Perangkaan kes babit golongan pelajar naik sekali ganda tahun lalu
KUALA LUMPUR: Perlakuan jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar sekolah semakin membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda bagi kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 2009. Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sepanjang 2009, sebanyak 3,654 kes di kalangan remaja termasuk jenayah berat seperti rogol, ragut, samun berkumpulan dan bersenjata serta jenayah kekerasan dilaporkan dengan 1,409 kes membabitkan pelajar sekolah. Bagi sepanjang tahun lalu pula, 5,165 kes di kalangan remaja dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan pelajar dan 3,218 kes oleh bukan pelajar, iaitu peningkatan 38 peratus dan 43 peratus berbanding 2009.
Perangkaan pada 2009 juga menunjukkan 3,263 kes membabitkan pelajar dan 4,497 kes bukan pelajar ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara, manakala 3,701 pelajar dan 4,404 bukan pelajar ditahan tahun lalu.
Sementara itu, bagi lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 585 kes jenayah dilaporkan di kalangan pelajar, manakala 1,048 bukan pelajar dengan masing-masing membabitkan 2,426 tangkapan.
Berikutan peningkatan kes di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata Mesyuarat EXCO MCPF bersetuju menjadikan belia sebagai fokus dalam program anjurannya tahun ini.
Sumber : Berita Harian, 18/07/11
Telah terbukti bagaimana sistem kapitalisme yang diterapkan oleh pemerintah sekular pimpinan Najib hari ini gagal untuk melahirkan golongan remaja yang tahu akan jati dirinya sebagai seorang manusia, apatah lagi sebagai seorang Muslim jika remaja terbabit adalah seorang Islam. Statistik dan perangkaan data jenayah golongan remaja yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2009 dan 2010 di atas telah cukup untuk menunjukkan betapa rapuh dan rosaknya institusi masyarakat hari ini terutamanya di kalangan golongan remaja. Keadaan ini berlaku kerana sistem yang diguna pakai oleh pemerintah yang ada pada hari ini adalah sistem yang rosak, yang terpancar daripada akidah sekularisme iaitu suatu fahaman ideologi yang memisahkan agama daripada kehidupan. Hasilnya, sistem sosial, polisi pendidikan dan sistem-sistem lain yang berjalan pada hari ini telah jauh tersasar daripada Islam. Inilah hakikat pahit yang terpaksa diakui oleh semua pihak. Ajaran Islam hanya terhad untuk persoalan ibadat dan ruhiyah (spiritual) semata-mata. Islam yang ditempelkan sebagai agama rasmi negara pada hakikatnya telah lama dimandulkan oleh sistem kapitalisme yang diterapkan sepenuhnya oleh pemerintah hari ini.
Al-quran hanya diperdengarkan untuk dipertandingkan dan bukannya untuk diterapkan oleh pemerintah. Maka tidak hairanlah penyakit masyarakat terutamanya di kalangan golongan remaja kini semakin parah dan terus membarah. Apakah pemerintah hari ini gagal untuk memahami firman Allah SWT “...dan barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" [TMQ Taha (20) : 124]. Apakah penasihat agama yang berada di sekeliling pemerintah sedang nyenyak diulit mimpi dan tertipu dengan kehidupan dan kemewahan dunia yang sementara ini sehinggakan mereka “terlupa dan tertidur” untuk mengingatkan dan menegur pemerintah agar kembali kepada Islam dengan menerapkan sistem Islam secara kaffah di dalam kehidupan bermasyarakat dan negara. Ingatlah, hanya Islamlah satu-satunya sistem dan cara hidup yang dijamin oleh Allah SWT akan membawa rahmat ke sekalian alam, sama ada kepada kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Firman Allah SWT,
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107].
Justeru, permasalahan remaja pada hari ini akan hanya dapat diatasi sekiranya syariah diterapkan sepenuhnya dan bukannya dengan program-program yang bersifat kosmetik palsu seperti program “Remaja Bersatu, Memerangi Jenayah” di atas.
sumber: sini
Pesanan buat kerajaan sekarang, masuklah ke dala Islam tu secara keseluruhan. Jangan ambi sikit-sikit. Inilah jadinya...hmmm
ReplyDeleteIya, masuk Islam secara Kaffah..
ReplyDeletebetul...
ReplyDeleteana tak suke tengok pompuan zmn skang ni gaduh..
ReplyDeletePendidikan dulu dengan sekarang perlu berubah. Para pendidik dan ibubapa perlu bekerjasama. Kalau pentingkan duit, anak bangsa tergadai. Sekarang zaman duit dan material. Pekeliling dan undang2 patut kekal dulu. Dasar dulu lebih baik dari sekarang.
ReplyDeleteBukan setakat sentuh, jeling pun kena saman!!! Remaja naik tocang.