Dan pautan ini adalah sedikit sebanyak tentang sambutan hari ibu yang biasanya disambut bagi meraikan ibu-ibu.
1) Selamat Hari Ibu, Mama!
2) Mother's Day- Rindunya Kat Emak
3) Kad Ucapan Selamat Hari Ibu
4) Selamat Hari Ibu Mama
5) My Mother My BFF
Kalau mahu memberikan perhatian penuh pada ibu, terapkan sistem kehidupan yang pro-ibu, yakni sistem Islam. Mengapa? Kerana sistem yang diterapkan waktu ini sangat tidak peduli akan kaum ibu. Betapa tidak, banyak masalah yang hingga kini menimpa kaum ibu disebabkan sistem sekulerisme yang menuhankan kebebasan dan materialisme. Kaum ibu akhirnya menjadi korban ketidakmesra alaman sistem kapitalisme.
Kemiskinan contohnya, ibarat lingkaran syaitan yang membelit ibu-ibu hingga terjatuh dalam ketidakupayaan. Mereka miskin kerana tidak mendapat nafkah yang cukup dari pihak yang wajib menafkahi, seperti suami. Para ayah pula tidak mampu menafkahi kerana bekerja dengan gaji yang sedikit atau tidak bekerja sama sekali. Mereka tidak bekerja bukan kerana malas tapi ruangan pekerjaannya tidak ada.
Banyak syarikat yang menggajikan kaum perempuan kerana mereka boleh digaji lebih rendah, atau pekerjaannya lebih teliti. Para ayah ini pula, mahu buka usaha juga tidak punya modal. Mahu bertani/berkebun/berhutan tidak punya bahan, kerana berhektar-hektar tanah dikuasai para penguasaha. Akhirnya, isteri yang disuruh bekerja. Menjadi tukang jahit misalnya. Sungguh, pilihan yang tidak membahagiakan kaum ibu. Mereka harus meninggalkan suami dan anak-anak tercinta, menekan fitrahnya sebagai seorang perempuan. Terkadang bukan wang yang dibawa pulang, malah nyawa pun melayang.
DILEMA IBU BEKERJA
Sistem kapitalisme waktu ini juga melakukan eksploitasi besar-besaran terhadap kaum ibu. Dengan dalih pemberdayaan perempuan dan kemandirian ekonomi, kaum ibu banyak yang terjebak pada aktiviti umum dibanding fokusnya pada kewajiban domestiknya iaitu menjadi ibu pengatur rumahtangga.
Banyak alasan mengapa ibu-ibu bekerja. Antaranya untuk menambah pendapatan keluarga, mencari wang saku sendiri, kewujudan diri, menjadi tulang belakang keluarga, atau mengamalkan ilmunya. Isteri nabi pun, Siti Khadijah adalah seorang pedagang (peniaga).
Ya, tidak sedikit keahlian-keahlian khusus yang hanya dikuasai kaum perempuan (ibu) atau, ada profesion khusus yang diperlukan oleh kaum perempuan dan lebih mampu jika dikuasai oleh kaum perempuan. Seperti merawat, bidan dan doktor kandungan. Ramai ibu-ibu malu jika kelahiran bayinya disambut oleh doktor lelaki. Kerana itu, keberadaan kaum ibu di dunia kerja memang tidak bisa dihilangkan sama sekali.
Sayangnya, di dunia kerja waktu ini, kaum ibu ramai yang mengalami tekanan batin kerana terjebak dengan dilema: antara karier dan keluarga. Islam membolehkan kaum ibu (perempuan) bekerja, dengan catatan tidak melalaikan tugasnya sebagai pengatur rumah tangga dan pendidik anak. Ini bukan perkara mudah jika sistem hari ini tidak mendukung.
Seperti tugas menyusukan bayi, saat ini tidak mampu dilakukan maksimum kerana cuti melahirkan hanya dua- tiga bulan. Padahal disunahkan menyusui selama dua tahun. Kerana itu, dunia kerja harusnya menyesuaikan diri dengan hal ini. Seperti memberikan cuti selama dua tahun kepada ibu yang bersangkutan. Mungkin gagasan ini dianggap merugikan syarikat yang menggajikan ibu tadi, tapi itu boleh diatasi dengan membuat akad perjanjian kerja baru dengan si ibu, contohnya selama cuti tidak mendapat gaji atau hanya menerima haknya separuh. Itu adalah pilihan bagi si ibu.
Sementara itu, dunia kerja hendaknya tidak mengabaikan ibu-ibu berusia yang tidak muda lagi, tapi masih produktif untuk kembali bekerja. Sebabnya, pilihan waktu bagi kaum ibu untuk bekerja yang terbaik adalah ketika dia tidak lagi memiliki anak-anak usia kecil. Ya, ketika anak-anaknya telah beranjak remaja, biasanya kaum ibu yang sudah berusia 40-an tahun, banyak yang ingin kembali berkarier.
Selain mendapatkan tambahan pendapatan, juga demi mengamalkan ilmunya untuk kemaslahatan umat. Namun dunia kerja umumnya hanya menerima karyawan berusia muda kerana mereka lebih mempunyai penampilan yang menarik. Padahal, tiamak sedikit ibu-ibu usia 40-an tahun yang menjanda, suaminya meninggal, yang ingin bekerja demi menanpung nafkah keluarga. Sayang, dunia kerja tak mesra alam (kata oranglah) padanya. Tak ada ruangan kerja untuknya.
Memang idealnya ibu-ibu bekerja di sektor yang tak banyak memakan waktu atau paling tidak dia sendiri yang mengurus waktu bekerjanya seperti menjadi freelancer. Kerana itu, perusahaan seharusnya didorong memberikan kesempatan pada ibu-ibu untuk menjadi freelancer daripada merekrutnya menjadi karyawan tetap.
Yang penting, sistem harus menciptakan undang-undang bahawa ibu-ibu yang mengabdikan diri di dunia kerja tidak terbazir waktunya hingga melalaikan urusan rumah seperti dengan membatasi jam kerja karyawan yang sudah berprofesion sebagai ibu, memberikan toleransi ketika anak sakit, dll. Jangan ada ibu pulang larut malam, atau bahkan menginap ke luar kota atau outstation hanya kerana urusan pekerjaan kecuali memang didampingi oleh mahramnya.
Pastikan tidak ada eksploitasi terhadap kaum ibu yang bekerja, baik secara fizikal mahupun fikirannya. Sebab jika ibu-ibu terlalu berat beban kerjanya maka ia akan pulang ke rumah dalam keadaan penat dan tertekan dan biasanya anak-anak menjadi sasaran mudah bagi pelampiasan tekanannya.
RATU KELUARGA
Kaum ibu memerlukan jaminan kebahagiaan atas peranan dan tanggung jawab yang harus dijalaninya. Ia memerlukan rumah yang elok dan kondusif untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus rumah tangga. Ia memerlukan jaminan kebendaan untuk menjamin keperluan anggota keluarga, khususnya anak-anak. Memang, kebendaan bukan segalanya. Tapi kelangsungan hidup keluarga, khususnya anak-anak sangat memerlukan kebendaan. Yakinlah, kalau kebendaan sudah tercukupi, kaum ibu akan lebih senang fokus untuk mengendalikan rumah dan mendidik anak-anaknya.
Dan ini adalah kewajiban para suami untuk memenuhinya. Suami akan mampu mewujudkan manakala sistem yang diterapkan haruslah kondusif dengan si ibu. Peluang pekerjaan mudah, gaji memadai, mahu usaha mudah, tempat mati dihidupkan, biaya hidup mampu ditanggung, harga makanan murah, capaian pendidikan dan kesihatan murah, keadilan di depan hukum, birokrasi sederhana, tiada kemaksiatan dsb.
Semua itu tidak terwujud tanpa diterapkannya sistem syariah Islam dalam naungan Khilafah kerana sistem sekuler-kapitalis saat ini telah nyata-nyata gagal memberi jaminan atas seluruh keperluan warga negara, termasuk kaum ibu dan anak-anak. [www.baitijannati.wordpress.com]
terima kasih kerana link kan blog saya :)
ReplyDeletesama-sama yaya..
ReplyDeletesemasa entri ini ditulis, yaya baru je update entri. Alang-alang menyeluk pekasam kan, so link kan sekali.. =)
anyway, thx follow my humble and simple blog.. =)
sgt benar apa yg dikatakan
ReplyDeletebg pendapat saya, sekiranya sistem khilafah itu diterapkan, insya ALlah kaum ibu tidak perlu bekerja. krn sistem ekonomi islam yg adil itu diterapkan
dlm sistem kapitalis, hak rakyat menjadi hak menteri dan kroni. maka, kaum ibu terpaksa bekerja utk mencari sesuap nasi