Baru Nak Cerita Tentang UMRAH..

Cuti sekolah bulan Jun sudah lama berlalu. Julai juga sudah hampir di pertengahannya. Ini bermakna, pemergian ke Umrah juga sudah lama berakhir. Rasanya juga sudah sebulan mereka balik dari Umrah. Sekarang barulah saya selesa untuk menceritakan pengalaman ketika melawat ke sana. Hehehe.

Air zam-zam. Kata parents, orang buat ini sebagai wudhuk.
Seronok kata mereka.

Bukan saya yang ke Mekah ataupun Madinah, tapi parents, aunt dan juga nenek. Sudah rezeki mereka untuk ke sana anak beranak. Bahagia kan. InsyaAllah. Parents tidak habis-habis bercerita perihal mereka di sana. Begitu juga dengan aunt dan nenek. Sangat syahdu apabila mereka tiba di tanah haram untuk menunailan umrah. Sekali lagi, itulah rezeki mereka, alhamdulillah. Allah mudahkan segalanya buat mereka berempat.

Pemandangan di kaabah sebelum waktu Zohor.

Walaupun mereka berlainan kapal terbang dan pakej, tapi mereka tetap bahagia kerana Allah telah memberikan mereka peluang untuk beribadah kepadaNya. Bilalah giliran saya pula kan? =) Mereka berpesan supaya kami adik beradik menanamkan azam supaya dapat ke Mekah dan Madinah untuk beribadah dalam usia yang muda. Bila sudah berusia, badan pun tak larat sangat nak bergerak. Lebih-lebih lagi bila di tanah haram. Makanya, kena berazam. InsyaAllah, Allah akan kabulkan. Yang penting niat dan azam kita.


Kata mereka lagi, ramai yang membawa anak-anak kecil menunaikan umrah. Tapi bagi mereka, biarlah orang yang dah baligh nih menunaikan umrah. Sebab kalau bawa anak-anak kecil, konsentrasi ketika beribadah tidak sepenuhnya khusyuk. Sekejap-sekejap anak menangis, sekejap-sekejap anak berlari-lari. Lagipun, kalau meraka ke sana, harganya sama juga dengan orang dewasa. Dan yang pentingnya, mereka belum dapat dosa atau pahala. So, fikir-fikirkanlah ye. Anak-anak nih, kalau mereka sudah baligh dan berakal, mereka pasti membuat Umrah sendiri nanti. Jadi, utamakanlah mereka yang belum pergi terutamanya orang-orang tua. Duit yang lebih tuh, boleh juga dermakan kepada mereka yang memerlukan.


Lagi kisah menarik di sana. Umat Islam sungguh ramai. Sangat ramai. Ibadahnya sama, pakaian juga lebih kurang sama. Umat Islam bersatu untuk beribadah di sana. Itu belum lagi masa haji. Fuhhh, memang berjutalah. Tapi satu je yang sedihnya, mereka masih terhalang dengan ikatan kebangsaan. Orang Malaysia, Orang Arab, Orang Turki, Orang Iran, Orang Indonesi dsb. Akidah sama, Kaabah sama, Al-Quran sama. Pendek kata, semuanya sama. Tapi tidak bersatu. Apakah anda faham maksud saya? Boleh baca sini untuk maklumat lanjut, Haji dan Penyatuan Umat Islam.

Allah berfirman :

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya." (TQS Ali-'Imran[3]:103)

Jabal Rahmah, pertemuan Adam dan Hawa di dunia.

Kadang-kadang, umat Islam yang tidak kunjung tiba jodohnya berdoa di sini. Bagi saya, apa yang penting adalah doa. Tidak kiralah di mana kita. Yang penting, pengharapan kita kepada Allah. Harus 100%, jangan ala kadar sahaja. Peringatan buat diri saya sendiri. Kebergantungan kita kepada Allah SWT harus 100% tidak boleh 99.99%. Saya juga kadang-kadang leka dengan nikmat duniawi. Saya juga kadang-kadang terlupa bahawa Allah SWT boleh tarik nikmat yang kita miliki sekelip mata.

Bila Allah berfirman, "كُن فَيَكُونُ" "Jadilah engkau! Maka ia terus menjadi" (TQS Yasin[36]:82)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan" (TQS Ar-Rahman[55])

Kerdilnya kita ini. Kitalah insan yang lemah. Makhluk yang terbatas dan bergantung kepada Allah. Maka, hanya kepada Allahlah tempat kita bergantung harap, bukan kepada yang lain.


Makam para syuhada' Perang Uhud.

Hudaibiyah di mana perjanjian Hudaibiyah dimeterikan.

Perjanjian Hudaibiyah boleh sahaja cari mana-mana artikel untuk bacaan lanjut. Saya nak memudahkan anda, tapi saya tidak pula jumpa artikel yang menarik untuk dikongsikan di sini tentang perjanjian tersebut. Cari tau! Rajin-rajinkan sikit jari jemari comel anda mencari artikel yang berkaitan ok. =)

Jual susu unta.

Seterusnya, kita bercerita tentang susu. Kalau di sana, susu untalah yang paling terkenal. Betul tak? Nak cerita susu lembu, kat Malaysia pun banyak kan. Untuk pengetahuan semua, gambar-gambar ini adalah koleksi peribadi teman saya, Oizgee Nur. Memandangkan parents saya tak suka sangat ambil gambar dan bergambar macam anaknya nih, so saya pinjam gambar teman saya. Izin juga sudah diberikan. Parents kata, kena beratur panjang semasa nak beli susu unta nih. Sebab panjang sangat, parents tak beli pun. Minum pun tak, rasanyalah.

Apa yang hendak dikongsikan di sini adalah status meminum susu unta. Saya tahu, minumnya harus sahaja. Tapi meminum susu unta betina yang sedang datang bulan, dikatakan boleh batal wudhuk. Ini maklumat terbaru yang saya dapat. Aunt saya beritahu, yang membawa rombongan mereka ke sana sangat arif dengan Mekah dan Madinah. Jadi, banyak pengalamannya di sana menguruskan jemaah umrah. Eh, ada ke jemaah umrah ek? Maka kata beliau, unta betina yang datang bulan kalau minum susunya, wudhuk kita boleh jadi batal. Kalau sudah terbatal, haru juga nak ambil wudhuk semula. Macamana nak tahu unta betina tengah datang bulan ke tidak? Haaa, cuba tengok gambar unta-unta di bawah nih.

Adakah unta ini mamakai cawat? Kerana datang bulankah?

Nampak tak ada yang macam pakai cawat merah? Itulah unta yang datang bulan. Unta nih kalau datang bulan, macam perempuan juga, kena pakai cawat. :"> So, anda pernah tahu maklumat tentang ini? Saya baru tahu.

Azam saya : mahu membuat umrah ketika masih muda dan kuat bertenaga supaya mudah melakukan ibadah kepada Allah. Doakan saya ya. Anda pula bagaimana?Tepuk dada, tanyalah iman sendiri.

2 comments:

  1. as salam..
    alhamdulillah..suka entri ni =)
    saya pun baru tahu pasal susu ni. erk. bercawat.
    adei..

    moga akak dipermudahkan urusan oleh-Nya untuk kesana..ameen..

    =)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam,

    alhamdulillah.. itulah, saya pun baru tahu ttg unta yg bercawat nih..

    Ame2n 3x

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat