Babysitter vs Housewife

Babysitter? Iya, penjaga budak. Saya akan menjadi penjaga budak (Ilham) sehingga semester baru dibuka. Alhamdulillah. Tak perlulah si Ilham stay di daycare apabila umminya pergi bekerja. Memandangkan Ilham adalah anak saudara saya, saya juga bertanggungjawab membesarkannya, mendidiknya dan memberikan kasih sayang kepadanya. Sayang dan kasih kepada anak saudara umpama sayang terhadap anak sendiri (walaupun saya belum mempunyai anak sendiri :P). Jadi, kita haruslah menjaga kanak-kanak dengan penuh kasih sayang.

Sekarang ini saya menjadi kakak yang sulong dalam keluarga. Sudah menjadi tanggungjawab saya juga untuk memastikan segala kelengkapan rumah serta keperluan adik beradik saya terpenuhi apabila ibu bapa saya tiada di rumah. Seorang kakak yang bertanggungjawab haruslah bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi apabila berhadapan dengan kerenah adik beradik yang pelbagai terutamanya cita rasa dalam masakan yang berbeza-beza (macam pandai sangat memasak. hehehe.)

Saya telah menjadi babysitter untuk kanak-kanak bawah 2 tahun sejak saya di bangku sekolah lagi. Saya masih ingat lagi, saya dan adik saya menjadi kanak-kanak perempuan yang sangat comel. Namanya Aqilah Zahra. Usianya ketika itu belum mencecah 2 tahun tapi sangat petah berkata-kata. Ya Allah, kanak-kanak itu sungguh cerdik. Mana tidaknya, si ayah selalu membawa Aqilah ke pusat fardhu ain milik mereka. Aqilah yang diberi gelaran kakak oleh kami sekeluarga persis kanak-kanak Palestin ketika itu. Sungguh comel. Mirip ibu dan ayahnya. Rutin hariannya babysitter adalah menunggu kedatangan kakak yang dibawa oleh si ayah ke rumah dengan menaiki motor. Kedatangannya bagaikan dinanti. Saya rindu kembali saat itu!

Dalam waktu yang sama, cousin saya seusia dengan kakak telah menimbulkan bibit-bibit jealous. Kanak-kanak yang kecil pun sudah pandai cemburu. Lantas abah berpesan, "sayangkan kanak-kanak kena sama rata. kalau sayangkan Ecah begini, begini jugalah sayangkan kakak." Itulah nasihat abah yang kadang-kadang saya terlepas pandang. Yelah, fitrahnya manusia mesti sayangkan darah daging sendiri lebih tapi nasihat abah sungguh berlainan. Dan sekarang ini, andai masa boleh diputar balik walaupun saya tahu tidak boleh, saya nak sayangkan kakak sama seperti saya sayangkan Ecah. =(. Saya dah lama tidak berjumpa kakak walalupun kami di taman perumahan yang sama. Rindu! Hampir 3 tahun saya tidak berjumpa setelah saya menjadi babysitter kakak.

Heboh satu sekolah tempat umi saya mengajar yang mengatakan anak umi saya pandai menjaga budak. hahaha. Maka, hadirlah rakan umi yang lain meminta saya dan adik menjaga anaknya. Kali ini baby lelaki kurang setahun. Sekarang baby ini dah 6 tahun usianya. Alhamdulillah. Namanya Rifqi. Tapi nama penuhnya saya kurang ingat. Bagaimana ye rupanya sekarang? Dengarnya, Rifqi bakal mendapat adik yang satu lagi.

Sebenarnya, sebelum kedatang kakak, saya memang dah jadi babysitter untuk anak makcik yang sekarang ini sudah berusia 10 tahun. Alah, yang sebetulnya sukakan budak itu satu fitrah. Dan fitrah itulah yang menjadikan wanita itu penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Just like me! :P

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat