Oh, Buku-buku!

Assalamualaikum wbt semua,

Saya akui, saya memang tidak suka ke Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC. Bukan hanya tahun ini (2011) bahkan tahun-tahun sebelumnya juga saya tidak suka. Walaupun saya pergi ke pesta buku semenjak 3 tahun yang lepas, saya tak pernah tertarik hati untuk membeli buku buat santapan minda saya. Penyudahnya, buku adik-adik sahaja yang dibeli memandangkan mereka akan menduduki UPSR dan SPM tahun ini, insyALLAH.

Tiga hari lepas ke suatu tempat yang kerap dikunjungi. Dapat melihat buku-buku yang telah dikaji di internet. Buku-buku tersebut hanyalah keluaran negara seberang kerana tidak diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Bila sudah lihat di internet dan berkenan, mulalah bertanya kepada teman di sana tentang segala kos untuk dihantar ke Malaysia. Alhamdulillah, semalam bertemu dengan beberapa buku yang hajatnya ingin dibeli melalui teman sahaja pada mulanya. 5 buah buku yang bersaiz kecil saya beli. Semuanya yang telah saya lihat di internet. Bersyukur sangat walaupun baru sahaja memulakan pembacaan satu buku.

Antara buku-buku yang dibeli dan semoga bermanfaat buat saya dan kaum keluarga:


Upiak rambahlah paku
Nak tarang jalan ka parak
Upiak ubahlah laku
Nak sayang urang ka awak

(sebuah pantun dari bahasa Minang)

Tujuan membangun keluarga adalah meraih kebahagiaan. Kebanyakan kita membangun keluraga berdasarkan cinta. Namun sebanyak itu pula yang gagal berantakan lantaran cinta. Bahakan kebahagiaan yang diraihnya pun hanya seumur jagung. Kalaupun meraih kebahagiaan, ternyata hanya sebatas usianya. Setelah itu kebahagiaan pun mati terkubur seiring kematiannya.

Bahkan tak sedikit mereka yang mati dan terkubur dengan sejuta masalah keluarga dan belum sempat meraih kebahagiaan. Lalu bagaimana meraih kebahagiaan bersama bangunan keluarga selama hidup kita bahkan setelah hidup kita di dunia ini berakhir?


No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat