan dan sistem-sistem lain yang berjalan pada hari ini telah jauh tersasar daripada Islam. Inilah hakikat pahit yang terpaksa diakui oleh semua pihak. Ajaran Islam hanya terhad untuk persoalan ibadat dan ruhiyah (spiritual) semata-mata. Islam yang ditempelkan sebagai agama rasmi negara pada hakikatnya telah lama dimandulkan oleh sistem kapitalisme yang diterapkan sepenuhnya oleh pemerintah hari ini.

Al-quran hanya diperdengarkan untuk dipertandingkan dan bukannya untuk diterapkan oleh pemerintah. Maka tidak hairanlah penyakit masyarakat terutamanya di kalangan golongan remaja kini semakin parah dan terus membarah. Apakah pemerintah hari ini gagal untuk memahami firman Allah SWT “...dan barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" [TMQ Taha (20) : 124]. Apakah penasihat agama yang berada di sekeliling pemerintah sedang nyenyak diulit mimpi dan tertipu dengan kehidupan dan kemewahan dunia yang sementara ini sehinggakan mereka “terlupa dan tertidur” untuk mengingatkan dan menegur pemerintah agar kembali kepada Islam dengan menerapkan sistem Islam secara kaffah di dalam kehidupan bermasyarakat dan negara. Ingatlah, hanya Islamlah satu-satunya sistem dan cara hidup yang dijamin oleh Allah SWT akan membawa rahmat ke sekalian alam, sama ada kepada kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Firman Allah SWT,

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107].

Justeru, permasalahan remaja pada hari ini akan hanya dapat diatasi sekiranya syariah diterapkan sepenuhnya dan bukannya dengan program-program yang bersifat kosmetik palsu seperti program “Remaja Bersatu, Memerangi Jenayah” di atas.

sumber: sini

Bayangkan Ini Selincah Nana

Assalamualaikum,

Nana. Again by Mel Amalina.

Wordless wednesday.

Semoga jadi anak yang solehah.

Bayangkan Ini Secomel Kakak..

Assalamualaikum,


Kakak by Mel Amalina.

Semoga sentiasa dirahmati Allah.
Kakak sudah khatam Al-Quran kali ke-3 pada usia 7 tahun.
Esok, kenduri nasi lemak dan vitagen di sekolah.
Sekarang dah tak guna pulut kuning. hehe

Mengapa Seks?

Maaf.

Ini yang terlintas di fikiran saya tatkala melawat ke laman web ping blog. Tahu kan apa tu ping blog? Biasanya untuk kita publish entri supaya orang lain boleh ke blog kita dengan mudah dan untuk up traffic.

Menjadi persoalan bagi diri saya ini, mengapa seks sentiasa menjadi isu hangat dan utama? Seakan-akan isu ini memang releven sepanjang masa oleh pelbagai golongan dan usia. Bukan saya ingin menafikan fitrah manusia, tapi isu ini sangat menonjol. Seperti tiada isu lain yang lebih utama. Kalau tidak silap saya, rata-rata blog yang membuat entri seperti ini adalah blog orang Melayu. Apa hendak jadi dengan orang Melayu kita?

Sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang boleh membangkitkan pemikiran umat terutamanya orang Melayu. Sudahlah filem-filem tempatan banyak membawa isu-isu cinta. Kalau filem garapan anak muda lagilah dengan isu sosialnya, rogolnya, merempitnya dll. Semua ini berkaitan antara satu sama lain.




Bermula bulan April 2011 sehingga kini, sidang redaksi Fikratul Ummah telah membuat kajian tentang realiti pelaksanaan silibus PKRS dan membentangkannya kepada para pembaca sekalian. InsyaAllah masih lagi berbaki tiga bulan bagi pihak sidang redaksi untuk terus mengajak anda memerhatikan isu ini melalui bacaan artikel-artikel terpilih sehingga bulan Okober nanti.

Dalam masa yang sama, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) di seluruh Malaysia pula bergabung melaksanakan kempen ‘Jom Bincang’ dengan giatnya melalui pelbagai uslub (cara) di tengah-tengah masyarakat. Pada peringkat awal, risalah keluaran MHTM iaitu Nahdatul Fikriyyah telah diedarkan untuk bacaan masyarakat di samping sebaran booklet Fikratul Ummah. Ia bertujuan untuk mengetuk jiwa-jiwa umat Islam yang lena supaya sedar tentang kerosakan atau ‘malapetaka’ yang sedang berlaku di sekeliling mereka sekarang.

Sesungguhnya, penyakit gejala sosial telah lama merebak dan semakin membarah inilah yang membawa kepada pengenalan silibus PKRS.

Seterusnya, kajian pendapat masyarakat tentang kewajaran pengenalan PKRS ini dianjurkan melalui edaran Borang Kaji Selidik di seluruh Malaysia. Pihak MHTM berdiri dan bergerak di tengah-tengah orang ramai mengajak masyarakat memahami isu ini dan melontarkan pendapat mereka tentang kewajaran pelaksanaan PKRS. Ceramah-ceramah dan tazkirah juga ada dianjurkan bagi memberi sedikit sebanyak info dan penjelasan kepada masyarakat yang mahu mendengar dan mahu mengkajinya.

Pada bulan Julai ini pula, maka bermulalah Siri Jelajah Malaysia yang akan membawa masyarakat bertemu MHTM dalam Seminar Wanita yang bertemakan "Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS): Tindakan Sesaat atau Penyelesaian yang Tepat?". Seminar yang bakal bermula di Kuala Lumpur ini akan terus menjelajah beberapa buah negeri di Malaysia iaitu Perak, Kelantan, Johor, Terengganu, Kedah, termasuk juga Sabah dan diakhiri di Selangor.

Seminar ini juga bertujuan untuk menyampaikan realiti pelaksanaan silibus PKRS serta membongkar kelemahan dan keburukannya secara menyeluruh.

Seminar ini juga bertujuan mengajak masyarakat Islam untuk kembali memerhatikan hukum-hukum Islam yang mampu menyelesaikan masalah gejala sosial secara tuntas. Seterusnya menyeru mereka untuk bersama-sama MHTM memperjuangkan satu sistem yang bakal melaksanakannya secara keseluruhan.

Maka, kepada seluruh Muslimah khususnya dan semua wanita amnya, nantikan kemunculan MHTM di tempat anda dan marilah bersama-sama kami menghadiri seminar ini.

Semoga setiap usaha kita dalam mengubah kerosakan yang sedang berlaku sekarang kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki akan dikira oleh Allah sebagai amal soleh dan dibalas dengan ganjaran yang setimpal, InsyaAllah.

Boleh tengok di sini untuk Fikratul Ummah - Julai 2011 dan http://fikratulummah.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Minat cerita dongeng?

p/s: Entri ini sudah lama, tapi sangat-sangat releven. Kata orang, malar hijau.=) Bahasa asalnya juga telah diubahsuai menjadi bahasa Malaysia. Semoga faham dengan jelas ya.

“How do you expect kids to listen to their parents… Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320 KM/h, Sleeping beauty is lazy, and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised when kids misbehave! They get it from their story books”. X_X

Pesanan tersebut telah dihantar oleh seorang sahabat pada petang semalam dalam bulan April... Sejenak terpegun membacanya dan tersenyum-senyum sendiri (tapi itukan reaksi yang wajar dan bukan gejala kegilaan ok)
Siapa ada buku Fairy Tales? Saya takde.

Aku terus berfikir ... Kalau baca sekali imbas, mesej itu hanya sebuah jenaka, tetapi bila difikir kemabli ini serius jugalah ... Hmm ... sepertinya bukan hanya dongeng2 ala Disney, Marvel Comics, ataupun 1001 malam itu yang kalau kita renungkan jalan cerita serta watak tokoh2nya ternyata mengandungi ajaran yang kurang benar - terutama bila dilihat dengan paradigma Islam ... tapi, dongeng2 dari negeri kita sendiri (dongeng-dongeng nusantara) ternyata banyak juga yang kurang benar ... (Whaduuw gawaat ...). Masaaak??

Cuba saja kita semak :

1)      Kisah Ande2 Lumut & Yuyu Kangkang, ini adalah kisah yang sangat merendahkan perempuan karena perempuan dalam dongeng ini (Klenthing Abang dan Klenthing Ijo) harus bela2in memburu si pria (Ande2 Lumut), bahkan harus disertai dengan pengorbanan untuk rela dinodai Si Yuyu Kangkang ketika akan menyeberang sungai. Si Klenthing Kuning yang menjadi pemenang dalam cerita ini, walo suci bebas dr perkosaan Yuyu Kangkang, tetap bukanlah sosok yang ideal dan patut dicontoh karena meski perawan tapi Klenthing Kuning adalah gadis yang jorok(kemproh) hingga baunya seperti mbelek lencung (tahi ayam yang super bau). Wanita sholihah harusnya dapat menjaga kehormatan dan juga penampilan diri yang bersih menghindari najis.

2)      Kisah Jaka Tarub dan Dewi Nawang Wulan, juga bukan kisah yang pantas untuk dicontoh. Bagaimana mungkin seorang bidadari kahyangan yang suci, tetapi mandi sembarangan di tempat terbuka? Belum lagi baju yang diletakkan di sembarang tempat… pasti Dewi Nawangwulan ini seorang bidadari yang ceroboh. Sedangkan Jaka Tarub? Wah, maaf saja, barangkali dia seorang psychopengidap voyeurism (kelainan jiwa suka mengintip) sehingga dengan tega mengintip para bidadari mandi, bahkan mencuri bajunya…. (#teplok jidat#)

3)      Bawang Merah-Bawang Putih, juga kisah yang tidak kalah rusaknya. Selain membuat pencitraan bahwa “Ibu Tiri pasti Jahat”, kisah Bawang Putih yang mencuci baju di sungai hingga hanyut,menggambarkan seorang gadis yang jorok karena sungai jaman sekarang kan nggak ada yang bersih (Yee…itu kan konteks jaman dulu..) Iya, jaman dulu sungai masih bersih, tapi semua orang kan M-C-K (mandi-cuci-kakus) semua tumplek bleg di sungai itu…jorok dong. Belum lagi mencuci di sungai itu perbuatan yang merusak lingkungan hidup karena deterjennya ngga bisa diurai bakteri…. (Yee…jaman dulu belum ada deterjen…) Iya, tapi kalo Ibu Tiri itu kaya, kenapa juga ngga mbangun sumur di rumah? (semakin memberi citra buruk bahwa ibi tiri itu pelit)…

4)      Kisah Bandung Bandawasa dan Rara Jonggrang, kisah ini menggambarkan Rara Jonggrang yang super matre. Mestinya kalo memang tidak suka dengan seorang pria yang melamar, ungkapkan saja terus terang dan jangan memeberi harapan kosong… Akibatnya kan fatal, demi menuruti syarat dari Rara Jonggrang, Bandung Bandawasa sampai terjerumus perilaku syirik meminta bantuan para jin…

5)      Kisah Si Kancil Nyolong Timun.  Dari dulu kala kerjaannya kok hanya mencuri saja… Kapan Kancil jadi enterpreuner?

Naah…tergambar kan? Walau menurut sebahagian pakar pendidikan, dongeng itu positif digunakan untuk membentuk keperibadian anak-anak kita, tapi harus pilih-pilih dong, dongeng yang bagaimana apa dulu..?? Alhasil, sungguh benar bila dalam pendidikan Islam, kisah (bukan dongeng) sejarah para Nabi dan Rasul serta kisah-kisah dalam Al-Quran merupakan sumber terbaik yang wajib didengar anak-anak kita menjelang tidur. Kisah-kisah itu bukan dongeng, tetapi  berdasar kenyataan  yang istimewanya, dapat berlaku sepanjang zaman… Cuba sahaja…dan lihat apa yang terjadi…!! ^_^

Doodles made by Mel Amalina

Assalamualaikum dan salam Jumaat,

Comel tak? Comel tak? (Huhuhu.. Macam budak-budak je.)

Header yang bakal diletak nanti.




Kalau nak macam nih, boleh ke sini ye -> darisinikebintangbintang
Jadi kalau saya letak doodles nih di belog ini, maka itulah saya sebagai ganti ye.

Baru Nak Cerita Tentang UMRAH..

Cuti sekolah bulan Jun sudah lama berlalu. Julai juga sudah hampir di pertengahannya. Ini bermakna, pemergian ke Umrah juga sudah lama berakhir. Rasanya juga sudah sebulan mereka balik dari Umrah. Sekarang barulah saya selesa untuk menceritakan pengalaman ketika melawat ke sana. Hehehe.

Air zam-zam. Kata parents, orang buat ini sebagai wudhuk.
Seronok kata mereka.

Bukan saya yang ke Mekah ataupun Madinah, tapi parents, aunt dan juga nenek. Sudah rezeki mereka untuk ke sana anak beranak. Bahagia kan. InsyaAllah. Parents tidak habis-habis bercerita perihal mereka di sana. Begitu juga dengan aunt dan nenek. Sangat syahdu apabila mereka tiba di tanah haram untuk menunailan umrah. Sekali lagi, itulah rezeki mereka, alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya buat mereka berempat.

Pemandangan di kaabah sebelum waktu Zohor.

Walaupun mereka berlainan kapal terbang dan pakej, tapi mereka tetap bahagia kerana Allah telah memberikan mereka peluang untuk beribadah kepadaNya. Bilalah giliran saya pula kan? =) Mereka berpesan supaya kami adik beradik menanamkan azam supaya dapat ke Mekah dan Madinah untuk beribadah dalam usia yang muda. Bila sudah berusia, badan pun tak larat sangat nak bergerak. Lebih-lebih lagi bila di tanah haram. Makanya, kena berazam. InsyaAllah, Allah akan kabulkan. Yang penting niat dan azam kita.


Kata mereka lagi, ramai yang membawa anak-anak kecil menunaikan umrah. Tapi bagi mereka, biarlah orang yang dah baligh nih menunaikan umrah. Sebab kalau bawa anak-anak kecil, konsentrasi ketika beribadah tidak sepenuhnya khusyuk. Sekejap-sekejap anak menangis, sekejap-sekejap anak berlari-lari. Lagipun, kalau meraka ke sana, harganya sama juga dengan orang dewasa. Dan yang pentingnya, mereka belum dapat dosa atau pahala. So, fikir-fikirkanlah ye. Anak-anak nih, kalau mereka sudah baligh dan berakal, mereka pasti membuat Umrah sendiri nanti. Jadi, utamakanlah mereka yang belum pergi terutamanya orang-orang tua. Duit yang lebih tuh, boleh juga dermakan kepada mereka yang memerlukan.


Lagi kisah menarik di sana. Umat Islam sungguh ramai. Sangat ramai. Ibadahnya sama, pakaian juga lebih kurang sama. Umat Islam bersatu untuk beribadah di sana. Itu belum lagi masa haji. Fuhhh, memang berjutalah. Tapi satu je yang sedihnya, mereka masih terhalang dengan ikatan kebangsaan. Orang Malaysia, Orang Arab, Orang Turki, Orang Iran, Orang Indonesi dsb. Akidah sama, Kaabah sama, Al-Quran sama. Pendek kata, semuanya sama. Tapi tidak bersatu. Apakah anda faham maksud saya? Boleh baca sini untuk maklumat lanjut, Haji dan Penyatuan Umat Islam.

Wordless Wednesday from Me!

Hari rabu kan.=)

seminar PKRS


Perhimpunan haram: 1,401 termasuk 13 kanak-kanak ditahan

KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis menahan seramai 1,401 orang, 10 daripadanya pemimpin parti politik kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara sehingga pukul 5 petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, seramai 1,273 daripada mereka adalah lelaki, 115 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Sementara itu, seramai lapan daripada mereka termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dibebaskan dengan jaminan polis pukul 6.30 petang ini. – Utusan

Sumber: Utusan Online, 09/07/2011

Membersihkan Pilihanraya Dalam Sistem Yang Rosak

Perhimpunan Bersih 2.0 akhirnya berjalan jua.  Meskipun amaran serta ugutan telah dikeluarkan oleh pihak polis, di samping provokasi yang dilakukan oleh para pemimpin telah dihebahkan melalui segala jenis media massa arus perdana sebelum ini, namun ia ternyata gagal dalam membatalkan hasrat rakyat untuk terus berhimpun. Dalam perkembangan terkini ini, ribuan telah ditahan dan disumbat ke dalam trak-trak polis serta dinafikan hak mereka untuk bersuara sepertimana yang dicanang-canangkan melalui “kebebasan bersuara” dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini. Pencinta “demokrasi tulen”, Bersih 2.0 sebelum ini telah mengemukakan sebanyak lapan tuntutan mereka kepada pemerintah dalam usaha untuk melihat supaya pilihanraya dapat dijalankan dengan “telus dan adil”. Namun sayangnya mereka telah lupa bahawa mereka sebenarnya ibarat menuntut sesuatu kepada perompak rakyat yang telah bermaharajalela selama ini. Senario yang berlaku ini memberikan beberapa bukti untuk kita berfikir sejenak:

Pertama : Bukti hipokrasi kebebasan bersuara dalam demokrasi. Lihatlah bahawa apa yang berlaku ini adalah merupakan secebis daripada bukti hipokrasi kebebasan bersuara dalam dunia demokrasi. Kebebasan bersuara hanyalah terhad kepada para pemimpin yang memerintah serta kepada para pengampu mereka sahaja, tidak kira sama ada kenyataan yang mereka keluarkan kepada rakyat itu bertujuan untuk sengaja meniupkan perasaan curiga antara sesama rakyat. Acuan yang benar untuk bersuara hanyalah menurut kehendak pemerintah semata-mata.

Kedua : Pemimpin yang gila kuasa akan terus mempertahankan kuasa dengan apa jua cara sekalipun. Inilah bukti sebagaimana yang berlaku di beberapa negara umat Islam yang lain. Meskipun rakyat telah bangkit untuk melakukan muhasabah terhadap mereka dengan melakukan demonstrasi aman tanpa sebarang keganasan, balasan yang mereka terima ialah tembakan gas pemedih mata, semburan air atau cecair kimia, pukulan belantan, malahan boleh jadi juga peluru hidup. Mereka melakukan semua ini dengan alasan untuk menjaga keamanan, sedangkan merekalah (penguasa) yang telah banyak memporak-perandakan dan menyempitkan hidup rakyat selama ini.

Ketiga : Demokrasi memberi peluang kepada pemimpin yang khianat untuk terus berkuasa. Apa yang Bersih 2.0 cuba lakukan hanyalah untuk merasai pilihanraya yang telus dan adil, dan ini tidak akan mengubah apa-apa sebenarnya. Dalam sistem politik pilihanraya demokrasi-kapitalis, ia sebenarnya merupakan satu ruang dan peluang yang sangat besar bagi pemimpin yang khianat untuk terus berkuasa selama mana tempoh perkhidmatan mereka masih belum luput. Sedangkan dalam  sistem Islam, sekiranya seseorang pemimpin yang telah dipilih itu tidak melaksanakan seluruh sistem Islam dalam pemerintahan, maka secara automatik kepimpinan mereka dan ketaatan rakyat terhadap mereka menjadi tidak sah kerana mereka telah melanggar amanah yang telah diberikan oleh umat, tanpa perlu menunggu pilihanraya umum sepertimana sistem demokrasi sekarang.

Ini cumalah sebahagian daripada bukti-bukti untuk kita berfikir bersama, sejauh manakah kita masih lagi berharap dengan kapal demokasi yang sedang menunggu masa untuk tenggelam ini. Sampai bilakah kita sebagai umat Islam masih berharap untuk “membersihkan” pilihanraya dalam sistem yang sudah sememangnya kotor sejak azali lagi? Adakah kita sudah buta terhadap kesucian politik Islam yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita, di mana ia telah terbukti memberikan keamanan kepada dunia selama 13 abad lamanya? Marilah kita kembali kepada politik Islam yang sebenar, yang bukan sahaja menjamin keamanan kepada manusia, malah ia juga menjamin keamanan kepada seluruh alam. Wallahua’lam. [sumber : sini]

Nota: Supaya analisis saya tidak lambat sangat, ini juga sesuai dengan analisis saya tentang BERSIH 2.0

Ya Allah! Lagi 10-12 minggu..

Tempah daripada cik Mel Amalina ^_^

Ya Allah Ya Tuhanku,
bilaku memohon kekuatan, Kau berikanku kesulitan supaya aku menjadi kuat,
bilaku memohon ketenangan, Kau berikanku masalah untuk aku belajar,
bilaku memohon kesenangan, Kau berikanku otak dan otot untukku bekerja,
bilaku memohon keberanian, Kau berikanku bahaya untuk kuredah
bilaku memohon cinta, Kau berikan seseorang untuk membantuku,
bilaku memohon nikmatMu, Kau berikanku peluang untukku rebut,
sehingga aku tidak tahu apa yang aku mohon kerana aku menerima segala apa yang aku perlukan dalam hidup.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (TQS Al-Baqarah[2] : 286)

Never, Never, Never do this!

Assalamualaikum wbt, kawan-kawan,

Kadang-kadang, kita terlupa atau tak tahu bahawa segala alat kemudahan sistem komunikasi sekarang banyak mendatang keburukan kepada kita. Banyak sahaja, bukan semuanya okeh. Saya yakin semua orang ada handphone walaupun masih bersekolah. Dulu ketika di tingkatan 3, saya berkongsi telefon Nokia tiada warna dengan adik-adik. Kini, kanak-kanak tadika pun dah pandai demand kat parents nak handphone. Sungguh hebat kanak-kanak sekarang.

Khabaran ini buat mereka yang suka bergayut lama-lama kat handphone. Yelah, kalau dah habis bateri, nak sambung berbual kena cas dulu kan. So, sambil cas, berbuallah. Bukan hendak membolehkan apa yang tidak boleh (baca: pasangan couple atau bukan mahram) berbual, tapi saya juga suka bergayut walaupun dengan sahabat perempuan. :D Okeh, ini ceritanya berkaitan dengan cas handphone. Bukan penting mana, tapi ia boleh meletup.

A few days ago, a person was recharging his mobile phone at home. Just at that time a call came in a nd he answered it with the Instrument still connected to the outlet.



After a few seconds electricity flowed into the cellphone unrestrained and the young man was thrown to the ground with a heavy thud . His parents rushed to the room only to find him unconscious , with a weak heartbeat and burnt fingers.


He was rushed to the nearby hospital , but was pronounced dead on arrival. Cellphones are a very useful modern invention .

However , we must be aware that it can also be an instrument of death . Never use the cell phone while it is hooked to the electrical outlet!


Kesimpulannya, kalau nak berbual lama, pastikan handphone penuh dengan bateri. Kalau tiba-tiba handphone off sebab bateri takde, sila cas dahulu. Esok-esok pun boleh telefon dengan sahabat lagi. Kalau tak sabar nak berbual, jumpa terus sahabat tuh, mesti lagi happening nak berbual kan. Sekian, melaporkan. ;)

Baru Terhegeh-hegeh nak Buat entri pasal BERSIH 2.0 :D

Assalamualaikum wbt teman-teman,

2 hari sudah berlalu setelah perhimpunan BERSIH 2.0. Baru kini saya mempunyai sedikit idea untuk menulis entri tentang BERSIH 2.0. Ia bukanlah entri berbau politik apatah lagi sebuah analisis. Ini tentang perkongsian video yang saya tonton di laman web Youtube. Untuk analisis politik tentang BERSIH 2.0 mungkin saya akan kongsikan juga. Mungkin tapi tidak tahu bila. Jadi tak perlulah mengharap sangat ye sebab ramai juga sudah tulis tentang perkara ini.

Apapun, saya juga ingin menulis mengikut pandangan dan pemahaman saya sebagai seorang muslimah yang inginkan sistem Islam diterapkan bukan mempertahankan perlembagaan kufur Lord Reid. Saya kongsikan beberapa video berkenaan BERSIH 2.0 dulu. Kalau berkesempatan, saya akan menulis menurut pandangan saya biarpun ulasan tuh lambat. hehehe.

Ulasan Najib tentang Anwar, saat kekejangan saudara Hj. Shuhardi Mohd dari Sepang serta video BERSIH 2.0 itu sendiri. Sama-sama kita saksikan dan fikirkan apa sebenarnya yang berlaku. 




Nota : mengapalah tidak didemonstrasikan agar hukum Islam diterapkan? Hanya sistem Islam dan pemerintahan Islam yang akan menjamin hak-hak rakyat. Bukan dengan BERSIH 2.0. huhuhu.

Hati-hati Pengguna KOMPUTER!!

Berhati-hatilah!


Pembedahan Pesakit dengan KARPAL SINDROM

Saya tidak tahu di mana kesahihannya tapi mungkin benar sekiranya penggunaan komputer untuk jangka panjang. Tengok jelah berapa jam sehari kita berada di depan laptop. Paling kurang pun rasanya 2 jam. Kalau blogwalking, mesti lagi lama kan. Lebih-lebih lagi pelajar, mesti berjam-jam lamanya di depan laptop.

Kalau ada kajian saintifik berkenaan ini, kesahihannya tidak akan dipertikaikan sebab saya dapat tahu tentang ini pun daripada emel. Tapi tak salah rasanya kalau kita nak buat senaman tangan. Bukan susah pun kan. ;)

Katanya,
"Bagi Anda yang selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER.
Kesalahan dalam penggunaan MOUSE sehari-hari akan berakibat pada KARPAL SINDROM! GUNAKAN MOUSE dengan BAIK dan BENAR!"

Apapun, kalau tangan terasa sakit, sila jumpa doktor. Beritahu doc apa masalah anda. Jangan main tibai simpan sorang-sorang. Nanti kalau melarat, siapa yang susah? Diri sendiri juga kan. So, nasihat saya. Gunakan komputer untuk kebaikan dan keperluan sahaja. Kalau nak main game 24 jam, baik tolong emak masak sambal goreng okeh. hehehe


Tata Cara Bekerja dengan KOMPUTER



SENAM TANGAN untuk menghindari KARPAL SINDROM. Kalau bukan untuk sindrom nih pun, kita kena buat jugak. Sebab tangan juga perlukan latihan. Baru kuat kan. Lagipun, siapa yang guna komputer je kan. Kalau guna laptop, tak semua guna mouse. Hehehe.




Sekiranya apa yang dimaklumkan di sini tidak benar, sila abaikan sahaja ya. Terima kasih.

Jawa Mari, Sambal Goreng..

Hari ni kita belajar memasak ye. Lebih kepada menggoreng lah senang cerita. Siapa-siapa yang berketurunan jawa, mesti pernah makan makanan nih. Ini pertama kali saya buat. Jom, kita tengok apa bahan-bahannya.

Kentang dipotong kecil, soo hoon, pucuk,
tempe dan perut lembu direbus

Udang kering, lada merah,
bahan ditumbuk (halia, bawang putih, bawang besar, belacan)

Bahan-bahan yang tiada dalam gambar: garam, gula dan kicap secukup rasa, minyak untuk menumis dan cili boh.

Cara-caranya mudah juga ^_^

1) Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Bila dah naik bau, masukkan cili boh.
2) Masukkan perut dan udang kering. Biarkan lebih kurang 5 minit.
3) Masukkan pucuk dan soo hoon. Goreng lagi. Tambah sedikit kicap. Eh, bukan sedikit tapi secukup rasa. hehehe.
4) Masukkan tempe, kentang dan lada merah serta gula. Kalau kurang rasa, tambah sedikit garam.
5) Jengg.... jenggg. Dah siap..


Jadilah seperti di bawah. Siap dimakan begitu saja. ;) Selamat mencuba.

Sambal goreng Jawa.

Nota : sambal goreng nih kegemaran abah dan alang.

Anda Tahu Apa Itu PKRS?

Anda tahu apa itu PKRS? Atau anda lebih mengenali pendidikan seks? Pernah dengar tak pertanyaan seorang murid sebegini, "kalau cikgu yang mengajar BM, kita panggil cikgu BM. Kalau mengajar Math, kita panggil cikgu Math. Kalau mengajar pendidikan seks, kita panggil cikgu seks" "Erk. ("-.-")."

Apakah anda benar-benar mengetahui apakah yang anak-anak kecil anda belajar tentang pendidikan seks ini? Adakah anda pernah terfikir natijah diadakan kurikulum ini di sekolah bagi generasi akan datang? Mahukah anda tahu jawapannya? Mahukah anda selamatkan generasi anda dari gejala buruk yang dirancang?

Dengan ini saya menjemput para Muslimah dan wanita untuk bersama-sama ke SEMINAR MUSLIMAH :"PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS) : Tindakan Sesaat Atau Penyelesaian Yang Tepat?"

Tarikh: 10 JULAI 2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghr
Tempat: Masjid Al-Syakirin, Km 9, Jalan Gombak, 53100, Kuala Lumpur

Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma.


Nota : Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari www.mykhilafah.com atau klik terus pautan ini [Seminar Muslimah : Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial].

Sebelum nak Tidur,.....

Sebelum nak tidur. Saya ingin mengajak anda semua ke :

SEMINAR MUSLIMAH : "PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS) : Tindakan Sesaat Atau Penyelesaian Yang Tepat?"

Tarikh: 10 JULAI 2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghr
Tempat: Masjid Al-Syakirin,
Km 9, Jalan Gombak,
53100, Kuala Lumpur

Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma

Bak kata sahabat saya,

"Betapa hebatnya syaitan sehingga bejaya membuat umat berasa seronok menonton wayang, tp rasa bosan mendengar ceramah... Betapa hebatnya syaitan sehingga berjaya membuat umat sanggup mengeluar wang membeli tiket wayang, tp berasa berat utk hadir ke majlis ilmu yg percuma... Alahailah umat....kalahnya dengan tipu daya syaitan sehingga yg buruk terasa indah....."

Lapang-lapangkanlah diri anda. Lapang-lapangkanlah hari Ahad anda sekali-sekala dengan majlis ilmu. Isu yang dibangkit pasti mempengaruhi generasi yang akan datang, penerus generasi kita, InsyaAllah. Tepuk dada, tanyalah iman.

Nota : boleh rujuk sini untuk keterangan lanjut.

SN palsu guna Header SN sebenar Keluaran HTM

Alhamdulillah, another way has been identified.. A way to Rawang. :D. On the way balik, ada roadblock. Stuck there about 1 hour. Membahang sudah di dalam kereta kerana teori simple, kipas tidak berpusing laju. Umpama bateri lampu basikal seperti gambar di bawah. Semakin laju basikal dikayuh, semakin terang lampu basikal. Semakin perlahan basikal dikayuh, semakin malaplah lampunya. Maka guna air-cond pun tetap rasa sedikit hangat. Betul ke teori ini?

Bateri dinamo.
Ok. Tak sempat nak cerita tentang BERSIH sebab kereta pun dah jadi sangat BERSIH apabila telah divakum di car wash. Hampir maghrib baru sampai rumah. Jalan yang hanya beberapa ratus meter sepatutnya 5 minit sahaja perjalanannya telah menjadi sejam. Nak marah, nak marah siapa. So, diam-diam dan bersabar sahaja. Kiranya travel petang hari yang sedikit membosankan.

Di rumah, emel dibaca dan ada sedikit berita untuk dikongsikan. Sila baca dengan minda yang terbuka. ;) Anda yang membacanya, dan anda yang menilai.

Lagi sekali SN tiruan.
KUALA LUMPUR 8 Julai – Untuk kali yang kedua, pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan Sautun Nahdhah (SN) palsu untuk mengelirukan umat Islam terhadap SN yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). Sebagaimana dahulu, SN tersebut diletakkan oleh pihak terbabit di penjuru tertentu di Masjid Negara, ditambah kali ini, SN palsu tersebut turut diletakkan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Kemungkinan juga ia turut diletakkan di masjid-masjid lain di sekitar ibu negara.

SN palsu ini sekali lagi menggunakan tajuk kepala (header) yang sama sebagaimana SN sebenar keluaran HTM dengan moto yang telah diubah tetapi mengekalkan alamat laman web rasmi HTM www.mykhilafah.com. Tajuk yang dibawa kali ini adalah “Hukum Taat Dalam Islam” manakala kandungannya mengajak umat Islam agar mentaati pemimpin yang sedia ada dan ‘menghentam’ usaha pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan demonstrasi pada 9 Julai ini. Daripada kandungannya, jelas menunjukkan bahawa si pembuat SN palsu ini adalah pihak yang menyebelahi kerajaan Malaysia yang sekular ini.

Kami dengan ini menafikan bahawa SN ini adalah keluaran HTM. Kami juga menasihatkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini agar bertaubat dari kejahatannya dan segera berhenti dari melakukannya. Sungguh jijik dan kotor apa yang dilakukannya yang mencerminkan sikap kemunafikan pembuatnya.

Kami juga menasihati para pembaca agar tidak terkeliru dengan penipuan jahat ini dan merujuk kepada laman web kami untuk kepastian.

Akhir sekali, kami ingin menegaskan di sini bahawa siapa pun pembuat SN palsu ini, kamu mungkin terselamat dari hukuman di dunia, namun di akhirat nanti, kami, seluruh anggota HTM akan bersaksi di hadapan Allah bahawa kamu adalah penjahat dan pendusta dan kamu adalah pelaku kemungkaran yang besar. Demi Allah! Kami bersumpah akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak terhadap fitnah dan kejahatan yang kamu lakukan terhadap HTM. (Sumber : sini)

Terkejut Saya tapi Tak Melompat!

Assalamualaikum semua,

Terkejutt.
Terkejut..

Blur sekejap. Tapi saya suka.

Klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat :D

Akhirnya, ia berubah. Sedikit kekok. Bukan. Banyak kekoknya. Mujur adik saya ajarkan. Sebab dia punya dah macam nih lebih sebulan yang lalu. Ok, sebulan. Saya, baru saja hari ini. =(

Boleh baca di sini untuk melihat atau mengetahui apa yang terjadi. :)

Saya nak menulis panjang-panjang, tapi minggu ni semua entri saya banyak gambar dan ayat-ayat pun tak ilmiah langsung. Mesti semua yang datang sini pun tak suka kan. Tak apa, bagi saya peluang sehingga minggu ini. Beri saya peluang upload gambar banyak-banyak. Kalau saya dah mula menulis panjang-panjang, nanti awak yang baca kat sini dah tak ada peluang nak tengok gambar-gambar yang saya ambil. Hee.

Quotes for today :
Good relationships don't just happen. They take time, patience, and two people who truly want to be together. - TheNoteBook's Quotes

Khamis Yang Spontan

Assalamualaikum wbt, teman-teman.

Apa khabar anda hari ini? Sihat? Alhamdulillah, semuanya masih boleh berblog dan jalan-jalan di alam maya serta menulis sesuatu di blog memasing. Saya juga. Teehee.

Ingat tak semalam saya ada post pasal nih? Tadi semasa saya jalan-jalan ke blog-blog, saya jumpa pula tentang 'spontaneous thursday'. Alahai! Ada pula hari khamis. So, ini khamis saya. :D



Alhamdulillah sedap.. Ada yang dah order tapi belum dimaklumkan.
Ada sesiapa yang nak order untuk Raya nih? Sila ke sini ya. InsyaAllah, mesti puas hati. >.<

Rabu Yang Tak Terkata

Walaupun aku tak tahu kenapa ada 'wordless wednesday', tapi aku post sesuatu hanya dengan 3 gambar dan sepotong dalil Al-Quran.


Sebab aku nak juga buat sesuatu tentang rabu. Kenapa mesti rabu? Bukan isnin, selasa, khamis, jumaat, sabtu atau ahad? Apa keistimewaan rabu dibandingkan dengan hari-hari yang lain? *Tak puas hati.


RABU.
Best kalau petang-petang macam ni makan colek jambu. Tetiba teringat zaman kanak-kanak. Huh.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (TQS 13:11)

Observing The Sky


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." (TQS Ali 'Imran [3] :190)


"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka." (TQS Ali 'Imran [3] :191)


Nota : sentiasa redup melihat pemandangan gunung dan pokok-pokok yang menghijau dan langit yang membiru ciptaan Allah SWT.
 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat