Pemandu berhemah, jalan lancarlah..

Saya dah check in dan insyaAllah esok akan memulakan kerja makmal selama 3 minggu. Idea saya masih di tahap yang amat merisaukan. Keinginan saya tinggi untuk menulis tetapi ide kurang bernas dapat dikarang. Lantas, entri ini diterbitkan dahulu. Entri tentang kursus masih di dalam rangka pendahuluan. (Cewahh, macam menulis karangan sekolah. Hahaha.)

Kali ini genre cerita adalah berkisar tentang pemanduan. Pastinya pemanduan kereta bukan pemanduan lori atau kapal terbang dan jauh sekali pemanduan jet pejuang. :P Sepetang bersama abah semalam. Asalnya untuk menghantar saya pulang ke kolej, tapi pejabat kolej tutup. Maka, terpaksa menemani abah untuk urusan kerjanya yang hampir 2 jam. Mujur ada peneman "Risalah Khitbah" untuk mengisi kekosongan ketika bersendirian di dalam kereta kesukaan abah. Walaupun hujan turut menemai sekali, namun tiada kedinginan dirasakan bahkan kehangatan jarang menerjah di dalam perut kereta abah. Hampir 50 muka surat dibaca sebelum abah kembali dari menyelesaikan urusannya.

Abah memandu pulang dan saya di sebelahnya. Umpama bapa borek anak rintik. :P (Okeyh, tiada kaitan.). Perjalanan pulang disimbahi dengan hujan rahmat di petang hari semalam. Sepanjang perjalanan hujan membasahi bumi dan pastinya deretan kereta berlampu akan kelihatan. Almaklumlah, jam menunjukkan angka 5, dah tentu jalan menjadi sesak ditambah dengan hujan yang riang membasahkan kereta-kereta di jalan raya.

Jalan sesak menyebabkan pemanduan kereta bertambah lambat. Mata mulalah nak terkatup, abah juga begitu. Tapi disegarkan dengan perbincangan anak beranak. Ketika dalam perjalanan menuju ke kolej, saya yang memandu. Cara pemanduan pastinya tidak sama dengan gaya pemanduan abah yang sudah bertahun-tahun itu. Apabila nak memotong, perlu bagi isyarat signal kan. Semua orang tahu akan itu. Tapi berapa ramai yang praktikkan? Kalau tinggal di bandaraya besar seperti KL, jalan sesak adalah perkara biasa. Siapa yang tidak biasa akan memberi kesan stress kepada individu tersebut. Saya yang dah lama menetap di sinipun tetap stress sebab baru 2 tahun sahaja memandu di sini. Huhuhu. Sebab tak memahami perangai orang-orang bandar memandu kereta, tertekan jadinya.

Kalau kita nak memotong, mesti bagi signal. Kalau orang tak bagi kita potong even kita dah bagi signal, kita boleh terus potong. Kalau kena hon, kita buat dek je dan senyum. Then, jangan nak tengok-tengok belakang dekat pemandu yang hon tadi melalui cermin pandang belakang taua apa ke. Tiada siapa-siapa yang salah. Jalan raya untuk semua orang bukan untuk orang-orang tertentu okeyh. Macamana kalau orang nak potong kita tapi dia tak bagi signal? Ini soalan yang bagus kan. Kalau jumpa pemandu yang macam nih, kita tak perlu beri laluan kepadanya atau kita beri je. Kalau berlanggar, bukan salah kita sebab pemandu tersebut yang tak beri signal. Okeyh setakat ini? Then, kalau pemandu tersebut memandu kenderaan yang lebih besar daripada kita, mengalah je lebih senang. Tapi mesti senyum, jangan stress ye. ;)

Lagi satu, kalau kita memandu mesti prihatin dengan penunggang-penunggang motosikal nih. Siapa yang tak pernah bawa motor memang takkan tahu. Saya tahu dan abah pun tahu. Tapi saya ambil pengalaman abahlah ye. Kita mesti memandu ke tepi jalan untuk memberi laluan kepada penunggang motor. Jangan kita pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan pemandu yang lain. Penunggang motor sangat berisiko ketika di jalan raya. Samada dia yang langgar kita atau kita yang langgar dia, dia tetap akan cedera paling teruk. Ingat ye! Jangan pentingkan diri sendiri ketika di jalan raya dan senyum selalu, pasti tiada stress.

Perjalanan pulang saya sangat mengantuk. Tidak dapat bersembang dengan abah bagi menyegarkan kedua-dua mata saya dan juga abah. Saya terlelap tapi tidak lena kerana risau dengan abah yang juga mengantuk. Sampai di satu selekoh, saya terjaga kerana satu hentakan kecil dan terus tak jadi mengantuk. :D Sambung berbincang dengan abah dan tiba di rumah dengan selamat, Alhamdulillah walaupun hujan masih renyai-renyai membasahi bumi rumah saya. ^_^

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat