Pemaksaan terhadap Majlis PERNIKAHAN yang tidak Islami

ORANG TUA MEMAKSAKAN MAJLIS PERNIKAHAN YANG TIDAK ISLAMI

Ass wr. wb,
nama saya nurul, 25 tahun. insyaallah tahun ini, saya akan melaksanakan pernikahan. Tapi terdapat sedikit masalah iaitu kedua ibu bapa saya berhajat untuk menggunakan adat jawa dengan sanggul dsb. sedangkan saya dan calon mertua menghendaki busana muslimah walaupun tetap dengan adat jawa. Apa yang saya ingin tanyakan, apakah saya berdosa jika saya tidak menunaikan permintaan kedua ibu bapa saya, kerana yang saya tahu, redha dari kedua ibu bapa saya adalah redhanya Allah SWT.

Terima kasih.
Wassalam.

Jawapan :
Ajaran Islam kadang-kadang sesuai dengan budaya atau adat setempat, tetapi kadang-kadang juga tidak sesuai. Dalam masalah anda, beberapa bahagian dari adat Jawa tidak sesuai dengan Islam, salah satunya adalah aturan berbusana (baca: berpakaian). Bagaimana sikap kita jika ada adat yang bertentangan dengan Islam? Ternyata kaum muslimin terpecah ke dalam dua pendapat :

A. Islam Disesuaikan dengan adat
Jika ada beberapa aturan Islam yang berbeza dengan adat, maka mereka memakai adat itu. Mereka yang tergabung di kelompok ini memakai kaidah :

“Adat-istiadat dapat dijadikan patukan hukum”

Konsekuensinya, banyak syariat Islam dilanggar kerana kaidah tersebut. Contohnya : Jilbab (jubah) boleh tidak dipakai jika masyarakat setempat terbiasa dengan pakaian bukan jilbab (jubah). Riba diperbolehkan jika budaya setempat sudah terbiasa dengan riba. Dan masih banyak lagi.

Jika kaidah tersebut dipakai, maka rusaklah ajaran Islam ini. Kita tahu bahawa adat di berbagai suku/bangsa berbeza-beza. Seringkali saling bertentangan. Maka jika Islam disesuaikan dengan adat, akan terjadi kerancuan tentang mana sesungguhnya yang merupakan hukum Islam. Sebagai contoh, masyarakat Indonesia menganggap bahawa jika bertemu dengan orang lain yang berlainan jantina, cukup menyapa dengan menganggukkan kepala. Sementara masyarakat Barat jika lelaki dan wanita bertemu akan lebih sopan jika berciuman. Sedangkan di Indonesia berciuman dengan berlainan jantina adalah perbuatan yang sangat tidak sopan. Contoh lain adalah ada adat suatu suku tertentu mengurus warganya yang meninggal dengan membakar mayatnya, adat suku lain yang mengawet mayat, sementara suku yang lain meletakkannya di bawah pohon. Lantas, mana yang akan kita pakai? Kelirukan?

B. Adat Disesuaikan dengan Islam

Pandangan kedua ini menyatakan bahawa jika ada adat yang tidak sesuai dengan Islam, maka adat tersebut harus disesuaikan dengan Islam. Jika memang tidak bisa disesuaikan, maka adat tersebut harus ditinggalkan.

Hal ini sesuai dengan apa yang dilakukan Rasulullah saw. Pada era Mekah jahiliyah, mempunyai anak wanita adalah sangat memalukan. Seorang ayah merasa malu jika isterinya melahirkan bayi wanita. Maka banyak terjadi kes pembunuhan bayi wanita pada masa itu. Bahkan Umar bin Khattab pun sebelum masuk Islam pernah membunuh anak gadisnya dengan menguburkannya hidup-hidup.Ketika Islam datang, bagaimana sikap Rasulullah saw? Islam menyatakan bahawa lelaki dan wanita adalah sama-sama manusia hamba Allah. Kedudukannya sama di hadapan Allah. Yang membezakan adalah ketaqwaannya. Oleh kerana itu, lelaki dan wanita sama-sama berhak untuk hidup. Lelaki tidak lebih mulia daripada wanita, begitu pula sebaliknya. Oleh kerana itu, ketika Islam datang, adat (kebiasaan) membunuh bayi wanita pun segera ditinggalkan.

Ada juga kebiasaan masyarakat Arab waktu itu, iaitu minum khamr (arak). Para sahabat Nabi pun termasuk orang-orang yang suka minum khamr. Ketika turun ayat yang melarang minum khamr, maka serta-merta kaum muslimin meninggalkan khamr. Mereka segera membuang seluruh khamr yang mereka miliki sehinggakan Kota Madinah dibasahi oleh khamr.

Masih banyak adat/kebiasaan masyarakat Arab waktu itu yang bertentangan dengan Islam. Rasulullah mendakwahi mereka sehingga akhirnya adat itu mereka tinggalkan dan diganti dengan ajaran baru iaitu Islam. Sementara itu, adat yang tidak bertentangan dengan Islam tetap dibiarkan ada di tengah-tengah masyarakat.

Jadi, sikap menyesuaikan adat dengan Islam adalah tepat. Sementara sikap menyesuaikan Islam dengan adat adalah salah.

Busana Pengantin Wanita

Sebagai orang Islam, kita terikat dengan hukum-hukum Islam, bila-bila pun dan di mana jua. Termasuk ketika majlis pernikahan. Tidak ada pengecualian. Islam mengajarkan bahawa busana wanita muslimah di tempat umum harus memenuhi tujuh kriteria berikut :

1. Menutup aurat;
2. Jenis dan model sesuai ketentuan syariat (memakai jilbab, khumur, mihnah, dan memenuhi kriteria irkha’)
3. Tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit (transparent)
4. Tidak menunjukkan bentuk dan lekuk tubuhnya
5. Tidak tabarruj
6. Tidak menyerupai pakaian lelaki
7. Tidak tasyabbuh terhadap orang kafir

(penjelasan lengkap tentang busana wanita muslimah silakan dibaca di Fikih Muslimah MyK). Oleh kerana itu, ketika anda menikah pun wajib tetap terikat dengan syariat ini.

Pakaian perempuan berdasar adat Jawa dalam wujudnya yang asli tidak sesuai dengan syariat Islam. Sanggul termasuk salah satu yang tidak sesuai. Wanita muslimah wajib memakai tudung (khimar) yang menutup seluruh rambutnya. Haram pula melakukan penyambungan rambut.

Mungkinkah memakai pakaian yang tetap beradat Jawa namun tetap Islami seperti harapan anda dan calon mertua anda? Hal ini tentu sangat relatif tergantung bagaimana cara anda mengubahsuainya. Kami sarankan anda untuk mencermati dan memahami betul aturan busana wanita muslimah sehingga ubahsuai yang anda lakukan tidak melanggar syariat. 

Bolehkah Melanggar Perintah Ibu Bapa?

Anak wajib menaati perintah ibu bapa. Akan tetapi, kewajiban taat kepada ibu bapa adalah selama tidak bertentangan dengan perintah Allah. Pada hakikatnya, anak menaati perintah ibu bapa adalah kerana perintah Allah. Bukan sebaliknya, menaati Allah kerana perintah orang tua.

Allah swt berfirman:
“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami.”[Q.S. Al Kahfi ayat 28]

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah. [Q.S. Al Qalam ayat 8]

Rasulullah bersabda :
“Tidak ada ketaatan dalam hal maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah pada perkara yang ma’ruf (sesuai dengan syariat).” (HR. Muslim)

Hadits At Tabrani dari Ubadah, yang menyatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Akan ada setelah masaku, orang-orang (yang akan memimpin) urusan kalian, di mana mereka mengakui perbuatan munkar kalian dan menolak kema’rufan kalian. Maka, tidak ada ketaatan sedikit pun kepada siapa saja yang berbuat maksiat.”

Dengan demikian, anda boleh melanggar perintah ibu bapa jika perintahnya bertentangan dengan perintah Allah. Anda tidak berdosa. Kewajiban anda adalah memberitahu (mendakwahi) ibu bapa tentang syariat Islam yang belum mereka fahami. Tentu harus dilakukan dengan cara-cara yang ma’ruf sehingga seboleh mungkin tidak melukai hati/perasaan kedua orang tua.

Mengapa Ditunda-tunda Dakwah terhadap Keluarga?

Sebenarnya timbul pertanyaan dalam benak kami. Mengapa anda tidak jauh-jauh hari mendakwahi keluarga anda? Mengapa anda justeru bertengkar dengan ibu bapa ketika hari pelaksanaan majlis pernikahan sudah sangat dekat? Ini menjadi pelajaran bagi kita semua. Mendakwahi keluarga sebaiknya sesegera mungkin. Tidak perlu menunggu “bom waktu” yang pada akhirnya akan menyulitkan kita di kemudian hari.

Biasanya ibu bapa bimbang jika majlis pernikahan anaknya berbeza dengan adat, maka akan mendapatkan sindiran dan buah mulut dari masyarakat sekitar. Walaupun ibu bapa sudah tahu aturan Islam, kebimbangan terhadap respon masyarakat sekitar masih sering terjadi.

Di sini sebenarnya hanya faktor kebiasaan. Hal yang baru biasanya memerlukan pengorbanan. Maksudnya, perlu ada seseorang yang memulai. Ketika hal yang baru itu sudah ada yang berani memulai, maka akan ada “pengikut-pengikut” seterusnya. Contohnya, Inul adalah pelopor dalam goyang gerudi. Ia ditentanghabis-habisan. Ternyata Inul terus maju dalam nyanyiannya. Tidak menghairankan jika kemudian muncul penerus-penerus Inul dengan berbagai macam goyang. Sayangnya, Inul bukan pelopor kebaikan tetapi merupakan pelopor kemaksiatan.

Pernah suatu ketika, seorang teman kami akan menikah. Sebagai aktivis dakwah kampus tentu ia sedar bahawa majlis pernikahan yang selama ini biasa dilakukan di masyarakat sekitarnya adalah tidak Islami. Salah satu unsurnya adalah adanya ikhtilat (percampuran lelaki dan wanita). Ia jelaskan kepada orang tuanya (khususnya ayahnya sebagai ketua keluarga) tentang haramnya berikhtilat. Pada awalnya memang ditentang. Tetapi dengan sabar teman kami menjelaskannya. Segala cara telah dicuba untuk menjelaskan hal ini. Akhirnya hati ayahnya pun terbuka. Ayahnya bersedia menyelenggarakan majlis pernikahan yang Islami. Masalah belum selesai. Ketika pertemuan dengan warga kampung, ada yang protes dengan mengatakan “ini kan tidak umum”. Alhamdulillah, ayahnya tetap teguh pendirian. Akhirnya, ketika majlis pernikahan berlangsung pun tidak terjadi masalah. Bahkan setelah hari itu, ramai yang menyelenggarakan majlis pernikahan dengan memisahkan tetamu lelaki dengan tetamu wanita.


Apakah anda berani untuk memulakan?


Nota : Artikel ini adalah mengikut realiti di Indonesia. Ia juga terpakai kepada para pengantin di Malaysia dan di seluruh pelusuk dunia.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat