Sudah lama rasanya saya tidak menulis entri yang bermanfaat. Maafkan saya. T__T
Kursus yang dihadiri selama 1 hari setengah banyak membuka mata dan fikiran saya. Bukannya sebelum ini fikiran dan mata saya tidak terbuka, cuma ia tidak terbuka seluas-luasnya. Alhamdulillah, ilmu yang diberikan insyaAllah akan dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh. Semoga mardhatillah bisa saya capai sebelum diri ini kaku untuk merebut segala pahala kebaikan di dunia.
Ketika ini pun saya masih tiada idea untuk menaip. Mungkin hati saya telah gelap memandangkan banyaknya maksiat-maksiat saya telah lakukan dan kurangnya ibadah-ibadah sunat yang membentuk diri. Nauzubillah. Tapi saya cuba memandangkan saya rindu sangat untuk menaip seperti mula-mula belog ini dibina.
Saya menghadiri satu kursus di ibu kota untuk semalam dan juga hari ini. Semalam saya bersendirian menaiki kemudahan pengangkutan awam, LRT dan hari ini kedua ibu bapa saya menghantar saya sehingga di depan bangunan kursus berkenaan diadakan. Alhamdulillah, hari ini pergi dengan perasaan gembira, tiada lagi perasan takut. Bukannya takut apa, cuma keadaan sekarang yang memerlukan kita berhati-hati untuk setiap masa dan di mana jua. Semasa menghantar saya di stesen LRT semalam, "bawa payung nih sebenarnya bukan sebab hujan, payung ini adalah alat keselamatan," terang abah. Dan hari ini saya hanya membawa payung yang muat-muat dalam beg tangan sahaja kerana tahu abah kan hantar sampai di depan bangunan. Tiba di sana, saya terus meminta izin umi untuk bertukar payung yang ada di dalam kereta. "Umi, angah tukar payung kecil nih dengan yang ada dalam kereta ye." Saya fikir, ia sangat penting untuk keselamatan saya ketika pulang nanti.
Nota: ketika saya menaip penulisan di atas, tarikhnya 1/5/11. Saya sambung ideanya 4 hari kemudian iaitu hari ini, 5/5/11. Hari ini juga adalah hari lahir uda. ^_^.
Saya menyambung penulisan ini di makmal cyber PDAL pada pagi 5 Mei (Sungguh idea tidak datang mencurah-curah. >_<) Kursus yang saya hadiri adalah kursus pra perkhawinan yang mana ia dimestikan untuk semua muslim yang akan, hendak dan tidak tahu bila akan menikah. Saya kira, isinya agak kurang untuk mempersiapkan diri dengan ilmu rumahtangga. Kini saya sedari, kursus tersebut hanyalah perangsang (enhancer) bukanlah pelengkap untuk kita lebih mepersiapkan diri dengan mendalami ilmu-ilmu agama untuk dunia dan akhirat serta yang utamanya adalah mencari redha Allah.
Saya memang seorang yang kurang rajin untuk membaca buku-buku, tak kira buku apa even komik doraemon kegemaran Along saya.:D Masih belum terlambat untuk saya mempersiapkan bekal di dunia ini untuk bekalan di akhirat sana. Saya sebagai seorang muslimah secara lahirnya mempunyai sifat keibuan yang sangat menebal (cewahh, hahaha). Tapi benar ya, seorang wanita memang diciptakan oleh Allah memiliki naluri keibuan. Sebab sebelum seorang muslimah bertemu calonnya, insyaAllah dia telah memikirkan atau menyediakan diri dengan ilmu-ilmu agama, mental dan fizikal sebelum kedatangan cahaya mata. Saya ulang, cahaya mata. :D Hadiah perkahwinan yang diterima kakak saya 3 tahun lepas salah satunya adalah buku tentang membentuk anak yang soleh. Itu merupakan satu bahan awal untuk persediaan mental dan fizikal apabila menimang cahaya mata kelak. Saya bukanlah seorang yang arif, tapi saya juga belajar melalui pengalaman orang yang lebih berpengalaman seperti kedua orang tua, makcik saya dan nenek, insyaAllah.
Kalau anda sedang mencari pasangan atau sudah bertemu pasangan idaman, saya kira sangat sesuai untuk kita memahami tatasusila pergaulan sebelum 2 jasad disatukan hatinya dengan ijab dan qabul. 2 buku yang saya rasa wajar atau jika anda benar-benar mengharapkan redha Allah, maka MESTI membacanya iaitu buku Sistem Pergaulan dalam Islam (Nizhamul ijtima'ie) dan juga Risalah Khitbah. 2 buku ini dalam bahasa Indonesia tapi saya rasa memang sesuai untuk kita di sini memandangkan kita adalah serumpun. Jadi, bahasanya juga mudah difahami. Kalau kita mempraktikkannya, InsyaAllah pahala dari Allah menanti. 2 buku ini sangat bagus untuk kita yang benar-benar menginginkan pembentukan keluarga muslim yang ideologis seperti keluarga-keluarga di zaman Rasulullah dan para sahabat. Kerana dari seorang wanita lahirlah tokoh-tokoh yang mampu menggegarkan dunia. Saya tekankan hal ini kepada kaum wanita, kerana saya seorang wanita dan wanita merupakan pengurus rumahtangga. Jadi, sangat wajar untuk seorang muslimah meletakkan posisi utamanya di rumah sebagai pengatur rumahtangga.
insyaAllah, akan bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
entry ini penuh bermakna
ReplyDeletedtg sini smbil klik ur nuffnang
sesuai untuk para muslimah yg single, tunangan, isteri, bakal ibu dan ibu.. ;) InsyaAllah..
ReplyDelete