Ini yang terlintas di fikiran saya tatkala melawat ke laman web ping blog. Tahu kan apa tu ping blog? Biasanya untuk kita publish entri supaya orang lain boleh ke blog kita dengan mudah dan untuk up traffic.
Menjadi persoalan bagi diri saya ini, mengapa seks sentiasa menjadi isu hangat dan utama? Seakan-akan isu ini memang releven sepanjang masa oleh pelbagai golongan dan usia. Bukan saya ingin menafikan fitrah manusia, tapi isu ini sangat menonjol. Seperti tiada isu lain yang lebih utama. Kalau tidak silap saya, rata-rata blog yang membuat entri seperti ini adalah blog orang Melayu. Apa hendak jadi dengan orang Melayu kita?
Sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang boleh membangkitkan pemikiran umat terutamanya orang Melayu. Sudahlah filem-filem tempatan banyak membawa isu-isu cinta. Kalau filem garapan anak muda lagilah dengan isu sosialnya, rogolnya, merempitnya dll. Semua ini berkaitan antara satu sama lain.
Bermula bulan April 2011 sehingga kini, sidang redaksi Fikratul Ummah telah membuat kajian tentang realiti pelaksanaan silibus PKRS dan membentangkannya kepada para pembaca sekalian. InsyaAllah masih lagi berbaki tiga bulan bagi pihak sidang redaksi untuk terus mengajak anda memerhatikan isu ini melalui bacaan artikel-artikel terpilih sehingga bulan Okober nanti.
Dalam masa yang sama, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) di seluruh Malaysia pula bergabung melaksanakan kempen ‘Jom Bincang’ dengan giatnya melalui pelbagai uslub (cara) di tengah-tengah masyarakat. Pada peringkat awal, risalah keluaran MHTM iaitu Nahdatul Fikriyyah telah diedarkan untuk bacaan masyarakat di samping sebaran booklet Fikratul Ummah. Ia bertujuan untuk mengetuk jiwa-jiwa umat Islam yang lena supaya sedar tentang kerosakan atau ‘malapetaka’ yang sedang berlaku di sekeliling mereka sekarang.
Sesungguhnya, penyakit gejala sosial telah lama merebak dan semakin membarah inilah yang membawa kepada pengenalan silibus PKRS.
Seterusnya, kajian pendapat masyarakat tentang kewajaran pengenalan PKRS ini dianjurkan melalui edaran Borang Kaji Selidik di seluruh Malaysia. Pihak MHTM berdiri dan bergerak di tengah-tengah orang ramai mengajak masyarakat memahami isu ini dan melontarkan pendapat mereka tentang kewajaran pelaksanaan PKRS. Ceramah-ceramah dan tazkirah juga ada dianjurkan bagi memberi sedikit sebanyak info dan penjelasan kepada masyarakat yang mahu mendengar dan mahu mengkajinya.
Pada bulan Julai ini pula, maka bermulalah Siri Jelajah Malaysia yang akan membawa masyarakat bertemu MHTM dalam Seminar Wanita yang bertemakan "Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS): Tindakan Sesaat atau Penyelesaian yang Tepat?". Seminar yang bakal bermula di Kuala Lumpur ini akan terus menjelajah beberapa buah negeri di Malaysia iaitu Perak, Kelantan, Johor, Terengganu, Kedah, termasuk juga Sabah dan diakhiri di Selangor.
Seminar ini juga bertujuan untuk menyampaikan realiti pelaksanaan silibus PKRS serta membongkar kelemahan dan keburukannya secara menyeluruh.
Seminar ini juga bertujuan mengajak masyarakat Islam untuk kembali memerhatikan hukum-hukum Islam yang mampu menyelesaikan masalah gejala sosial secara tuntas. Seterusnya menyeru mereka untuk bersama-sama MHTM memperjuangkan satu sistem yang bakal melaksanakannya secara keseluruhan.
Maka, kepada seluruh Muslimah khususnya dan semua wanita amnya, nantikan kemunculan MHTM di tempat anda dan marilah bersama-sama kami menghadiri seminar ini.
Semoga setiap usaha kita dalam mengubah kerosakan yang sedang berlaku sekarang kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki akan dikira oleh Allah sebagai amal soleh dan dibalas dengan ganjaran yang setimpal, InsyaAllah.
Boleh tengok di sini untuk Fikratul Ummah - Julai 2011 dan http://fikratulummah.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.
As'salam ntahlah xtahu nk ckap mcm mna..kita dsogokkn dgn pkara yg mcm ni..naik bosan d watnya..mgkin ni adala ptanda ahir2 zaman @ nk blakunya ari kiamat waallahualam
ReplyDeletemmg benar, org Melayu ni cukup suka buat artikel ttg benda ni. lebih teruk lg, letak gambar perempuan yg mengghairahkan. inilah dinamakan publisiti murahan
ReplyDeletebila kita marah kenapa blog tu asyik buat entry pasal benda ni, mcm2 plak alasan utk membenarkan tindakan dia
waalaikumussalam,
ReplyDeletekita bosan ataupun suka, realiti tetap begini.. umat2, suka sangat perkara mcm ni..