Tragedi Rejab. Apa yang Anda Tahu???

Sekarang kita dah masuk 15 Rejab 1434H. Saya tahu ramai yang mencari dan berusaha melakukan ibadah-ibadah sunat untuk mendapatkan ganjarannya. Itu saya tahu ramai sedia maklum.


Tapi pernah tak you all terfikir, apakah yang menjadikan umat Islam ni (terutamanya MUSLIMAH) macam sekarang seperti apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Syiria, Rohigya dan banyak lagi tempat umat Islam? Nak tahu dan you all mesti ambil tahu.

Tragedi Rejab: Runtuhnya Kemuliaan Bersama Runtuhnya Khilafah 

Alhamdulillah kita kini berada di bulan Rejab. Di bulan ini, peristiwa besar Isra’ dan Mi’raj Nabi   Muhammad S.A.W  begitu dekat di hati dan sentiasa diingati. Namun satu lagi peristiwa penting yang seakan luput daripada ingatan kaum Muslimin adalah dihapuskannya sistem Khilafah Islamiyyah oleh pengkhianat kaum Muslimin iaitu Mustafa Kamal Attarturk. Inilah tragedi yang menjadi titik awal bermulanya episod hitam dalam kehidupan umat Islam, termasuklah kaum Muslimah secara khususnya.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab utama keruntuhan Negara Khilafah ini, antaranya adalah konspirasi negara-negara kafir imperialis, pengkhianatan pegawai-pegawai tertinggi negara, masuknya idea-idea rosak (nasionalisme, patriotisme, demokrasi dan hak asasi manusia) yang mempengaruhi pemikiran kaum muda di Turki dan wilayah Khilafah lainnya, terhentinya  ijtihad, usaha memasukkan undang-undang Barat ke dalam perlembagaan  negara Khilafah dan penghancuran akidah Islam melalui serangan misionaris Kristian (mubaligh yang berjuang memurtadkan umat Islam).

Kemuncaknya, pada 3 Mac 1924 iaitu bersamaan dengan 28 Rejab 1342H, agen Inggeris berketurunan Yahudi Dunamah bernama Mustafa Kamal Attarturk mengisytiharkan terbubarnya Negara Khilafah Islamiyah yang berpusat di Istanbul dan kemudian menggantikannya dengan sistem Republik Turki dengan asasnya sekular-demokrasi.

Runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya kedaulatan dan kemuliaan pemerintahan Islam yang bertahan selama lebih 1300 tahun. Keruntuhan ini juga sekaligus  menyebabkan umat Islam kehilangan institusi yang memayungi dan melindungi mereka. Semenjak runtuhnya sistem pemerintahan yang menerapkan hukum-hukum Islam, pelbagai masalah dan musibah melanda umat Islam dalam seluruh aspek kehidupan.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat