Taktaz Restaurant : The Iranian Food in The Town

Well, kita jalan-jalan cari makan pula ya. Saya ni sebenarnya memag suka makanan nih. Sebab tu dalam blog saya ni saya letak Food Review. Asalnya malu juga saya nak post entri macam ni, tapi memandangkan saya pencinta makanan, apa salahnya kan. :)

Ini kisah 3 bulan lepaslah. Bercinta juga saya nak post entri ni sebab 1) gambar ada dalam smartphone, malas sikit nak transfer ke laptop, 2) tiada idea nak menulis. Tapi sekarang tidak lagi. Saya update banyak-banyak senang. :)

You all suka makanan arab? Kalau you all suka, Iranian Cuisine pun sedap juga. Not bad tapi bab kebabnya kurang sikit. Yet, still ok.

Ini antara menu yang disediakan untuk tengah hari. Murah juga.
Tapi kami takdelah order menu dalam ni sebab kami pergi makan malam. :) Jadi, kami order seperti gambar-gambar di bawah ni.

Kami order barbican drink for first time. Rsanya bergas dan saya tak berapa gemar.
Kalau you all nak tahu, barbican drink ni banyak perisa. Saya order perisa peach dan hubby order perisa apa tah, saya pun dah lupa. Huhuhu. Tapi sedapp.

Simple pizza but yummy
Kami porder pizza sebagai pembuka selera. :D Serius, sedap pizza ni walaupun simple tapi tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Ini my hubby punya. Lamb Koobideh Kebab served with Dill Rice

Saya order Negini Kebab (mix lamb and chicken) with Saffron Rice
Saya kalau makanan cenggini saya memang suka terutamanya part nasi. Sangat peroi, wangi dan sedap.. :D

So, you all rasa lapar tak? Pagi-pagi saya post supaya you all tahulah nak makan apa lunch nanti. You all boleh tengok page restaurant ni.



Salam adalah Sunnah yang Ringan Tetapi Berat Pahalanya di sisi ALLAH

Sambungan entri, Adab Memberi Salam.


Ucapan salam mungkin sesuatu yang lumrah bagi kita. Ia merupakan sunnah yang ringan namun berat pahalanya di sisi Allah. Amalan ini merupakan penjalin ukhuwwah sesama Mukmin dan merupakan pembuka bicara bagi yang belum mengenali. Namun selama kita hidup, berapa banyakkah salam yang telah kita sebarkan baik kepada yang dikenali mahupun yang asing? Marilah kita merenung sebuah atsar tentang sahabat Rasulullah, Abdullah bin Umar ra:

Daripada At-Tufail bin Ubay bin Ka`ab, bahawasanya ia datang ke tempat Abdullah bin Umar kemudian mereka pergi bersama-sama ke pasar.  Tufail berkata:

“Apabila kami berada di pasar, maka setiap kali kami melewati tukang jual baju, orang yang menjual barang dagangannya, orang miskin dan bahkan melewati sesiapa pun, Abdullah pasti mengucapkan salam kepadanya.”  At-Tufail berkata:  ”Suatu hari saya datang ke tempat Abdullah bin Umar kemudian dia mengajak saya ke pasar.  Maka saya berkata kepadanya,  “Apa yang akan kamu buat di pasar nanti kerana kamu tidak membeli sesuatu apapun, tidak juga mencari sesuatu, tidak akan menawar(menjual)  sesuatu dan tidak juga duduk-duduk di pasar?  Lebih baik kita berbincang-bincang di sini sahaja.”  Abdullah menjawab,  “Wahai Abu Bathn (kerana At-Tufail mempunyai perut yang besar), kita akan ke pasar untuk menyebarkan salam kepada sesiapa yang bertemu dengan kita.” [Riwayat Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatta’ dengan sanad yang sahih]

Semoga kita beroleh kebaikan sebagai manusia yang utama di sisi Allah dengan menyebarkan salam sebagaimana Abdullah bin Umar. Wallahu a’lam.

Runtuhnya Kemuliaan Bersama Runtuhnya Khilafah

sambungan entri, Fakta Penerapan Sistem Demokrasi-Kapitalis-Sekular.


Ternyata hidup tanpa sebuah Daulah Khilafah Islamiyyah, telah membawa kesengsaraan yang luar biasa kepada umat Islam. Tanpa Daulah Khilafah Islamiyyah, umat Islam menjadi terpecah-belah kepada negara-negara kecil yang lemah, yang  kesemuanya terpisah atas dasar sempadan (geografi) dan kebangsaan yang dicipta oleh penjajah Barat. Ini menyebabkan umat Islam lemah untuk menghadapi kekuatan penjajah. Jangankan bersatu untuk menghadapi penjajah, malah umat Islam saling bertikaian antara satu sama lain atas dasar kepentingan masing-masing.

Penderitaan akibat ketiadaan Daulah Khilafah Islamiyyah di dunia ini, bukan hanya menimpa kaum Muslimin. Hal ini juga merupakan malapetaka yang menimpa seluruh dunia. Saat ini dunia dipimpin oleh sistem Kapitalisme Barat dan dunia mengalami penderitaan yang sangat menyedihkan dari pelbagai aspek. Pelbagai krisis global terjadi seperti kemiskinan, pengangguran, gejala sosial, penindasan, eksploitasi dan diskriminasi sehinggalah membawa kepada konflik dan ancaman perang.

Saudara seakidahku, kini seruan bagi kita untuk menggapai kemenangan dan kemuliaan Islam  telah   tiba. Sahutlah seruan ini untuk meraih pertolongan Allah dengan berdakwah, membina umat dengan pemikiran Islam, membongkar segala usaha dan makar-makar jahat pihak kafir dan sekutunya dan seterusnya meraih kepimpinan umat. Sesungguhnya kembalinya Daulah Khilafah Islamiyyah ke dalam kehidupan adalah satu-satunya jalan untuk umat manusia kembali hidup di dalam kesejahteraan. Berhukum dengan apa yang diturunkan Allah mesti dijadikan  tujuan perjuangan kita.

Maka marilah berjuang bersama-sama untuk mewujudkan semua itu, agar kita dapat menolak tipu daya orang-orang kafir serta mengembalikan Daulah Khilafah dan menerapkan hukum dengan apa yang diturunkan Allah. Marilah sama-sama  berjuang agar kita menjadikan kemuliaan hanya milik Allah, RasulNya, agamaNya, dan orang-orang Mukmin! Sesungguhnya Allah telah memuliakan kita dengan Islam dan menjadikan kita mulia kerananya. Allah S.W.T berfirman,

Kemuliaan adalah bagi Allah, Rasul dan orang-orang beriman[TMQ al-Munafiqun (63):8].

Maka bersegeralah kalian menuju aktiviti yang diredhai Allah S.W.T dan RasulNya dan beramallah dengan orang-orang yang berjuang untuk menerapkan ketentuan Allah S.W.T dengan menegakkan Daulah Khilafah Rasyidah ‘ala Minhaj Nubuwwah agar memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat. Firman Allah S.W.T,

Dan Allah menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir itu membenci[TMQ as-Saff (61):8]

Wallahu a’lam.

Adab Memberi Salam

Assalamualaikum.. You all kena baca entri ni dulu, Anda Ingin Beroleh Kebaikan?? Sebarkanlah SALAM
Antara adab-adab dalam memberi salam adalah:

1. Mendahului dalam memberi salam

“Seutama-utama manusia bagi Allah adalah yang terlebih dahulu dalam memberi salam” [HR Abu Dawud]

Walaupun memberikan salam itu hukumnya sunat  berbanding menjawab salam, tetapi hadis di atas menunjukkan  keutamaan bagi orang yang berlumba-lumba dalam memberi salam dan bukannya bersikap menanti salam itu diberikan kepadanya. Sebagai balasan, Allah SWT meletakkan mereka sebagai manusia yang utama di sisiNya.

2. Menjawab dengan ucapan yang sama atau lebih baik

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan  yang sepadan dengannya). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.” [TMQ An-Nisa’ (4) : 86]

Jawablah salam dengan ucapan yang lebih baik sebagaimana ucapan salam yang telah disebutkan. Bahkan jawablah dengan kalimah yang paling sempurna sebagai sikap mencari keutamaan dan mencari kebaikan.

3. Mengikut turutan yang betul

Rasulullah saw bersabda:

“Hendaklah orang yang berkenderaan memberikan salam kepada orang yang yang berjalan. Yang berjalan kepada yang duduk, yang sedikit kepada yang ramai (dan hendaklah yang muda kepada yang lebih tua).”  [HR Bukhari dan Muslim]

4. Pada kadar suara yang secukupnya

Al-Miqdad ra biasa menyediakan susu untuk Rasulullah. Maka Rasulullah datang pada waktu malam  lalu beliau memberi salam dengan perlahan supaya tidak mengejutkan orang yang sedang  tidur, dan cukup didengari oleh mereka yang terjaga. Dan beliau mengucapkan salam sebagaimana biasa beliau mengucapkan salam. [HR. Muslim]

Oleh itu adalah tidak wajar bagi kita menjerit-jerit dalam memberi salam sehingga mengganggu orang yang sedang tidur ataupun memberi salam terlalu perlahan sehingga tidak didengari langsung bagi orang yang berjaga. Lakukanlah pada kadar yang secukupnya agar didengari dan pada masa yang sama tidak menyakiti sesiapa.

5. Tidak menyebut ‘alaikassalam

Ucapan ‘alaikassalam adalah bagi orang yang telah meninggal. Ini berdasarkan hadis Nabi yang berbunyi:

“Jangan berkata ‘alaikassalam kerana ‘alaikassalam itu merupakan salam bagi orang mati” [HR Abu Dawud dan Tirmizi]

Last Day Of Clinical Attachment

Rabu baru nih adalah hari terakhir sangkutan klinikal saya. Macam yang saya mention kat Final Attachment, Hopefully.. Rupanya memang best buat attachment kat wad Psikiatri. Lagi best sebab pegawai Farmasinya comel tapi tegas. Hiks.

Apapun, doakan saya ya lulus exam bulan Jun ini dan grad tahun 2013. InsyaAllah.

Kami adalah pelajar FARMASI. Sebab kami bukan doktor. :D

Fakta Penerapan Sistem Demokrasi-Kapitalis-Sekular

sambungan entri Tragedi Rejab. Apa yang Anda Tahu???

Di Malaysia sendiri, penerapan sistem demokrasi-kapitalis-sekular dalam pelbagai aspek kehidupan  ternyata  membawa banyak kerosakan dan malapetaka. Remaja yang sepatutnya  menjadi generasi harapan umat untuk memperjuangkan Islam ternyata menjadi mangsa penerapan sistem kehidupan    ciptaan penjajah Barat ini.

Meningkatnya penglibatan remaja dalam kes-kes jenayah sukar untuk dibendung. Kes samun, peras ugut, ragut, gangsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabul, bunuh,  pergaulan bebas, gejala LGBT, budaya fesyen dan hiburan yang  melalaikan, semuanya menjadi rutin hidup yang begitu kerap dipaparkan di media massa.

Kementerian Kesihatan melaporkan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tidak sah taraf semakin mengerikan iaitu seramai 18,652 remaja berusia 10-19 tahun didapati hamil sepanjang 2011 di mana 30% hamil di luar nikah (The Star, 22 September 2012). Seramai 705 bayi terdampar dilaporkan sepanjang lapan tahun semenjak 2004-2011. Pada tahun 2009, kes meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes dalam tahun 2010 dan  sebanyak 98 kes pada tahun 2011 (sumber: PDRM).

Menurut satu laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, dari tahun 2004-2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah! Tidak terbayangkan apakah yang bakal menimpa generasi kita di masa hadapan jika sistem demokrasi-kapitalis-sekular ini terus-menerus diterap dan dipertahankan.

Selain Malaysia, umat Islam di serata dunia menderita sekian lama akibat kezaliman dan penganiayaan yang  diperlakukan ke atas mereka. Sebagai  contoh, peristiwa yang berlaku ke atas   Dr. Marwah Al-Syarbani, Muslimah dari Mesir yang telah  ditikam oleh seorang Islamofobis  semata-mata kerana beliau berhijab dan menunjukkan identiti keIslamannya. Kita juga sukar melupakan peristiwa penangkapan dan pemenjaraan secara kejam yang telah menimpa Dr. Aafia Siddiqui, seorang Muslimah yang bekerja di Amerika. Tanpa alasan dan bukti yang kukuh, beliau dipenjarakan, dirogol dan diseksa dengan begitu kejam.

Terbaru, pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar semata-mata kerana mereka berakidah Islam. Malah umat Islam yang berjuang  mempertahankan kemuliaan Rasulullah S.A.W telah dizalimi dan dibunuh dengan kejamnya di Bangladesh. Ini hanyalah secebis realiti menyedihkan yang menimpa kaum Muslimin yang terpapar di media massa. Sementara di luar sana jutaan  Muslimin dan Muslimat menderita dalam diam dek kezaliman sistem kapitalis sekular yang menimpa mereka saban hari tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

bersambung..

Tragedi Rejab. Apa yang Anda Tahu???

Sekarang kita dah masuk 15 Rejab 1434H. Saya tahu ramai yang mencari dan berusaha melakukan ibadah-ibadah sunat untuk mendapatkan ganjarannya. Itu saya tahu ramai sedia maklum.


Tapi pernah tak you all terfikir, apakah yang menjadikan umat Islam ni (terutamanya MUSLIMAH) macam sekarang seperti apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Syiria, Rohigya dan banyak lagi tempat umat Islam? Nak tahu dan you all mesti ambil tahu.

Tragedi Rejab: Runtuhnya Kemuliaan Bersama Runtuhnya Khilafah 

Alhamdulillah kita kini berada di bulan Rejab. Di bulan ini, peristiwa besar Isra’ dan Mi’raj Nabi   Muhammad S.A.W  begitu dekat di hati dan sentiasa diingati. Namun satu lagi peristiwa penting yang seakan luput daripada ingatan kaum Muslimin adalah dihapuskannya sistem Khilafah Islamiyyah oleh pengkhianat kaum Muslimin iaitu Mustafa Kamal Attarturk. Inilah tragedi yang menjadi titik awal bermulanya episod hitam dalam kehidupan umat Islam, termasuklah kaum Muslimah secara khususnya.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab utama keruntuhan Negara Khilafah ini, antaranya adalah konspirasi negara-negara kafir imperialis, pengkhianatan pegawai-pegawai tertinggi negara, masuknya idea-idea rosak (nasionalisme, patriotisme, demokrasi dan hak asasi manusia) yang mempengaruhi pemikiran kaum muda di Turki dan wilayah Khilafah lainnya, terhentinya  ijtihad, usaha memasukkan undang-undang Barat ke dalam perlembagaan  negara Khilafah dan penghancuran akidah Islam melalui serangan misionaris Kristian (mubaligh yang berjuang memurtadkan umat Islam).

Kemuncaknya, pada 3 Mac 1924 iaitu bersamaan dengan 28 Rejab 1342H, agen Inggeris berketurunan Yahudi Dunamah bernama Mustafa Kamal Attarturk mengisytiharkan terbubarnya Negara Khilafah Islamiyah yang berpusat di Istanbul dan kemudian menggantikannya dengan sistem Republik Turki dengan asasnya sekular-demokrasi.

Runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya kedaulatan dan kemuliaan pemerintahan Islam yang bertahan selama lebih 1300 tahun. Keruntuhan ini juga sekaligus  menyebabkan umat Islam kehilangan institusi yang memayungi dan melindungi mereka. Semenjak runtuhnya sistem pemerintahan yang menerapkan hukum-hukum Islam, pelbagai masalah dan musibah melanda umat Islam dalam seluruh aspek kehidupan.

bersambung...

Pepagi Gelap Ia Keluar..

Mari bercakap tentang Nuffnang. Saya tahu saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakannya tapi tak salah rasanya saya kongsikan apa yang saya tahu. Hee

Dulu-dulu (macamlah lama sangat kan) saya tak tahupun macam mana CPUV (cost-per-unique-visit) ini berfungsi. Saya selalu update entri sesuka hati je. Tapi sekarang tidak lagi setelah saya tahu masa yang sesuai untuk publish entri.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada akak ni, kak IntaNBerliaN (http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/) sebab dia kongsikan masa yang sesuai untuk publish entri. Time nilah saya tengok balik entri kak intanberlian untuk cari entrinya tuh. Tak jumpalah pula. Aduii.

Okeyh, dah jumpa dah. Saya quote apa yang kak intanberlian tulis dalam entrinya, Tips tambah earning CPUV @ BE:
SEBABNYA earning CPUV @ BE akan bergerak apabila orang masuk blog kita KETIKA IKLAN CPUV @ BE tengah "berjoget2" dekat blog masa tu...!!
Kalau ramai orang masuk blog u all pun, tapi time tu iklan CPUV @ BE tu, tak muncul kat blog u all, earning tak gerak jugak... thats y u all harus cari strategi camne nak suruh orang masuk time iklan CPUV @ BE ni ada di blog u all.. (",) Saya share dengan u all, apa yang saya lakukan... walaupun earning satu CPUV @ BE saya tu tak banyak sangat, tapi lepaslah beli pampers anak.. heheh

Firstly, saya duk wat kaji selidik dulu tengok iklan CPUV @ BE saya tu, tunjukkan diri di blog saya ni pukul berapa.. Nak ingatkan u all, SETIAP CPUV @ BE, WAKTU DORANG ADA KAT BLOG KITA NI TAK SAMA... Saya bagi contoh, iklan DIGI saya sebelum ni, dia tayang muka dari pukul 12 tengah malam hingga 9:30 pagi.. lepas tu tak keluar2 dah... iklan SANOFI plak, dia duk tayangkan diri dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 10 pagi... tapi dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah malam tu, dia ada gak tayangkan diri tapi SANGAT2 SEKEJAP + KADANG2 JE BERLAKU..!! Macam CPUV @ BE saya yang terbaru ni (COLGATE), dah pukul 10 lebih pagi pun, dia duk tayangkan diri je dekat blog saya ni.. (^_^)

Second, bila u all dah tahu, time iklan CPUV @ BE u all tu keluar dekat blog u all.. apa lagi, cepat2lah tarik pembaca terjah blog u all.. antara yang saya lakukan.. SAYA UP KAN ENTRY...!! Bila entry dah publish... orang mesti akan terjah blog kita kan.. so, elok sangatlah time tu, iklan CPUV @ BE, tengah 'berjoget2' & pembaca pulak tengah serbu.. automatik earning CPUV @ BE meningkat.. hihii

Iklan Leaderboard (atas header) - Outrigger Phuket

Iklan Skyscraper (sidebar) - Safi Natural Cleanser
Tulisan merah tu saya yang merahkan sebab nak highlightkan kat you all. Kenyataan kakak itulah yang buat saya rasa teruja untuk mengkaji CPUV saya. Minggu lepas saya dah dapat tune nya. Sebab tu, saya update banyak-banyak dan lagi satu sebab rajin. Yelah blog sudah comel.. Hikhikhik.

Anda Ingin Beroleh Kebaikan?? Sebarkanlah SALAM

Sesungguhnya salah satu daripada sifat orang mukmin itu adalah mereka saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah. Antara cara untuk menzahirkan rasa cinta tersebut adalah dengan menyebarkan salam antara satu sama lain. Pengucapan salam adalah sesuatu yang sinonim bagi umat Islam dan ia sudah menjadi kebiasaan untuk dilafazkan apabila ia bertemu dan berpisah sesama Muslim, baik sama ada ia memahami ataupun tidak lafaz salam tersebut.

Perkataan salam dalam bahasa Arab bererti kesejahteraan, keamanan, kedamaian dan keselamatan. Lafaz salam bagi orang Mukmin adalah assalamu’alaikum (salam sejahtera ke atas kalian), atau assalamu’alaikum warahmatullah (salam sejahtera ke atas kalian dan dengan rahmat Allah) ataupun assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh (salam sejahtera ke atas kalian dan dengan rahmat serta berkat Allah). Biar pendek ataupun panjang ucapan salam yang diberikan, kesemuanya memberikan makna yang sama kepada si penerima salam, yakni suatu doa yang diberikan daripada seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain. Tidak ada satu pun agama di dunia ini selain Islam yang mengajar umatnya untuk memanifestasikan syiar dan  kecintaan sesama saudara seakidahnya melalui ucapan doa.

Dalil-dalil tentang perintah dan keutamaan salam

Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Maka apabila kamu memasuki ke rumah-rumah (yang tidak berpenghuni), maka ucapkanlah salam kepada diri kamu sendiri (sebagai) penghormatan daripada sisi Allah yang dipenuhi keberkatan dan kebaikan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kalian, supaya kalian memahaminya.” [TMQ An-Nur (24) : 61]

Ayat di atas memerintahkan agar salam diberi sebagai tanda penghormatan walaupun sesuatu rumah atau tempat itu tidak berpenghuni. Selain itu, perintah yang lebih tegas dapat dilihat dalam surah yang sama iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki ke rumah-rumah (yang) bukan rumah kamu, sehinggalah kamu terlebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian supaya kamu mengambil pengajaran.”
[TMQ An-Nur (24): 27]

Terdapat juga  hadis-hadis daripada Rasulullah saw yang menerangkan tentang fadhilat dan kebaikan dalam menyebarkan salam.  Hadis daripada Abdullah bin Salam, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam di antara kalian, berikanlah makanan, sambunglah tali silaturahim dan solatlah ketika manusia sedang tidur pada malam hari, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” [HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad]

Rasulullah saw juga bersabda:

“Kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman,dan  tidaklah kalian beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan  suatu perbuatan yang apabila kalian mengerjakannya, nescaya kalian akan saling mencintai?  Sebarkanlah salam di antara kalian.” [HR Muslim]

Selain hadis-hadis yang telah disebutkan, terdapat sebuah hadis yang menerangkan tentang ganjaran bagi setiap ucapan salam yang diberikan. Hadis ini sekaligus mengajar kita tentang bagaimana ucapan salam itu sepatutnya diberikan kepada orang mukmin. Imran bin Hussain berkata:

“Ada seorang lelaki  datang kepada Nabi seraya mengucapkan assalamu ‘alaikum. Maka Nabi menjawabnya dan orang itu kemudian duduk. Nabi berkata, “dia mendapat sepuluh pahala.” Kemudian datang orang yang lain mengucapkan assalamu ‘alaikum warahmatullah. Maka Nabi menjawabnya dan berkata, “dua puluh pahala baginya.” Kemudian datang seorang lagi seraya mengucapkan assalamu ’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nabi pun menjawabnya dan berkata, “Dia mendapat tiga puluh pahala.” [HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ahmad]

bersambung....

Multimedia Women


Final Attachment, Hopefully..

Harini minggu terakhir sangkutan (attachment) klinikal saya di PPUKM, Cheras. Sangkutan kali ini melibatkan wad psikiatri. Dan kali ini jugalah saya drive sampai ke hospital ni. Selalunya saya park kat stesen LRT, naik LRT dan teksi untuk ke PPUKM tetapi kali ni saya ingin merasai kelainan sikit. Harapnya kelainan ini adalah sangkutan terakhir sebagai pelajar. :)

Untuk entri ini juga saya menggunakan aplikasi bloggerroid seperti yang disarankan kak Mia. Kalau dulu, saya menggunakan aplikasi Blogger je sebab hubby tolong installkan. Tapi banyak yang susah tentang Blogger yang dimuatnaik. Aplikasi yang baru ini nampaknya mesra pengguna seperti saya. Hehehe.
posted from Bloggeroid

Sistem Rosak Yang Membiarkan Wanita Dicabul

Ketika tahun 2012 menutup tirainya, masyarakat dunia dikejutkan dengan tragedi kematian seorang pelajar perubatan di New Delhi, India, yang diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember 2012 lalu. Insiden yang mendapat liputan meluas ini menyaksikan bukan sahaja pelajar wanita itu dirogol beramai-ramai, malah mangsa turut diserang menggunakan sebatang besi sebelum dicampak keluar daripada bas yang sedang bergerak bersama kawan lelakinya.

Baru-baru ini, seorang pelancong wanita warga Britain mengalami kecederaan di kaki setelah bertindak nekad melompat keluar daripada tingkap tingkat tiga bilik hotelnya di Agra, India kerana takut diperkosa oleh pemilik hotel tersebut. Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas dia enggan menerima tawaran untuk mengurutnya secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan. Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum kejadian rogol bergilir-gilir melibatkan seorang pelancong Switzerland (Kosmo, 20 Mac 2013).

Laporan  turut menyatakan bahawa banyak kejadian rogol beramai-ramai berlaku setiap hari di India dan kebanyakan mangsa enggan membuat laporan polis kerana mereka sudah tidak percayakan sistem perundangan negara yang ada di samping bimbang reaksi negatif daripada para pegawai polis lelaki.

Dalam kehidupan dunia hari ini, keadaan kaum wanita seolah-olah tidak lagi selamat, biar di mana pun mereka berada. Mereka berdepan dengan pelbagai ancaman dan gangguan seksual di sepanjang masa. Hal ini berbeza dengan situasi semasa kewujudan Daulah Khilafah Islamiyyah dahulu. Pada zaman Khilafah Abbasiyyah yang dipimpin oleh Khalifah Al-Mu’tasim, seorang wanita yang terjatuh lalu tersingkap auratnya akibat perbuatan lelaki kafir Rom telah menjadi bahan sorakan kaum kafir yang berada di situ. Wanita itu merayu sambil memanggil-manggil, “Wahai Khalifah Mu’tasim, selamatkanlah aku…”. Seorang lelaki Muslim yang menyaksikan kejadian itu segera bergerak ke Baghdad untuk mengadukan hal tersebut kepada Khalifah. Baginda segera menjawab, “Wahai ibu, ini Khalifah Mu’tasim mendengar seruanmu”. Baginda kemudiannya mengerahkan bala tentera untuk menyerang penghina-penghina Muslimah berkenaan.

Fenomena ini sangat berbeza dengan situasi pada hari ini kerana tidak wujud satu pun solusi yang tuntas dalam memelihara dan melindungi kehormatan wanita. Di India, selepas insiden kematian pelajar perubatan tersebut, masyarakat cuba bangkit untuk mendesak pemerintah melakukan tindakan segera bagi menangani gangguan seksual yang tidak pernah kunjung padam. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah pihak polis sibuk menyerang dalam menyuraikan para pendemonstrasi melalui tembakan meriam air dan gas pemedih mata, dan bukannya mencari solusi jenayah yang menyebabkan masyarakat memprotesnya melalui demonstrasi.

Sesungguhnya hanya dengan penerapan hukum-hakam Islam secara kaffah, yang merupakan rahmatan lil alamin, kehormatan dan kemuliaan kaum wanita akan kembali terbela. Hanya dengan kembali kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman dan juga kepada seluruh manusia, yang mana dijanjikan tidak ada sebarang keraguan di dalamnya, segala permasalahan seluruh umat manusia sama ada Muslim atau non-Muslim akan terpelihara.

Sumber : kosmo.com.my, 20/03/13

Asy-Syifa’ Binti Abdullah Al-`Adawiyah: Guru Wanita PERTAMA

Kita masih lagi dalam mood bulan menghargai jasa guru ye kawan-kawan. Jadi elok rasanya saya tampilkan perkongsian tentang seorang wanita yang berjasa dalam arena pendidikan ini, InsyaAllah.

Sesungguhnya ilmu Allah S.W.T itu maha luas berupa didikan dan pengajaran yang pasti memberi kesejahteraan dan kebaikan kepada jiwa, akal dan jasmani manusia. Segala ilmu yang telah diwahyukan kepada kekasihNya, Nabi Muhammad S.A.W kini sudah tercatat di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan bagi umat Islam. Di sepanjang sejarah Islam, ramai tokoh ilmuwan yang telah berjaya menempatkan diri mereka di mata dunia. Justeru dalam ruangan serikandi teladan kali ini, kita akan menelusuri perjalanan seorang sahabiyah yang merupakan antara tokoh ilmuwan wanita yang mendapat kedudukan tersendiri di sisi Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Beliau r.a adalah Asy-Syifa’ binti Abdullah ibn Abdi Syams al-Qurasyiah al-‘Adawiyah. Menurut Ahmad bin Soleh Al-Misri, nama sebenarnya ialah Laila tetapi lebih dikenali sebagai Asy-Syifa’. Kunniyah (nama julukan) beliau Ummu Sulaiman dan suaminya adalah Abu Hathmah ibn Ghanim al-Qurasyi al-‘Adawi. Sahabiyah ini telah melakarkan sejarah hidupnya dengan penuh kemuliaan. Selain menjadi antara wanita yang awal memeluk Islam iaitu sebelum berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah, beliau juga termasuk golongan wanita yang berhijrah pada gelombang pertama.

Bukan itu sahaja, beliau adalah seorang wanita yang terkenal dengan kepintaran dan kebaikannya sejak  zaman jahiliah lagi. Pada ketika itu, hanya segelintir sahaja wanita Quraisy yang boleh menulis dan membaca. Dengan kebolehannya, beliau menawarkan dirinya untuk menjadi guru bagi kaumnya. Setelah beliau masuk Islam, beliau meneruskan pekerjaan mulianya dengan memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam dengan tujuan untuk menggapai pahala dan redha Allah S.W.T. Lantaran itu, nama beliau telah tercatat dalam lipatan sejarah sebagai guru wanita pertama dalam dunia Islam.

Selain daripada mahir dalam ilmu membaca dan menulis, Asy-Syifa’ juga mahir dalam bidang ruqyah iaitu berubat dengan memohon doa. Diriwayatkan bahawa selepas memeluk Islam, Asy-Syifa’ kerana ketaqwaannya berhenti melakukan ruqyah sehingga Rasulullah S.A.W mengizinkannya meneruskannya semula. Bahkan Rasulullah S.A.W juga menyuruh Asy-Syifa’ untuk mengajarkannya kepada salah seorang isteri baginda, Hafsah binti Umar bin Khathab r.a. Hal ini telah tercatat  dalam Musnad Imam Ahmad dari Hafsah,
Bahawa Nabi S.A.W datang menziarahinya (Hafsah) sedang bersamanya seorang wanita yang dikenali sebagai Syifa’ yang melakukan ruqyah untuk mengubati “an-namlah”. Lalu berkata Nabi S.A.W, ajarkanlah ia kepada Hafsah”. [Musnad Ahmad no. 25910]. An-namlah ialah sejenis masalah kulit.
Kedudukan Asy-Syifa’ tidak hanya istimewa pada mata Rasulullah S.A.W dan isteri-isteri baginda sahaja, malah dihormati oleh para sahabat Nabi S.A.W. Saidina Umar al-Khathab r.a. berusaha untuk mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W dalam memuliakan Asy-Syifa’, tambahan pula Asy-Syifa’ adalah guru kepada puterinya Hafsah. Asy-Syifa’ bukan sahaja sentiasa diberi keutamaan dalam melontarkan pandangan, malahan Saidina Umar r.a. mempercayakan beliau untuk menjadi   qadhi hisbah di Madinah, iaitu seorang yang mengawas dan menjatuhkan hukuman jika berlaku pelanggaran hak umum di pasar. Selain itu, Umar al-Khathab juga adalah seorang yang suka membimbing Asy-Syifa’ sekeluarga di dalam melaksanakan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Direkodkan di dalam kitab Al-Muntaqa Syarah Muwatta’ Malik, Asy-Syifa’ pernah bertutur, “Satu hari, Umar al-Khathab datang ke  rumahku sedangkan bersamaku ada dua orang lelaki sedang tidur (iaitu suaminya Abu Hathmah dan puteranya Sulaiman). Umar al-Khathab bertanya, ‘Tidakkah dua lelaki ini solat Subuh?’ Aku menjawab, ‘Mereka berdua solat malam sehingga subuh, kemudian solat subuh lalu tidur.’ Lalu Umar al-Khathab menjawab, ‘Sesung-guhnya aku bersaksi bahawa solat subuh berjemaah lebih baik bagiku daripada solat sepanjang malam.” Jelas di sini bahawa Umar al-Khathab, dengan ilmu yang ada padanya, memastikan keluarga Asy-Syifa juga turut mendapat ilmu yang sama.

Banyak hadis Rasulullah S.A.W yang telah diriwayatkan oleh Asy-Sifa’ secara terus daripada Rasulullah S.A.W sendiri dan juga daripada Umar al-Khathab. Adapun orang yang     meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W daripada As-Syifa' adalah anaknya sendiri, Sulaiman, dua cucunya Abu Bakar bin Sulaiman dan Usman bin Sulaiman, bekas hambanya Abu Ishaq dan Hafsah Ummul Mukminin. Beliau terus menerus mendidik umat Islam dengan tsaqofah Islam serta bergiat sama mendakwahkan risalah Islam kepada manusia lain sehingga ajal datang menjemputnya pada era kekhalifahan Umar al-Khathab sekitar tahun 20H. Al-Bukhari mencatatkan riwayat daripada beliau di dalam Kitab al-Adab dan Kitab Af’al al-Ibad, begitu juga Abu Dawud dan al-Nasai. Dalam penulisan komentari, antaranya Syarah Sunan Abi Dawud dan Al-Albany, mereka mengambil peng-ajaran daripada sebahagian hadis daripada Asy-Syifa’ bahawa Islam menghendaki kaum wanita celik ilmu dan Islam membenarkan perubatan yang tidak mensyirikkan Allah.

Subhanallah! Benarlah firman Allah S.W.T dalam surah al-Mujadilah ayat 11 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu berlapang-lapanglah dalam majlis-majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.  

Sesungguhnya wanita pertama dalam Islam yang menjadi guru dan qadhi hisbah, serta pengamal dan pengajar perubatan ini telah dimuliakan Allah S.W.T dalam kalangan penduduk dunia kerana ilmunya sekaligus ketaqwaannya kepada Allah. Firman Allah S.W.T lagi,
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pakar” [TMQ al-Hujurat (49): 13].
Ya akhawatul kareemah!

Sesungguhnya ilmu yang berguna itu adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T sehingga kita menjadi orang yang bertaqwa. Namun, kita tidak akan dapat mencapai kebaikan ini pada zaman sekarang kerana telah meresapnya  ideologi sekular-kapitalis ke dalam salur darah sehingga menjadi darah daging dalam tubuh umat Islam kini. Malah, terdapat sekelompok masyarakat kini yang semakin berilmu tetapi semakin jauh dari Allah S.W.T., na’udzubillahimindzalik.

Ingatlah wahai Muslimah sekalian, sesungguhnya Islam itu adalah agama yang sempurna, yang meliputi ajaran rohani (aqidah ruhiyah) dan ajaran kehidupan (aqidah siyasiyah). Namun, kesempurnaan Islam itu telah dinodai dengan najis-najis sekular apabila runtuhnya Daulah Khilafah Uthmaniyah pada 3 Mac 1924M. Ya, hanya dengan Daulah Khilafahlah yang dapat mengembalikan semula ketamadunan masyarakat Islam  apabila mereka dididik dengan dasar pendidikan Islam, yang teras utamanya adalah aqidah Islamiyah serta tsaqofah Islamiyah.

Wallahu a`lam.
Sumber Rujukan:

•    ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Dawud kitab At-Thibb – Ruqyah An-Namlah. Ms 298-301.
•    Al-Muntaqa Syarah Muwatta’ Malik kitab Solat Al-Jama’ah. M/s 471-472
•    Sunan Abi Dawud kitab At-Thibb. No 3887.
•    Musnad Ahmad – Baqi Musnad Al-Ansar. No 25910 dan 25911.
•    Hawla Ar-Ruqyah li Asy-Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani. http://www.alalbany.net/misc039.php. Dicapai pada 8 April 2013.
•    70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Abu Azka Al Madani dan Harun Arrasyid Hj Tuskan. Al-Hidayah. Cetakan I. 2010. M/s 359-365.
•    Terjemahan singkat Tafsir Ibnu Katsier. H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Victory Agencie. Jilid I. 1988. M/s 83.
•    Islam Politik dan Spiritual. Hafidz Abdurrahman. Lisan Ul-Haq. Cetakan I. 1998. M/s 17-27.

Fenomena Baru : 3Cixtyplus by Biofera

Korang percaya tak kalau baca statement nih,
"Hanya Dengan 1 Sachet 3CIXTY PLUS Setiap Hari Selepas Sarapan anda pasti puas hati dengan kesan yang terjamin! Rasai perubahan seawal 7 hari!"
Korang nak tahu kenapa tak?
Kebaikan Utama 3Cixty Plus:

✔ Menjadikan kulit lebih anjal,halus dan cerah berseri
✔ Menjadikan kulit gebu dan lebih sekata
✔ Bertindak sebagai antioksida dan anti penuaan
✔ Mengurangkan masalah jerawat yang teruk
✔ Membantu mengurangkan masalah pigmentasi
✔ Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
✔ Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
✔ Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
✔ Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
✔ Mengurangkan rekahan di tumit kaki
✔ Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
✔ Mengurangkan kadar kolesterol
✔ Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
✔ Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
✔ Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
✔ Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
Tapi semua produk mesti cakap lebih kurang macam nih kan? Apa kata kalau korang tengok testimoni bergambar daripada mereka yang telah berjaya. Korang harus tengok perubahan yang mereka alami. Hahaha.

Kaki merekah




Pori-pori mengecil
 Korang masih ragu-ragu kan? Takpe. Jom tengok apa yang mereka kata pula.






Masih tak percaya? Apa kata korang baca nih,


Shaz HOTFM pun dah cuba 3Cixty Plus 400000mg,12X Superantioxidants+Whitening!

Apa kata korang pula? Saya nantikannya daripada korang. So, sesiapa yang nak kulit cantik dalam 7 hari, apa kata korang tryVitamin C ni. Best Tau! Sebab saya pun dalam proses 7 hari untuk merasai kebaikan 2Cixtyplus nih. 

Kalau korang berminat nak order, boleh ke FB page saya Hija Shafrida (https://www.facebook.com/HijaShafrida) atau korang boleh emel ke hijashafrida@gmail.com

Rugi kalau korang tak cuba. Rasanya pun sangat sedap dan best!!!



Nanti kita review sabun wangi, harum dan produk treena pula ya. :)

Hukum Menyambut Hari Guru


Soalan:

Bagaimanakah Islam memuliakan profesion perguruan dan bolehkah guru diraikan melalui sambutan hari guru?


Jawapan:

Keutamaan Guru

Guru ialah orang berilmu yang berusaha menyampaikan pelajaran kepada anak muridnya. Guru merupakan profesion yang sangat mulia dalam Islam. Sesiapa yang mendidik, menasihati dan memberi ilmu kepada kita, dialah guru. Selain itu, bertepatan dengan kewajipan menuntut ilmu ke atas setiap umat Islam, Allah meninggikan darjat hambaNya yang mempunyai ilmu. Daripada Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda,

Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan atas tiap-tiap Muslim   [HR Ibnu Majah].

Allah S.W.T berfirman,

Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” [TMQ al-Mujadalah (8): 11].

Oleh itu, khidmat guru sangat signifikan dan penting dalam menyampaikan ilmu kepada mereka yang menuntut ilmu. Firman Allah Ta’ala,

"..bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berilmu berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya" [TMQ al-Anbiya' (21): 7].

Allah S.W.T juga menjanjikan ganjaran pahala berpanjangan kepada orang-orang yang menyampaikan ilmu sepertimana hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda,

Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan suatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak    pahala orang-orang yang mengikutinya, dengan tidak mengurangi (oleh Allah) sedikit pun pahala itu daripada pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah dia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya, dengan tidak  mengurangi (oleh Allah) sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka”  [HR   Muslim, Abu Daud dan Tirmizi].

Oleh itu, Islam menjadikan pendidikan, tentunya dengan guru sebagai enjinnya, sebagai satu teras penting dalam melaksana, menjaga dan menyebarkan fikrah dan thariqah Islamiyyah.

Tradisi Perguruan Dalam Islam

Rasulullah S.A.W adalah guru utama dalam Islam. Selain daripada menyeru masyarakat kepada Islam di mana sahaja baginda berada, Rasulullah S.A.W menyampaikan pengajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah dalam majlis-majlis ilmu, antaranya di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam pada fasa dakwah di Makkah dan masjid pada fasa Daulah Islam di Madinah. Para sahabat yang memperoleh tsaqafah Islam daripada Rasulullah S.A.W juga menjadi guru dengan meriwayatkannya kepada orang lain yang tidak hadir di majlis baginda. Riwayat yang diterima terus disampaikan hinggakan ilmu wahyu menjadi satu bidang ilmu yang amat luas dan mendalam kerana   tradisi penyampaian ilmu yang unik ini. Sebenarnya ini tidak lain sebagai sambutan terhadap sabda Rasulullah S.A.W,

Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”   [HR Bukhari].

Selain ilmu wahyu, ilmu praktikal lain juga diajar dan dipelajari oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, antaranya ilmu membaca,   menulis dan mengira, ilmu perubatan, ilmu bahasa dan sastera, ilmu ketenteraan dan ilmu untuk membangunkan ekonomi seperti ilmu perdagangan, pertanian dan perindustrian.

Budaya penyampaian ilmu ini juga melibatkan kaum wanita, sama ada isteri-isteri Rasulullah S.A.W mahupun para sahabiyah. Bahkan sebahagian ilmu fiqh dan sunnah hanya dapat diperoleh daripada para isteri Rasulullah S.A.W kerana merekalah yang hidup bersama Rasulullah S.A.W di luar daripada kehidupan umum.

Tradisi pengembangan ilmu ini diteruskan selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. Meskipun setiap individu mampu mengajarkan sebarang ilmu, namun orang berilmu yang menjadikan guru sebagai profesionnya diberikan perhatian yang lebih. Contohnya, Saidina ‘Umar r.a membayar gaji sebanyak 15 dinar sebulan kepada guru-guru profesional dalam Daulah Islam. Guru-guru disediakan prasarana pengajaran dan kemudahan hidup oleh Khulafa’ Islam. Hinggakan, tamadun Islamlah yang pertama sekali mendirikan universiti iaitu kompleks sekolah peringkat tinggi dan kemajuan Daulah Islam pula dipacu oleh perkembangan ilmu dan pemikiran, di samping jihad.

Daulah Islam tidak pernah memandang guru sebagai kerjaya berstatus rendah. Apabila umat Islam diajar agar menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad, menyebabkan umat Islam amat sebati dengan budaya keilmuan. Sejarah mencatatkan para pemimpin Islam seperti Khalifah Harun Al-Rasyid, Muhammad Al-Fatih dan ramai lagi yang suka menuntut ilmu dan sangat menghormati guru mereka dan menjadikan mereka sebagai penasihat utama untuk membuat keputusan penting dalam negara.

Demikianlah betapa Islam sebagai satu ‘aqidah aqliyah’ dan hadharah yang sangat mementingkan pembinaan pemikiran yang benar, memuliakan profesion guru dan menjadikannya sebagai agen penting dalam masyarakat. Perkembangan ilmu dalam Islam tidak lari daripada tunjangnya iaitu aqidah dan cabangnya iaitu syariah, pastinya dengan panduan wahyu. Rasulullah S.A.W bersabda,

Kelebihan seorang alim (ilmuan) berbanding seorang ‘abid (ahli ibadah) ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang”   [HR Abu Dawud].
 
Sambutan Hari Guru

Pada masa kini pula, hari guru disambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam usaha dan kesungguhan mereka menyampaikan ilmu dan mendidik anak didiknya. Disebabkan Islam juga mengajar menghargai jasa guru, maka acara yang bertujuan menghargai dan mengingati jasa mereka adalah mubah (harus) dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja selagi tidak melanggar hukum syarak. Antara contoh perlanggaran hukum syarak ialah percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilat), mewajibkan pelajar memberikan hadiah kepada guru, dan menetapkan tarikh tertentu agar menyambutnya selari dengan peristiwa penting yang disambut oleh hadharah bukan Islam.

Secara sejarahnya, pemerintah Malaysia memilih tarikh 16 Mei untuk menyambut hari guru sebagai memperingati bermulanya Dasar Pelajaran Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 1956. Pada tarikh inilah dokumen cadangannya yang dikenali sebagai Penyata Razak diterima oleh Majlis Undang-Undang Tanah Melayu, yang ketika itu masih di bawah penjajahan British.

Sehubungan itu, janganlah kita meraikan guru hanya pada 16 Mei kerana meraikan tarikh bermulanya satu dasar pendidikan sekularisme ke dalam sebuah negara yang juga mengamalkan sistem kapitalisme. Sebagai Muslim, kita hendaklah memahami bahawa hanya aqidah Islam yang boleh menjadi dasar pendidikan negara dan hanya ini sahajalah yang mampu melahirkan umat yang sentiasa melaksanakan peranan mereka dengan benar di muka bumi ini. Justeru, yang menjadi kewajipan bagi kita ialah  menukar sistem pendidikan dan semua sistem lain yang berteraskan sekularisme dalam negara kepada sistem Islam yang  berasaskan aqidah Islam.

Khatimah

Sebagaimana jasa ibu bapa, penghargaan terhadap jasa guru juga selari dengan pandangan Islam. Malah Islamlah yang telah meletakkan guru di kedudukan yang sangat tinggi dan terhormat dalam negara. Mereka hendaklah sentiasa dihormati oleh masyarakat dan diberi keutamaan dalam Daulah Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman syariat Islam dilaksanakan dalam Daulah Islam. Namun begitu, kita seharusnya sentiasa memperhatikan kaedah sambutan hari guru tersebut agar tidak bertentangan dengan Islam. Kitaseharusnya menghapuskan amalan-amalan yang tidak selari dengan Islam yang acapkali dilakukan oleh masyarakat kita tanpa kita sedari terutamanya memuji sistem dan perlaksanaan pendidikan negara yang jelas-jelas sekular, malah menjadikan hari guru sebagai wadah kesinambungan sistem kapitalisme.

Wallahu a’lam.
[FU/Bil.55/Mei 2013]

Hanuta : Kernig, Knusprig, Nussig

Ada sesetengah benda memang kita suka sangat-sangat. Lagi best, bila benda yang kita suka juga disukai oleh pasangan kita kan. Adalah beberapa perkara yang kami berdua suka dan kebanyakannya adalah ..............................

You all pernah dengar tak tentang hanuta? Pernah atau tak pernah? Saya first time kenal last year tapi specific date tak berapa ingat. My hubby brought this thing back and gave it to me. And we both love it so much. Sampai birthday my hubby pun colleague my hubby hadiahkan benda yang we both suka. And he is from Germany.



Rasanya macama munchy's muzic nuss. Sama tapi hanuta lagi sedap. Sangat sedap. =)



DOA SUPAYA BERADA DI JALAN YANG BENAR




رَّبِّ Ø£َدۡØ®ِÙ„ۡÙ†ِÙ‰ Ù…ُدۡØ®َÙ„َ صِدۡÙ‚ٍ۬ ÙˆَØ£َØ®ۡرِجۡÙ†ِÙ‰ Ù…ُØ®ۡرَجَ صِدۡÙ‚ٍ۬ ÙˆَٱجۡعَÙ„ Ù„ِّÙ‰ Ù…ِÙ† Ù„َّدُنكَ سُÙ„ۡØ·َÙ€ٰÙ†ً۬ا Ù†َّصِيرً۬ا

Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku
[TMQ al-Israa' (17): 80].

Apabila Pendidikan DiDEMOKRASIkan

Muqaddimah

1Aspirasi 1Agenda”, begitulah tema sambutan hari guru tahun ini. Guru sememangnya sinonim dengan pendidikan. Mutakhir ini isu pendidikan seakan diberi lebih perhatian apabila beberapa aspek tertentu diberi penekanan. Antara lain adalah dasar pendemokrasian pendidikan. “Pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti”, kata Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya sempena Himpunan Perdana Warga Orang Asli di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurutnya lagi, prinsip pendemokrasian pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan telah membuka ruang dan peluang yang luas kepada rakyat termasuk golongan minoriti orang asli untuk mendapat akses pendidikan berkualiti [http://www.bharian.com.my/ (15/2/2013), diakses pada 1/4/2013].

Hakikat Pendemokrasian Pendidikan

Apa sebenarnya pendemokrasian pendidikan? Pendemokrasian pendidikan adalah kesamarataan hak bagi setiap individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara.  Ini secara langsung bermaksud tidak harus wujud sebarang diskriminasi dalam bidang pendidikan di semua peringkat individu atau masyarakat. Dasar pendemokrasian pendidikan ini telah bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar.

Persoalannya, adakah konsep pendemokrasian pendidikan ini dimanifestasi dan diterjemahkan dengan sebenar-benarnya? Melihat kepada senario sistem pendidikan pada masa kini, apa yang dikatakan oleh PM itu hanyalah jauh panggang dari api. Ini kerana sejak ia diperkenalkan 51 tahun yang lalu, masih terlalu banyak kekurangan serta kelemahan dalam perlaksanaannya. Sebagai contoh walaupun Perdana Menteri mengumumkan bayaran yuran persekolahan untuk sesi 2012 bagi sekolah rendah dan menengah melibatkan jumlah RM150 juta dimansuhkan, hakikatnya bayaran tambahan lain yang dikenakan kepada pelajar begitu membebankan. Ini termasuklah bayaran berkaitan aktiviti kokurikulum, ko-akademik, yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta pelbagai bayaran tambahan lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah.

Ironinya di sini, pihak sekolah justeru diharapkan dapat mempamerkan prestasi yang cemerlang dengan meningkatkan prestasi akademik para pelajar yang dinilai daripada keputusan peperiksaan semata-mata. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pelbagai aktiviti bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran perlu diwujudkan dan ini semua melibatkan peruntukan yang tinggi. Natijahnya peruntukan ini mahu tidak mahu terpaksa dikongsikan dengan ibu bapa dan penjaga para pelajar bagi menjayakannya.

Bagi ibu-bapa yang berpendapatan rendah, mereka terpaksa bergolok gadai untuk membayar pelbagai bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah. Ini belum lagi mengambil kira sejumlah wang yang perlu disediakan oleh seseorang itu jika berjaya melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi seperti kolej, institusi latihan mahupun universiti.

Aneh tetapi benar, dalam keterujaan pemimpin tertinggi negara memperkatakan mengenai dasar pendemokrasian pendidikan dengan memberi penekanan kepada peluang akses pendidikan yang berkualiti, laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9) adalah seperti berikut:

1. Sebanyak 767 (10.1%) sekolah rendah dan 28 (1.4%) sekolah menengah terutama di luar bandar tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Bagi sesetengah sekolah yang menggunakan jana kuasa elektrik berkuasa rendah, mereka kerap menghadapi kesukaran ketika hendak menggunakan peralatan ICT seperti televisyen dan komputer.

2. Penyediaan bekalan air bersih belum dibekalkan sepenuhnya. Dilaporkan sebanyak 1,517 (20.0%) sekolah rendah dan 68 (3.4%) sekolah menengah terutama sekolah di luar bandar masih tidak mempunyai bekalan air awam.

3. Selain daripada prasarana dan infrastruktur yang tidak lengkap, kadar penyertaan pelajar dalam sistem persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih rendah di peringkat menengah. Malah masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

4. Penyertaan dan pencapaian pelajar kurang upaya, anak orang asli dan kaum Penan di Sarawak masih belum boleh dibanggakan.

5. Kelemahan ini ditambah lagi dengan bilangan guru terlatih dalam bidang kritikal (Matematik dan Sains) belum mencukupi khususnya di kawasan pedalaman serta masih terdapat guru berstatus kontrak dan tidak terlatih.

Laporan di atas hanyalah secebis daripada sekian banyak implikasi penerapan sistem pendidikan dalam bingkai demokrasi kapitalis. Tidak keterlaluan untuk disimpulkan bahawa sistem pendidikan seperti ini, akhirnya hanya melahirkan output seperti sebuah mesin layaknya. Bijak dalam akademik namun buta dalam pemahaman agamanya. Hebat berketrampilan namun jengkel keperibadian Islamnya. Ini adalah output umum daripada sistem pendidikan saat ini. Buktinya, paparan media yang tidak putus-putus melaporkan sekian banyak generasi muda yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial. Ternyata sistem pendidikan dengan asas sekularisme ini telah melahirkan individu yang pola fikir dan pola sikapnya cenderung menjadi seorang yang materialistik, individualistik, hedonistik dan sekularistik.

Proposed Blogbuster Campaigns by Nuffnang

Tak sangka lepas update survey blogger bio dari Nuffnang untuk expendable ads minggu lepas, saya dapat Proposed Blogbuster Campaigns. Proposed je baru. Huhuhu. Bukan tak suka, tapi ada perkara yang perlu dibuat (itu normallah sebab nak earning kan :D)

Kat bawah ni apa yang perlu saya buat.
Here's a summary of what you need to do:
1. Record a short video (approx. 10 seconds) creatively based on the brief below in your own preferred language. Please note that video should not be a reproduction of client's materials (purely copy paste images) and should include your own recordings.
2. Upload your video in the space provided. You may upload up to 5 videos.
3. If your video(s) is chosen for the campaign, it will be shown on the ad displayed on your blog. Kindly note that if your video(s) is not chosen, the ad will not show up on your blog.
4. Please note that approved videos will be compressed and a 5-sec branding clip will be added to the end of your video.

You will earn:
RM0.50 for each complete play of the video that is shown on your ad unit (this rate applies to Glitterati members only).
Saya dapat 2 Proposed Blogbuster Campaigns bukan satu tau tapi yang satu saya dah terlepas dan mungkin yang kedua juga akan terlepas. =( Nak buat macamana, saya tak kreatif dan kekangan masa juga tidak mengizinkan.

New Tribal Long Dress and Exclusive Dress

Anda berminat untuk dapatkannya?? 





Jangan lupa dapatkannya di FB page : https://www.facebook.com/HijaShafrida

=)

Template Baru by Cik Bulat

Taadaaa.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Saja tukar angin.
Tukar warna hijau tapi bukan sebab kehijauan ya.
Hanya sebab hijau itu epal. Hehehe

Dan saya juga telah kembali kepada url asal -> shirashafrida.blogspot.com
No more www.wanitamustanir.com

Konvoi Al Liwa' Dan Ar-Rayah





Tujuan konvoi ini diadakan adalah untuk : 
 - memperkenalkan al-liwa' dan ar-rayah iaitu bendera dan panji Rasulullah SAW serta panji umat Islam
- menunjukkan bendera umat islam, bendera yang memliki kalimah Tauhid yang sepatutnya dibawa dan diperjuangkan oleh umat Islam 
- menyampaikan mesej bahawa Khilafah itu adalah WAJIB kepada umat islam khususnya di Malaysia yang sedang bergelumang dengan demokrasi. Hizbut Tahrir berusaha untuk menegakkan Khilafah dan bendera Rasulullah SAW.



Clothing, Health and Beauty Products by Hija Shafrida

Assalamualaikum semua,

memperkenalkan...,

Alhamdulillah, since bulan Februari lepas saya starting this online business with the name "TheFairLady Store". But then, terfikir to use own name supaya mudah dikenali. Last week start re-branding the business name. And what's come out from my mind? "Hija Shafrida". More related to my own name. Hiks. And what is that mean? Hija in Spanich means 'daughter' and Shafrida is a combination between two real name which is my parents' name. And I didn't know when I start to use this name as represent me. :) 

For your information, my online store ada jual a few products only. For clothing, ada jubah cotton and tudung double face which is highly recommended because the quality of the material sangat best. Saya sendiri dah try pakai tudung contton tensil from Bandung. Seharian pakai macam tak nak tanggal tudungnya. Hehehe. Dahlah sejuk, lembut dan yang bestnya mudah dibentuk. BTW, the tudung only left few pieces. Tunggu saya restock ya sebab kat supplier sudah kehabisan.

For beauty and health products, saya ejen products from Treenea. Tahu tak apa Treenea nih? You all boleh je google atau ke websitenya -> www.treenea.com. Ketika awal keluaran jenama ini, hanya ada minyak kelapa dara dengan antioksida berbentuk softgel. Namun, sejak bulan lepas Treenea telah mengeluarkan dua lagi produknya iaitu cecair minyak kelapa dara dan juga kolagen MieraBella.


Minyak kelapa dara + antioksida softgel
Minyak kelapa dara antioksida liquid + kolagen MieraBella
Selain itu, saya juga menjadi ejen untuk beberapa produk seperti di bawah :


Aura White Beauty
Beutskin Essence
Fer'White
Maixara C-Sential
Rose Hair Perfume
Marine Essence Beauty Bar
Vitamin C 1000mg Pahang Pharma
WhiteLight Teeth
SF Beauty Set (3 in 1)
Dan beberapa lagi produk. Minggu depan akan ada produk baru.. Nantikannya.. Saya juga ada jual produk berasakan rumpai laut iaitu sabun pencerah dengan ekstark betik serta Jelly rumpai laut. Kalau nak try, inboxlah saya ya. =)

Sabun rumpai laut + ekstrak betik

Jelly rumpai laut (perisa blackcurrent sahaja ya)
Jangn lupa like and share page saya untuk mendapatkan maklumat terkini. =)

Email : hijashafrida@gmail.com


 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat