Assalamualaikum wbt,
Akhirnya saya mendapat kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di sini. Walaupun saya rasa bukanlah panjang tapi cukup dengan sekadar lontaran pertanyaan.
Dulu, ketika saya masih remaja, saya membayangkan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) nih adalah satu kelompok atau golongan orang yang membawa ajaran sesat. *Macamlah saya tahu sangat tentang ajaran sesat. Dan saya pasti orang Malaysia terutamanya, mengganggap ASWJ adalah orang yang mengikut mazhab Shafie. Saya pergi diskusi nih pagi tadi bersama keluarga.
Alhamdulillah, setelah buku dibaca dan perbincangan pagi tadi diperjelas dengan sangat baik dan mantap, saya mendapat satu kesimpulan yang yakin tanpa was-was. ASWJ adalah orang yang mengikut sunnah Rasulullah SAW., dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seperti menegakkan Khilafah. Sunnah Rasulullah bukan hanya berkahwin 4, bukan hanya menunaikan rukun Islam yang 5 dan beriman dengan rukun Iman yang 6 tetapi lebih dari itu.
Adakah sunnah Rasul dengan memperjuangkan bangsa seperti UMNO? Adakah sunnah Rasul dengan membuat undang-undang sendiri buatan manusia seperti di parlimen? Adakah sunnah rasul jika bersahabat baik dengan musuh umat Islam seperti negara super power, Amerika? Adakah sunnah Rasulullah dengan tidak memakai tudung dan mendedahkan aurat? Adakah sunnah Rasullullah jika seseorang itu bersalaman dan bercium dengan ajnabi?
Jadi, sesiapa yang tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW, maka layakkah dia digelar ASWJ? Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteBerapa ramai mereka yg mengaku sebagai ASWJ tetapi hanyalah dibibir sahaja bak kata pepatah org Arab `Lisaanu hal wa lisaanu makaal`.. Org sini pula cakap ` cakap tak serupa bikin`. Namun dlm suatu hadis masyhur dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda `Umatku berpecah kepada 73 milah (ikutan) dimana 72 milah masuk neraka dan 1 milah masuk syurga walhal itulah Jamaah` Riwayat Muslim. Adapun 72 mila tersebut samalah seperti ternyata dlm Surah ALBaqarah:113 وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ لَيۡسَتِ ٱلنَّصَـٰرَىٰ عَلَىٰ شَىۡءٍ۬ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَىٰ لَيۡسَتِ ٱلۡيَهُودُ عَلَىٰ شَىۡءٍ۬ وَهُمۡ يَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ
Malah mereka menyangka jika masuk dlm neraka pun, nanti2 keluarlah balik dan masuk syurga. Surah AlBaqarah:80 وَقَالُواْ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَةً۬ۚ Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka kecuali beberapa hari yang tertentu".
Ada golongan juga mrk tidak sabar dgn perjuangan dan ingin mendahului perintah Allah dan RasulNya supaya segera mendapat kemenangan tanpa memikirkan bahaya perjuangan spt terdapat dlm Surah AlHujurat:1 dan Surah AlAhqaf:35.
Adapun 1 milah yang dijanjikan syurga terbahagi kepada 3 golongan seperti dlm Surah AlFathir:32 ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.
Golongan yang menzalimkan diri inilah yang dapat keluar dari neraka apabila selesai dihisabkan namun mrk berpegang-teguh dan istiqomah pada AlQuran. Wallahualam.
As'salam kdng2 2 ada yg mgaku islam tp klu pbuatannya xmlambngkn yg sseorg 2 islam..pkara yg sptutnya dwat lnsung xdwatnya..pkara yg xdsruh wat yg 2 dwatnya..hrap2 mnta simpng mlaikt 44 jauhkn la dr sdemikian rupa amin..
ReplyDeletekesimpulannya Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah umat yg umat Islam yg bukan sahaja mengikut apa yg diperintah oleh Allah SWT,,malah mereka juga hendaklah mengikut Sunnah RasulNya..
ReplyDelete