FAKULTI yang pada selalu tenang-tenang sahaja itu, pagi ini serasa seolah-olah telah bertukar menjadi sebuah lokasi siasatan jenayah. Lima buah kereta polis memarkir di hadapan pejabat dekan dan sebuah van hitam pula menyusul kemudiannya. Dari perutnya keluar lima orang anggota yang lengkap berpakaian seragam, salah seorangnya dengan kamera tersangkut di leher. Seorang yang lain pula siap dengan fail dan pen untuk mencatat apa-apa sahaja penemuan. Yang lain-lain sekadar mengiringi dan setiap kali mereka melangkah segak, derap sepatunya berbunyi kuat, serta pistol yang disisip di pinggang pula bergoyangan mengikut rentaknya. Secara keseluruhan, paling tidak, seramai kira-kira 20 orang anggota polis kelihatan di perkarangan fakulti itu.
“Kami telah mendapat maklumat,” kata salah seorang daripada mereka kepada tuan dekan, “bahawa risalah-risalah yang boleh membahayakan keselamatan negara ada diedarkan di sekitar fakulti ini.”
Mendengar hal ini, tuan dekan segera bersuara: “Tuan ada waran?”
Anggota yang memegang fail dan pen segera menunduk mencatat tiga patah perkataan yang diucapkan oleh tuan dekan itu dengan sepenuh tekun seolah-olah apa yang dituturkan tersebut adalah wahyu dari langit yang amat berharga dan harus dirakam. Dahinya berkerut-kerut ketika menulis.
“Tidak,” jawab pegawai tersebut, “kami tidak ada waran.”
“Kalau begitu,” balas tuan dekan, “mohon maaf, saya tak boleh membenarkan tuan-tuan menggeledah atau mengganggu perjalanan pengajian. Kami di sini adalah sebuah institusi pendidikan, tempat berkumpulnya para ilmuwan bagi membincangkan perkara-perkara akademik. Institusi ini ada autonomi sendiri yang sepatutnya bebas daripada gangguan badan-badan luar, sama ada kerajaan mahupun bukan kerajaan.”
Pegawai tersebut memandang anggotanya yang sedang mencatat dengan tergopoh-gopoh setiap patah perkataan yang diungkapkan tuan dekan tersebut. Kemudian pandangannya beralih pula kepada para anggota lain, seolah-olah meminta pandangan akan tindakan yang harus dilakukannya. Anggota yang menyangkutkan kamera di lehernya itu pula segera mengambil posisi bagi merakamkan gambar-gambar tuan dekan. Flash kamera bertubi-tubi memancar.
“Begini tuan dekan,” kata pegawai polis itu dengan nada suara yang merendah tetapi tegas, “kami cuma ingin menyiasat dan mencari orang yang bertanggung jawab. Jadi sekiranya tuan tidak bersalah, tidak ada sebab untuk tuan berasa takut.”
“Saya faham,” ujar tuan dekan kembali, “dan memang pun tidak ada apa-apa yang perlu saya takutkan. Tapi dari sudut undang-undang, tuan-tuan memang tidak ada kuasa untuk melakukan geledahan sekiranya tidak ada waran.”
Diam. Para pegawai polis semua membungkam. Yang kedengaran hanyalah tenyeh pen pada kertas yang sedang dicatat oleh salah seorang anggota tersebut dengan tergesa-gesa.
“Begini saja,” kata tuan dekan kemudiannya, “saya cadangkan tuan-tuan balik semula ke balai. Dan kemudian mohon waran geledah dari tuan majistret di mahkamah. Setelah itu barulah kembali semula ke sini dan saya akan dengan senang hati membenarkan tuan-tuan sekalian melakukan siasatan.”
Maka para pegawai dan anggota polis yang ramai itu pun tiada pilihan lain lagi. Mereka kembali ke dalam kereta masing-masing dan segera beredar keluar dari fakulti itu. Melihat gerombolan kereta beredar dalam satu barisan panjang, seperti melihat konvoi yang gah pula. Dan entah kerana merasa panas hati tidak dibenarkan menggeledah atau memang sekadar suka-suka, siren telah dibunyikan oleh keenam-enam kenderaan tersebut. Maka bergemalah ngongoian nyaring ke setiap ceruk fakulti.
Tuan dekan tidak duduk diam setelah itu. Melalui caranya yang tersendiri, dia telah menyoal siasat hal tersebut. Dia bertanya kepada para pensyarah, kalau-kalau mereka tahu apa-apa sahaja mengenai hal risalah yang disebutkan itu. Tetapi kebanyakan mereka hanya menggeleng-geleng kepala. Akhirnya, memandangkan tidak ada cara lain lagi untuk mengambil tahu, tuan dekan telah mengarahkan agar semua individu – dari sebesar-besar profesor ke sekecil-kecil mahasiswa tahun satu, dan termasuk juga para kerani pejabat, pustakawan, tukang sapu sampah, pokok pangkalnya semua sekali – untuk berhimpun di padang di belakang fakulti. Tuan dekan mengambil langkah ini kerana dia tahu bahawa pihak polis akan kembali semula ke fakulti ini dalam jangka waktu yang tidak lama.
Justeru hal ini bukanlah hal kecil. Ia hal besar, yang, seperti menurut pegawai polis itu, melibatkan keselamatan negara secara keseluruhan.
Dari Jauh Kusangka Air.. Rupanya...,
Ini dulu yang mampu di'update'. Ada kisah di sebalik gambar ini.Tapi tak pasti bila boleh dikongsikan bersama teman-teman pembaca dan rakan blogger. =(
Kalau diikutkan masa, memang sentiasa ada. Cuma untuk menguruskannya kurang arif. Maaf. Di kecerahan siang pastinya saya sibuk menguruskan adik-adik, rumah dan segalanya. Di kegelapan malam pula barulah berkesempatan menatap laptop. Nak berlama-lama di hadapan laptop tidak mampu kerana mata juga seakan ingin terkatup dan pastinya katil memanggil-manggil. Hehehe.
Cukuplah ini sahaja menggambarkan kesibukan saya yang tak berapa nak sibuk. Kalau tak ada aral dan 'mood' menulis menjengah di siang hati nanti, akan diupdate lagi sebelum Jun membuka tirai. =)
Ceria-ceria selalu dan jaga kesihatan anda.
Babysitter vs Housewife
Babysitter? Iya, penjaga budak. Saya akan menjadi penjaga budak (Ilham) sehingga semester baru dibuka. Alhamdulillah. Tak perlulah si Ilham stay di daycare apabila umminya pergi bekerja. Memandangkan Ilham adalah anak saudara saya, saya juga bertanggungjawab membesarkannya, mendidiknya dan memberikan kasih sayang kepadanya. Sayang dan kasih kepada anak saudara umpama sayang terhadap anak sendiri (walaupun saya belum mempunyai anak sendiri :P). Jadi, kita haruslah menjaga kanak-kanak dengan penuh kasih sayang.
Sekarang ini saya menjadi kakak yang sulong dalam keluarga. Sudah menjadi tanggungjawab saya juga untuk memastikan segala kelengkapan rumah serta keperluan adik beradik saya terpenuhi apabila ibu bapa saya tiada di rumah. Seorang kakak yang bertanggungjawab haruslah bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi apabila berhadapan dengan kerenah adik beradik yang pelbagai terutamanya cita rasa dalam masakan yang berbeza-beza (macam pandai sangat memasak. hehehe.)
Saya telah menjadi babysitter untuk kanak-kanak bawah 2 tahun sejak saya di bangku sekolah lagi. Saya masih ingat lagi, saya dan adik saya menjadi kanak-kanak perempuan yang sangat comel. Namanya Aqilah Zahra. Usianya ketika itu belum mencecah 2 tahun tapi sangat petah berkata-kata. Ya Allah, kanak-kanak itu sungguh cerdik. Mana tidaknya, si ayah selalu membawa Aqilah ke pusat fardhu ain milik mereka. Aqilah yang diberi gelaran kakak oleh kami sekeluarga persis kanak-kanak Palestin ketika itu. Sungguh comel. Mirip ibu dan ayahnya. Rutin hariannya babysitter adalah menunggu kedatangan kakak yang dibawa oleh si ayah ke rumah dengan menaiki motor. Kedatangannya bagaikan dinanti. Saya rindu kembali saat itu!
Dalam waktu yang sama, cousin saya seusia dengan kakak telah menimbulkan bibit-bibit jealous. Kanak-kanak yang kecil pun sudah pandai cemburu. Lantas abah berpesan, "sayangkan kanak-kanak kena sama rata. kalau sayangkan Ecah begini, begini jugalah sayangkan kakak." Itulah nasihat abah yang kadang-kadang saya terlepas pandang. Yelah, fitrahnya manusia mesti sayangkan darah daging sendiri lebih tapi nasihat abah sungguh berlainan. Dan sekarang ini, andai masa boleh diputar balik walaupun saya tahu tidak boleh, saya nak sayangkan kakak sama seperti saya sayangkan Ecah. =(. Saya dah lama tidak berjumpa kakak walalupun kami di taman perumahan yang sama. Rindu! Hampir 3 tahun saya tidak berjumpa setelah saya menjadi babysitter kakak.
Heboh satu sekolah tempat umi saya mengajar yang mengatakan anak umi saya pandai menjaga budak. hahaha. Maka, hadirlah rakan umi yang lain meminta saya dan adik menjaga anaknya. Kali ini baby lelaki kurang setahun. Sekarang baby ini dah 6 tahun usianya. Alhamdulillah. Namanya Rifqi. Tapi nama penuhnya saya kurang ingat. Bagaimana ye rupanya sekarang? Dengarnya, Rifqi bakal mendapat adik yang satu lagi.
Sebenarnya, sebelum kedatang kakak, saya memang dah jadi babysitter untuk anak makcik yang sekarang ini sudah berusia 10 tahun. Alah, yang sebetulnya sukakan budak itu satu fitrah. Dan fitrah itulah yang menjadikan wanita itu penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Just like me! :P

[Video] Susun Periuk
Peringatan: Sila abaikan orang dewasa di dalam video ini. Hanya keletah kanak-kanak sahaja yang ingin ditunjukkan. Harap maklum. [Sumber : Youtube]
Ilham pun suka main periuk neneknya. Lebih kurang macam dalam video nih. Tapi Ilham bukan main di dapur, sebaliknya bermain di ruang tamu. BOleh pula si Ilham jadikan periuk tuh sebagai topi di kepala. Hehehe
Pemaksaan terhadap Majlis PERNIKAHAN yang tidak Islami
ORANG TUA MEMAKSAKAN MAJLIS PERNIKAHAN YANG TIDAK ISLAMI
A. Islam Disesuaikan dengan adat
Jika ada beberapa aturan Islam yang berbeza dengan adat, maka mereka memakai adat itu. Mereka yang tergabung di kelompok ini memakai kaidah :
Konsekuensinya, banyak syariat Islam dilanggar kerana kaidah tersebut. Contohnya : Jilbab (jubah) boleh tidak dipakai jika masyarakat setempat terbiasa dengan pakaian bukan jilbab (jubah). Riba diperbolehkan jika budaya setempat sudah terbiasa dengan riba. Dan masih banyak lagi.
Jika kaidah tersebut dipakai, maka rusaklah ajaran Islam ini. Kita tahu bahawa adat di berbagai suku/bangsa berbeza-beza. Seringkali saling bertentangan. Maka jika Islam disesuaikan dengan adat, akan terjadi kerancuan tentang mana sesungguhnya yang merupakan hukum Islam. Sebagai contoh, masyarakat Indonesia menganggap bahawa jika bertemu dengan orang lain yang berlainan jantina, cukup menyapa dengan menganggukkan kepala. Sementara masyarakat Barat jika lelaki dan wanita bertemu akan lebih sopan jika berciuman. Sedangkan di Indonesia berciuman dengan berlainan jantina adalah perbuatan yang sangat tidak sopan. Contoh lain adalah ada adat suatu suku tertentu mengurus warganya yang meninggal dengan membakar mayatnya, adat suku lain yang mengawet mayat, sementara suku yang lain meletakkannya di bawah pohon. Lantas, mana yang akan kita pakai? Kelirukan?
B. Adat Disesuaikan dengan Islam
Pandangan kedua ini menyatakan bahawa jika ada adat yang tidak sesuai dengan Islam, maka adat tersebut harus disesuaikan dengan Islam. Jika memang tidak bisa disesuaikan, maka adat tersebut harus ditinggalkan.
Hal ini sesuai dengan apa yang dilakukan Rasulullah saw. Pada era Mekah jahiliyah, mempunyai anak wanita adalah sangat memalukan. Seorang ayah merasa malu jika isterinya melahirkan bayi wanita. Maka banyak terjadi kes pembunuhan bayi wanita pada masa itu. Bahkan Umar bin Khattab pun sebelum masuk Islam pernah membunuh anak gadisnya dengan menguburkannya hidup-hidup.Ketika Islam datang, bagaimana sikap Rasulullah saw? Islam menyatakan bahawa lelaki dan wanita adalah sama-sama manusia hamba Allah. Kedudukannya sama di hadapan Allah. Yang membezakan adalah ketaqwaannya. Oleh kerana itu, lelaki dan wanita sama-sama berhak untuk hidup. Lelaki tidak lebih mulia daripada wanita, begitu pula sebaliknya. Oleh kerana itu, ketika Islam datang, adat (kebiasaan) membunuh bayi wanita pun segera ditinggalkan.
Ada juga kebiasaan masyarakat Arab waktu itu, iaitu minum khamr (arak). Para sahabat Nabi pun termasuk orang-orang yang suka minum khamr. Ketika turun ayat yang melarang minum khamr, maka serta-merta kaum muslimin meninggalkan khamr. Mereka segera membuang seluruh khamr yang mereka miliki sehinggakan Kota Madinah dibasahi oleh khamr.
Masih banyak adat/kebiasaan masyarakat Arab waktu itu yang bertentangan dengan Islam. Rasulullah mendakwahi mereka sehingga akhirnya adat itu mereka tinggalkan dan diganti dengan ajaran baru iaitu Islam. Sementara itu, adat yang tidak bertentangan dengan Islam tetap dibiarkan ada di tengah-tengah masyarakat.
Jadi, sikap menyesuaikan adat dengan Islam adalah tepat. Sementara sikap menyesuaikan Islam dengan adat adalah salah.
Ass wr. wb,
nama saya nurul, 25 tahun. insyaallah tahun ini, saya akan melaksanakan pernikahan. Tapi terdapat sedikit masalah iaitu kedua ibu bapa saya berhajat untuk menggunakan adat jawa dengan sanggul dsb. sedangkan saya dan calon mertua menghendaki busana muslimah walaupun tetap dengan adat jawa. Apa yang saya ingin tanyakan, apakah saya berdosa jika saya tidak menunaikan permintaan kedua ibu bapa saya, kerana yang saya tahu, redha dari kedua ibu bapa saya adalah redhanya Allah SWT.
Terima kasih.
Wassalam.
Jawapan :
Ajaran Islam kadang-kadang sesuai dengan budaya atau adat setempat, tetapi kadang-kadang juga tidak sesuai. Dalam masalah anda, beberapa bahagian dari adat Jawa tidak sesuai dengan Islam, salah satunya adalah aturan berbusana (baca: berpakaian). Bagaimana sikap kita jika ada adat yang bertentangan dengan Islam? Ternyata kaum muslimin terpecah ke dalam dua pendapat :A. Islam Disesuaikan dengan adat
Jika ada beberapa aturan Islam yang berbeza dengan adat, maka mereka memakai adat itu. Mereka yang tergabung di kelompok ini memakai kaidah :
“Adat-istiadat dapat dijadikan patukan hukum”
Konsekuensinya, banyak syariat Islam dilanggar kerana kaidah tersebut. Contohnya : Jilbab (jubah) boleh tidak dipakai jika masyarakat setempat terbiasa dengan pakaian bukan jilbab (jubah). Riba diperbolehkan jika budaya setempat sudah terbiasa dengan riba. Dan masih banyak lagi.
Jika kaidah tersebut dipakai, maka rusaklah ajaran Islam ini. Kita tahu bahawa adat di berbagai suku/bangsa berbeza-beza. Seringkali saling bertentangan. Maka jika Islam disesuaikan dengan adat, akan terjadi kerancuan tentang mana sesungguhnya yang merupakan hukum Islam. Sebagai contoh, masyarakat Indonesia menganggap bahawa jika bertemu dengan orang lain yang berlainan jantina, cukup menyapa dengan menganggukkan kepala. Sementara masyarakat Barat jika lelaki dan wanita bertemu akan lebih sopan jika berciuman. Sedangkan di Indonesia berciuman dengan berlainan jantina adalah perbuatan yang sangat tidak sopan. Contoh lain adalah ada adat suatu suku tertentu mengurus warganya yang meninggal dengan membakar mayatnya, adat suku lain yang mengawet mayat, sementara suku yang lain meletakkannya di bawah pohon. Lantas, mana yang akan kita pakai? Kelirukan?
B. Adat Disesuaikan dengan Islam
Pandangan kedua ini menyatakan bahawa jika ada adat yang tidak sesuai dengan Islam, maka adat tersebut harus disesuaikan dengan Islam. Jika memang tidak bisa disesuaikan, maka adat tersebut harus ditinggalkan.
Hal ini sesuai dengan apa yang dilakukan Rasulullah saw. Pada era Mekah jahiliyah, mempunyai anak wanita adalah sangat memalukan. Seorang ayah merasa malu jika isterinya melahirkan bayi wanita. Maka banyak terjadi kes pembunuhan bayi wanita pada masa itu. Bahkan Umar bin Khattab pun sebelum masuk Islam pernah membunuh anak gadisnya dengan menguburkannya hidup-hidup.Ketika Islam datang, bagaimana sikap Rasulullah saw? Islam menyatakan bahawa lelaki dan wanita adalah sama-sama manusia hamba Allah. Kedudukannya sama di hadapan Allah. Yang membezakan adalah ketaqwaannya. Oleh kerana itu, lelaki dan wanita sama-sama berhak untuk hidup. Lelaki tidak lebih mulia daripada wanita, begitu pula sebaliknya. Oleh kerana itu, ketika Islam datang, adat (kebiasaan) membunuh bayi wanita pun segera ditinggalkan.
Ada juga kebiasaan masyarakat Arab waktu itu, iaitu minum khamr (arak). Para sahabat Nabi pun termasuk orang-orang yang suka minum khamr. Ketika turun ayat yang melarang minum khamr, maka serta-merta kaum muslimin meninggalkan khamr. Mereka segera membuang seluruh khamr yang mereka miliki sehinggakan Kota Madinah dibasahi oleh khamr.
Masih banyak adat/kebiasaan masyarakat Arab waktu itu yang bertentangan dengan Islam. Rasulullah mendakwahi mereka sehingga akhirnya adat itu mereka tinggalkan dan diganti dengan ajaran baru iaitu Islam. Sementara itu, adat yang tidak bertentangan dengan Islam tetap dibiarkan ada di tengah-tengah masyarakat.
Jadi, sikap menyesuaikan adat dengan Islam adalah tepat. Sementara sikap menyesuaikan Islam dengan adat adalah salah.
Tak kusangka rupanya itulah dia..
Berjalan-jalan mengunjungi blog teman-teman, terbaca satu pautan tentang BE. Baca punya baca, rupanya selama ini *aku (lebih menjiwai penggunaanya untuk entri kali ini, harap maklum.) mempunyai banyak BE. Tapi aku sendiri tidak tahu yang aku ada BE. >_< Mulalah nak sedih sebab sebelum ini tidak pernah tahu dan tidak ambil kisah apalagi untuk dipedulikan.
Sebab utama ketidaktahuan aku adalah kerana akaun nuffnag aku dalam bahasa Malaysia. Aku pun takdelah pernah nah guna English language untuk nuffnag. Buffered earnings in Malay is pendapatan terumpuk. Hahaha. Memang tak kusangka rupanya itulah BE aku. Sekarang baru nak ambil kisah tapi semuanya sudah terlambat. Macam lagu apa ya, "sayang semuanya, sudah terlambat.." Semuanya dah jadi metered earnings, sobss..
Nota: Apapun, saya tak kisah sebenarnya tentang ini semua. kalau ada rezeki adalah. Kalau bukan rezeki saya, diam lebih baik. ^_^
Saya ada satu jemputan untuk anda semua. Bagi sesiapa yang ada join MLM, bagus benar jika dapat hadir ke diskusi fikrah Islam nih. Bukannya apa, kadang-kadang kita suka benar buat dulu baru tanya apakah status hukum sesuatu perbuatan tuh. Jika kita benar-benar ingin mengamalkan ajaran Islam dan menerapkan syariat Islam dalam kehidupan harian, maka belajarlah. Tiada jalan lain selain mendalami ilmu agama, InsyaAllah.
Tarikh : 29 Mei 2011 (Ahad)
Tempat : Khilafah Centre, Bandar Baru Bangi
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Semua dijemput hadir. Masuk Adalah Percuma!

MUNAAQASHAH MEI 2011
Hakikat Multilevel Marketing (M.L.M) & Hukum Syara' Mengenainya
Tarikh : 29 Mei 2011 (Ahad)
Tempat : Khilafah Centre, Bandar Baru Bangi
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Semua dijemput hadir. Masuk Adalah Percuma!
Sekian. ^_^
Revolusi Dari Rumah Kami!
Rumah kami.
Lebih dari sekadar susunan kayu tak bernyawa.
Lebih dari sekadar kotak dengan pintu jendela.
Lebih dari sekadar perhentian sementara.
Di rumah kami.
Kami rehat saat raga terasa penat.
Kami merebahkan kepala saat resah mendera jiwa.
Kami tumbuh dan terus bertumbuh.
Kami saling bercermin, lalu berbenah.
Kami menyiapkan generasi yang akan memenagkan agamamu ini.
Dari rumah kami, akan terpancar cahaya Ilahi ke seluruh penjuru bumi.
Dari rumah kami, tersebar risalah Islam yang kini jatuh ke tangan kita.
Dari rumah kami, bermula sebuah revolusi besar yang akan menggoncang bumi.

Ya, Revolusi Dari Rumah Kami!
by abay.
by abay.
Oh, Buku-buku!
Assalamualaikum wbt semua,
Saya akui, saya memang tidak suka ke Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC. Bukan hanya tahun ini (2011) bahkan tahun-tahun sebelumnya juga saya tidak suka. Walaupun saya pergi ke pesta buku semenjak 3 tahun yang lepas, saya tak pernah tertarik hati untuk membeli buku buat santapan minda saya. Penyudahnya, buku adik-adik sahaja yang dibeli memandangkan mereka akan menduduki UPSR dan SPM tahun ini, insyALLAH.
Tiga hari lepas ke suatu tempat yang kerap dikunjungi. Dapat melihat buku-buku yang telah dikaji di internet. Buku-buku tersebut hanyalah keluaran negara seberang kerana tidak diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Bila sudah lihat di internet dan berkenan, mulalah bertanya kepada teman di sana tentang segala kos untuk dihantar ke Malaysia. Alhamdulillah, semalam bertemu dengan beberapa buku yang hajatnya ingin dibeli melalui teman sahaja pada mulanya. 5 buah buku yang bersaiz kecil saya beli. Semuanya yang telah saya lihat di internet. Bersyukur sangat walaupun baru sahaja memulakan pembacaan satu buku.
Antara buku-buku yang dibeli dan semoga bermanfaat buat saya dan kaum keluarga:
Upiak rambahlah paku
Nak tarang jalan ka parak
Upiak ubahlah laku
Nak sayang urang ka awak
(sebuah pantun dari bahasa Minang)
Tujuan membangun keluarga adalah meraih kebahagiaan. Kebanyakan kita membangun keluraga berdasarkan cinta. Namun sebanyak itu pula yang gagal berantakan lantaran cinta. Bahakan kebahagiaan yang diraihnya pun hanya seumur jagung. Kalaupun meraih kebahagiaan, ternyata hanya sebatas usianya. Setelah itu kebahagiaan pun mati terkubur seiring kematiannya.
Bahkan tak sedikit mereka yang mati dan terkubur dengan sejuta masalah keluarga dan belum sempat meraih kebahagiaan. Lalu bagaimana meraih kebahagiaan bersama bangunan keluarga selama hidup kita bahkan setelah hidup kita di dunia ini berakhir?

Wanita Dambaan Lelaki Beriman
Menjadi wanita dambaan lelaki adalah perkara biasa kerana setiap lelaki normal mendambakan wanita dan sebaliknya. Namun menjadi wanita dambaan lelaki beriman bukanlah perkara yang mudah, kerana lelaki beriman hanya mendambakan wanita beriman, demikian pula sebaliknya. Maka terjadilah saling mendambakan antara lelaki beriman dengan wanita beriman. Hal ini menjadi sesuatu yang aneh pada zaman demokratisasi dan sekularisme ala ideologi kapitalisme yang telah menjauhkan wanita dan lelaki dari beriman secara benar. Sehingga sangatlah sulit bagi lelaki beriman mencari wanita dambaannya, demikian pula sangatlah sulit wanita beriman mencari dambaannya. Telah banyak dibahas wanita dambaan lelaki, namun akan saya akan cuba utarakan dari sisi keimanan dan dari sudut pandang ideologis.
1. Wanita Itu Muslimah Taqwa
Wanita yang bertaqwa pada hakikatnya adalah wanita solehah. Dan wanita solehah adalah sebaik-baiknya perhiasan dunia. Abdullah ibn’Amr ra menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda yang bermaksud: Dunia itu perhiasan ;sebai-baiknya perhiasan adalah wanita solehah (HR.Muslim). Anas r.a. juga menuturkan bahwa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang telah dikaruniai Allah wanita solehah bererti Dia telah menolongnya dalam satu bahagian agamanya. Oleh kerana itu ,hendaklah ia bertaqwa kepada Allah SWT dalam bahagian yang lain (HR. al-Hakim)
Ciri-ciri Wanita Solehah
A. Mentaati Allah dan suaminya .
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wanita yang solehah adalah yang mentaati Allah dan memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka” (QS.An-Nisa: 34)
B. Berhias untuk suaminya.
Rasulullah saw .bersabda yang bermaksud: “Diantara kebahagiaan itu ialah isteri yang jika engkau pandang ,ia membuatmu takjub ,dan jika engkau meninggalkannya ,ia akan memelihara dirinya dan hartamu” (HR.al-Hakim)
C. Memelihara rumah, diri dan harta suaminya.
Wanita solehah adalah sebagai ummun warabbah al-bayt (sebagai ibu dan pengatur rumah tangga). Berdasarkan hadits dari Ibn ‘Umar Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin (pengurus) rumah suaminya dan anak-anaknya, ia bertanggung jawab atas yang dipimpinnya” (HR.al-Bukhari dan Muslim)
D. Membantu suami dalam urusan akhirat.
Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Hendaklah salah seorang diantara kalian mempunyai kalbu yang bersyukur, lisan yang senantiasa berzikir, dan isteri yang beriman yang dapat membantumu dalam urusan akhirat” (HR.Ibn Majah)
E. Memiliki bekal agama yang baik.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Nikahilah wanita atas dasar agamanya, sesungguhnya seorang hamba sahaya perempuan yang hitam legam yang memiliki agama adalah lebih utama” (HR. Ibn Majah)
F. Mempergauli suaminya dengan baik untuk memelihara keredhaannya .
2. Wanita Itu Bagai Pengurus Dalam Rumah Tangga
A. Mampu Menciptakan Planning Rumah Tangga
Dalam kedudukannya sebagai ibu rumah tangga, ibu juga adalah mitra utama suami. Hubungan keduanya di bangun atas dasar persahabatan dan kasih sayang. Dalam hal ini Islam telah mengibaratkan bentuk persahabatan yang baik seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Wanita adalah saudara kandung bagi lelaki” (HR. Abu Daud dan an-Nasa’i)
B. Tidak Meninggalkan Rumah Tanpa Izin Suami
Salah satu ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah selalu meminta izin jika akan keluar rumah, apapun keperluannya. Jika izin tidak didapatnya, maka tidak layak seorang isteri pergi meninggalkan rumahnya. Walupun untuk keperluan berkunjung ke rumah ibu bapanya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Mana saja wanita yang keluar rumah dengan tanpa seizin suaminya, dia berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kerumahnya atau suaminya meridhainya (HR.Al-Khatib)
3. Wanita Itu Guru Anak-Anakku
Sudah menjadi sunnatullah, bahawa ketika sepasang manusia bersatu dalam ikatan suci yang bernama pernikahan, pasti mendambakan kehadiran sang buah hati. Anak yang kelak akan menjadi penerus keturunannya. Dan memang itulah sebenarnya tujuan pernikahan. Ketika sang buah hati telah hadir, maka wanita yang mempunyai kewajiban ummun wa rabbah al-bayt mempunyai waktu lebih banyak dengan anaknya berbanding sang ayah .
A. Sanggup Bertutur: Rumahku Syurgaku
Rumah bagi seorang isteri ibarat pejabat tempatnya bekerja .Di rumahlah ia biasa bersenda gurau dengan anak dan suaminya . Di sana juga ia merawat dan membesarkan anaknya. Kerana waktunya banyak dihabiskan beraktiviti di rumah, maka membuat lingkungan rumah yang nyaman, patut diketahui para ibu. Semua itu tidak lain agar membuatnya betah di rumah,demikian juga anggota rumah yang lain .
B. Wanita Yang Berkata: Nak Jangan Syirik Kepada Allah
Anak dilahirkan fitrah, ibu bapanyalah yang mempunyai peranan membentuk keperibadian anak-anaknya. Menjadi kewajipan ibu bapa untuk mengenalkannya pada sang Pencipta. Orang -orang salaf yang soleh juga mengajari anak-anaknya untuk mencintai Allah SWT. Merasakan pengawasan-Nya baik dalam keadaan sembunyi atau terang-terangan. Hal ini dimaksudkan agar ketika menjadi besar, mereka mudah meninggalkan kedurhakaan kerena takut kepada Allah SWT.
Luqman telah berpesan kepad anak yang dicintainya untuk tidak syirik kepada Allah SWT. Hal ini diabadikan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: ‘Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar’ (QS.Luqman: 13)
Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk senantiasa dapat melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, serta senantiasa berjuang demi tegaknya aturan-Nya, Syari’at Islam di muka bumi ini .. Amiiin ..
Nota : Perkongsiaan daripada sahabat Facebook.
Dangdut nak juga..
Sungguh ku tak mampu
Menahan rindu
Ah! Ah!
Minggu lepas menemani abah ke ibu kota. Ditinggalkan bersendirian di dalam kereta. Jadi membaca adalah penghibur seia sekata. Tapi di pertengahan masa menunggu dan membaca, mood menjadi tak rata. Jadi memasang radio untuk menghilangkan sedikit kebosanan yang melanda. Tetiba, iklan lagu di atas keluar pula. Katanya, 'dangdut nak juga..' Lantas terus teringat zaman kanak-kanak muda remaja. Suka bebeno dengan dangdut di atas sana. Ketika itu, penyanyinya masih lagi popular dan muda. Tapi sekarang entah apalah khabarnya ya.
Okeyh, sahaja je nak beritahu. Maaf ye kepada teman-teman yang berjalan-jalan singgah blog. Kunjungan kalian mungkin tak dapat dibalas buat seketika memandangkan broadband yang sangat lambat loading. Mohon maaf ya. Terima kasih kepada yang sudi menyinggah di sini.. Kalau suka dan teringin, bolehlah klik nuffnag saya dan juga HB.. Itupun kalau nak, saya tak paksa. Kalau dah klik tuh, sila maklum ya.. Nanti saya boleh tolong klik untuk awak juga. ^_^
Owh ya! Untuk makluman, entri ini auto-publish sementelah internet boleh digunakan. Nanti dah lama-lama sikit mesti jadi lambat sebab saya bukan di rumah. Tak ada streamyx, jadi tak laju =(

Mengapa mesti Hari Ibu disambut??
Owh, Hari Ibu datang lagi!! Pelbagai cara dilakukan bagi menghargai jasa-jasa kaum ibu pada tersebut. Antaranya, memberikan bunga, hadiah istimewa, dating berdua bersama ibu bahkan pergi spa bersama ibu. Ini promosi dari milkADeal (RM68 instead of RM1080 for Full Body Lightening + Jacuzzi + Herbal Ball Back & Neck Massage for TWO PEOPLE and RM300 Service or Product Voucher at Beauty Face, Wisma UOA II [94% OFF]) antara sebahagian hadiah yang boleh diberikan sempena Hari Ibu kan. Saya saja nak promote sebab promosi untuk beli tiketnya dah habis.. hehehe. Kadang-kadang, ada juga yang meraikan hari ibu dengan membebaskan diri ibu dari melakukan tugas-tugas rutin sehariannya. Apapun, itu hanya secuil bentuk perhatian yang tidak akan mampu dibayar untuk membalas jasa-jasa seorang ibu.
Dan pautan ini adalah sedikit sebanyak tentang sambutan hari ibu yang biasanya disambut bagi meraikan ibu-ibu.
1) Selamat Hari Ibu, Mama!
2) Mother's Day- Rindunya Kat Emak
3) Kad Ucapan Selamat Hari Ibu
4) Selamat Hari Ibu Mama
5) My Mother My BFF
Kalau mahu memberikan perhatian penuh pada ibu, terapkan sistem kehidupan yang pro-ibu, yakni sistem Islam. Mengapa? Kerana sistem yang diterapkan waktu ini sangat tidak peduli akan kaum ibu. Betapa tidak, banyak masalah yang hingga kini menimpa kaum ibu disebabkan sistem sekulerisme yang menuhankan kebebasan dan materialisme. Kaum ibu akhirnya menjadi korban ketidakmesra alaman sistem kapitalisme.
Kemiskinan contohnya, ibarat lingkaran syaitan yang membelit ibu-ibu hingga terjatuh dalam ketidakupayaan. Mereka miskin kerana tidak mendapat nafkah yang cukup dari pihak yang wajib menafkahi, seperti suami. Para ayah pula tidak mampu menafkahi kerana bekerja dengan gaji yang sedikit atau tidak bekerja sama sekali. Mereka tidak bekerja bukan kerana malas tapi ruangan pekerjaannya tidak ada.
Banyak syarikat yang menggajikan kaum perempuan kerana mereka boleh digaji lebih rendah, atau pekerjaannya lebih teliti. Para ayah ini pula, mahu buka usaha juga tidak punya modal. Mahu bertani/berkebun/berhutan tidak punya bahan, kerana berhektar-hektar tanah dikuasai para penguasaha. Akhirnya, isteri yang disuruh bekerja. Menjadi tukang jahit misalnya. Sungguh, pilihan yang tidak membahagiakan kaum ibu. Mereka harus meninggalkan suami dan anak-anak tercinta, menekan fitrahnya sebagai seorang perempuan. Terkadang bukan wang yang dibawa pulang, malah nyawa pun melayang.

Idea tidak datang mencurah-curah
Sudah lama rasanya saya tidak menulis entri yang bermanfaat. Maafkan saya. T__T
Kursus yang dihadiri selama 1 hari setengah banyak membuka mata dan fikiran saya. Bukannya sebelum ini fikiran dan mata saya tidak terbuka, cuma ia tidak terbuka seluas-luasnya. Alhamdulillah, ilmu yang diberikan insyaAllah akan dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh. Semoga mardhatillah bisa saya capai sebelum diri ini kaku untuk merebut segala pahala kebaikan di dunia.
Ketika ini pun saya masih tiada idea untuk menaip. Mungkin hati saya telah gelap memandangkan banyaknya maksiat-maksiat saya telah lakukan dan kurangnya ibadah-ibadah sunat yang membentuk diri. Nauzubillah. Tapi saya cuba memandangkan saya rindu sangat untuk menaip seperti mula-mula belog ini dibina.
Saya menghadiri satu kursus di ibu kota untuk semalam dan juga hari ini. Semalam saya bersendirian menaiki kemudahan pengangkutan awam, LRT dan hari ini kedua ibu bapa saya menghantar saya sehingga di depan bangunan kursus berkenaan diadakan. Alhamdulillah, hari ini pergi dengan perasaan gembira, tiada lagi perasan takut. Bukannya takut apa, cuma keadaan sekarang yang memerlukan kita berhati-hati untuk setiap masa dan di mana jua. Semasa menghantar saya di stesen LRT semalam, "bawa payung nih sebenarnya bukan sebab hujan, payung ini adalah alat keselamatan," terang abah. Dan hari ini saya hanya membawa payung yang muat-muat dalam beg tangan sahaja kerana tahu abah kan hantar sampai di depan bangunan. Tiba di sana, saya terus meminta izin umi untuk bertukar payung yang ada di dalam kereta. "Umi, angah tukar payung kecil nih dengan yang ada dalam kereta ye." Saya fikir, ia sangat penting untuk keselamatan saya ketika pulang nanti.
Nota: ketika saya menaip penulisan di atas, tarikhnya 1/5/11. Saya sambung ideanya 4 hari kemudian iaitu hari ini, 5/5/11. Hari ini juga adalah hari lahir uda. ^_^.
Saya menyambung penulisan ini di makmal cyber PDAL pada pagi 5 Mei (Sungguh idea tidak datang mencurah-curah. >_<) Kursus yang saya hadiri adalah kursus pra perkhawinan yang mana ia dimestikan untuk semua muslim yang akan, hendak dan tidak tahu bila akan menikah. Saya kira, isinya agak kurang untuk mempersiapkan diri dengan ilmu rumahtangga. Kini saya sedari, kursus tersebut hanyalah perangsang (enhancer) bukanlah pelengkap untuk kita lebih mepersiapkan diri dengan mendalami ilmu-ilmu agama untuk dunia dan akhirat serta yang utamanya adalah mencari redha Allah.
Saya memang seorang yang kurang rajin untuk membaca buku-buku, tak kira buku apa even komik doraemon kegemaran Along saya.:D Masih belum terlambat untuk saya mempersiapkan bekal di dunia ini untuk bekalan di akhirat sana. Saya sebagai seorang muslimah secara lahirnya mempunyai sifat keibuan yang sangat menebal (cewahh, hahaha). Tapi benar ya, seorang wanita memang diciptakan oleh Allah memiliki naluri keibuan. Sebab sebelum seorang muslimah bertemu calonnya, insyaAllah dia telah memikirkan atau menyediakan diri dengan ilmu-ilmu agama, mental dan fizikal sebelum kedatangan cahaya mata. Saya ulang, cahaya mata. :D Hadiah perkahwinan yang diterima kakak saya 3 tahun lepas salah satunya adalah buku tentang membentuk anak yang soleh. Itu merupakan satu bahan awal untuk persediaan mental dan fizikal apabila menimang cahaya mata kelak. Saya bukanlah seorang yang arif, tapi saya juga belajar melalui pengalaman orang yang lebih berpengalaman seperti kedua orang tua, makcik saya dan nenek, insyaAllah.
Kalau anda sedang mencari pasangan atau sudah bertemu pasangan idaman, saya kira sangat sesuai untuk kita memahami tatasusila pergaulan sebelum 2 jasad disatukan hatinya dengan ijab dan qabul. 2 buku yang saya rasa wajar atau jika anda benar-benar mengharapkan redha Allah, maka MESTI membacanya iaitu buku Sistem Pergaulan dalam Islam (Nizhamul ijtima'ie) dan juga Risalah Khitbah. 2 buku ini dalam bahasa Indonesia tapi saya rasa memang sesuai untuk kita di sini memandangkan kita adalah serumpun. Jadi, bahasanya juga mudah difahami. Kalau kita mempraktikkannya, InsyaAllah pahala dari Allah menanti. 2 buku ini sangat bagus untuk kita yang benar-benar menginginkan pembentukan keluarga muslim yang ideologis seperti keluarga-keluarga di zaman Rasulullah dan para sahabat. Kerana dari seorang wanita lahirlah tokoh-tokoh yang mampu menggegarkan dunia. Saya tekankan hal ini kepada kaum wanita, kerana saya seorang wanita dan wanita merupakan pengurus rumahtangga. Jadi, sangat wajar untuk seorang muslimah meletakkan posisi utamanya di rumah sebagai pengatur rumahtangga.
insyaAllah, akan bersambung...

Pemandu berhemah, jalan lancarlah..
Saya dah check in dan insyaAllah esok akan memulakan kerja makmal selama 3 minggu. Idea saya masih di tahap yang amat merisaukan. Keinginan saya tinggi untuk menulis tetapi ide kurang bernas dapat dikarang. Lantas, entri ini diterbitkan dahulu. Entri tentang kursus masih di dalam rangka pendahuluan. (Cewahh, macam menulis karangan sekolah. Hahaha.)
Kali ini genre cerita adalah berkisar tentang pemanduan. Pastinya pemanduan kereta bukan pemanduan lori atau kapal terbang dan jauh sekali pemanduan jet pejuang. :P Sepetang bersama abah semalam. Asalnya untuk menghantar saya pulang ke kolej, tapi pejabat kolej tutup. Maka, terpaksa menemani abah untuk urusan kerjanya yang hampir 2 jam. Mujur ada peneman "Risalah Khitbah" untuk mengisi kekosongan ketika bersendirian di dalam kereta kesukaan abah. Walaupun hujan turut menemai sekali, namun tiada kedinginan dirasakan bahkan kehangatan jarang menerjah di dalam perut kereta abah. Hampir 50 muka surat dibaca sebelum abah kembali dari menyelesaikan urusannya.
Abah memandu pulang dan saya di sebelahnya. Umpama bapa borek anak rintik. :P (Okeyh, tiada kaitan.). Perjalanan pulang disimbahi dengan hujan rahmat di petang hari semalam. Sepanjang perjalanan hujan membasahi bumi dan pastinya deretan kereta berlampu akan kelihatan. Almaklumlah, jam menunjukkan angka 5, dah tentu jalan menjadi sesak ditambah dengan hujan yang riang membasahkan kereta-kereta di jalan raya.
Jalan sesak menyebabkan pemanduan kereta bertambah lambat. Mata mulalah nak terkatup, abah juga begitu. Tapi disegarkan dengan perbincangan anak beranak. Ketika dalam perjalanan menuju ke kolej, saya yang memandu. Cara pemanduan pastinya tidak sama dengan gaya pemanduan abah yang sudah bertahun-tahun itu. Apabila nak memotong, perlu bagi isyarat signal kan. Semua orang tahu akan itu. Tapi berapa ramai yang praktikkan? Kalau tinggal di bandaraya besar seperti KL, jalan sesak adalah perkara biasa. Siapa yang tidak biasa akan memberi kesan stress kepada individu tersebut. Saya yang dah lama menetap di sinipun tetap stress sebab baru 2 tahun sahaja memandu di sini. Huhuhu. Sebab tak memahami perangai orang-orang bandar memandu kereta, tertekan jadinya.
Kalau kita nak memotong, mesti bagi signal. Kalau orang tak bagi kita potong even kita dah bagi signal, kita boleh terus potong. Kalau kena hon, kita buat dek je dan senyum. Then, jangan nak tengok-tengok belakang dekat pemandu yang hon tadi melalui cermin pandang belakang taua apa ke. Tiada siapa-siapa yang salah. Jalan raya untuk semua orang bukan untuk orang-orang tertentu okeyh. Macamana kalau orang nak potong kita tapi dia tak bagi signal? Ini soalan yang bagus kan. Kalau jumpa pemandu yang macam nih, kita tak perlu beri laluan kepadanya atau kita beri je. Kalau berlanggar, bukan salah kita sebab pemandu tersebut yang tak beri signal. Okeyh setakat ini? Then, kalau pemandu tersebut memandu kenderaan yang lebih besar daripada kita, mengalah je lebih senang. Tapi mesti senyum, jangan stress ye. ;)
Lagi satu, kalau kita memandu mesti prihatin dengan penunggang-penunggang motosikal nih. Siapa yang tak pernah bawa motor memang takkan tahu. Saya tahu dan abah pun tahu. Tapi saya ambil pengalaman abahlah ye. Kita mesti memandu ke tepi jalan untuk memberi laluan kepada penunggang motor. Jangan kita pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan pemandu yang lain. Penunggang motor sangat berisiko ketika di jalan raya. Samada dia yang langgar kita atau kita yang langgar dia, dia tetap akan cedera paling teruk. Ingat ye! Jangan pentingkan diri sendiri ketika di jalan raya dan senyum selalu, pasti tiada stress.
Perjalanan pulang saya sangat mengantuk. Tidak dapat bersembang dengan abah bagi menyegarkan kedua-dua mata saya dan juga abah. Saya terlelap tapi tidak lena kerana risau dengan abah yang juga mengantuk. Sampai di satu selekoh, saya terjaga kerana satu hentakan kecil dan terus tak jadi mengantuk. :D Sambung berbincang dengan abah dan tiba di rumah dengan selamat, Alhamdulillah walaupun hujan masih renyai-renyai membasahi bumi rumah saya. ^_^

Berwajah baru
Assalamualaikum,
Baru saya perasan, sekarang bukan lagi bulan April. Alhamdulillah, dah masuk bulan Mei dan bermakna sesi cuti semester sudah bermula. Maka, riuh rendahlah rumah ini dengan kepulangan 3 orang pelajar lepasan sekolah. :P
Entri yang dikarang semalam, masih di permulaan cerita. Kebuntuan mengarang menjadikan saya semakin lambat menerbitkan sebarang entri. Saya minta maaf kerana membiarkan blog ini bersawang labah-labah sehingga hampir seminggu.
Sebagai tanda maaf, saya terbitkan entri ceria ini. Blog saya berubah wajah sekali lagi. Kali ini bertemakan warna oren, lain dari biasa kan. Segalanya berubah. Widget juga berubah tajuk. Dari yang biasa-biasa kepada barangan aksesori seorang muslimah. Faham? Kalau kurang faham, atau kata orang putih, kurang ngerti, sila tengok di sebelah kanan sidebar saya. Semuanya adalah barangan aksesori seorang wanita kan? Seperti kerongsang jubah, shayla, beg tangan, kasut dan sebagainya.
Saja mengubah semuanya, untuk mengambarkan betapa saya ini memang seorang muslimah sejati.. :D Cuma tulisan header sahaja berwarna biru. Bukannya tak nak tukar, tapi sengaja belum mahu menukar kerana header tersebut adalah nukilan bro faiz (boleh klik sini ye!). Tidak mahu mensia-siakan hasil tangan orang, saya gunakan header yang dibuat transparent untuk beberapa ketika.
Nota : roti (dari Bread Story, The Mall) di atas adalah sekadar gambar hiasan semata-mata. Kelaparan yang amat selepas membeli-belah di Pesta Buku semalam. Alhamdulillah. Owh, di sebelah saya ialah Alang sedang memandu dan saya memakan roti itu. :D

Subscribe to:
Posts (Atom)