Dalam Perkara Apa je Kita Ucap Syukur, Alhamdulillah?

Alhamdulillah wa syukurillah, sekali lagi ana dapat meluangkan masa menaip di belog biru ini. Mungkin akan datang, belog ini juga akan berubah warna. Siapa tahu kan sebab citarasa manusia sentiasa berubah.

Yaumul ayyam, penghulu segala hari. JUMAAT. Semoga hari ini membawa barokah buat semua umat Islam, amin. Abah sekarang berada di negeri Pantai Timur atas urusan dakwah. Makanya, bila ana tiba di rumah petang nanti (insyaAllah) abah masih di sana dan kemungkinan dalam perjalanan pulang. Semoga segala urusan abah serta sahabat-sahabatnya dimudahkan dan segalanya berjalan lancar dengan lindungan Ilahi. Amin.

Adakah bangun pagi tadi kita telah bersyukur? Adakah ana telah mengucapkan syukur? Belum. (Alhamdulillah, sekarang sudah.) Dah sarapan tadi, adakah ana mengucapkan Alhamdulillah? InsyaAllah, sudah. Adakah ana mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai membuat tugasan yang diberikan? Belum. (Alhamdulillah, sekarang sudah.) Adakah ana mengucapkan Alhamdulillah apabila ana dapat menaip? Belum. (Alhamdulillah, sekarang sudah.)

Adakah kita mengucapkan Alhamdulillah dalam setiap perbuatan kita? Mari kita muhasabah kembali diri-diri kita yang kerdil lagi hina ini. Semalam ana terbaca entri Dr Muslimah ini, Helaan Nafasku bersama Allah. Lantas ana teringatkan kata-kata abah di dalam kereta tempoh hari. "Setiap nafas kita, kita sepatutnya bersyukur. Sebab Allah masih beri kita bernafas untuk hidup."

Isu ini timbul lantaran rezeki yang Allah berikan kepada keluarga kami. Ana menemani abah ke KL untuk mengambil cek yang diberikan oleh Jabatan Veteran ATM. Cek itu kami terima sebab uda dapat melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Dulu ketika ana dapat sambung belajar, ana juga dapat cek itu.

Alkisahnya begini.. Gempak tak? Hee. Okeyh, serius serius. Apabila cek itu telah diambil, abah menyarankan kami terus deposit kan ke akaun uda. "Angah, lebih baik kita deposit kan terus cek tuh." Ana mengangguk tanda setuju. Setelah selesai urusan mendepositkan cek, abah menyuruh ana memberitahu ummi dan uda. Ana maklumkan melalui sms. Teks sms ana begini, "Cek dah masuk akaun uda." Beberapa minit kemudian ummi telefon. "Kenapa masuk terus ke akaun uda? Masukkanlah dulu ke akaun ummi ke abah ke?" Panggilan berakhir di situ setelah mengucapkan salam.

Abah memberitahu. "Cek dah nama uda, mana boleh sesuka hati kita nak masukkan ke akaun lain." Ana pun mulalah bertanya abah itu ini tentang cek. Baru ana tahu tentang penerimaan cek dan deposit cek. Setelah itu, abah meminta ana menghantar sms lagi kepada ummi seperti ini, "bersyukurlah kita dapat cek." Ummi terus membalas sms ana ringkas, "Alhamdulillah."



“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (TMQ Ibrahim : 7)

Dalam banyak perkara, kita sering terlupa untuk mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Kadang-kadang dan selalunya, ana terlupa untuk bersyukur. Akhir kalam, “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (TMQ. at-Thalaq [65]: 3)

Wallahualam.

Sekadar berkongsi kisah hidup.
Untuk memuhasabah 
diri sendiri, keluarga dan yang lain.
InsyaAllah.

1 comment:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat