Ramai suka letak gambar kat blog. Saya suka juga tapi bukan gambar sayalah. Hanya gambar kanak-kanak di dalam lingkungan hidup saya sahaja.
Bagi saya, kanak-kanak memang suka taman terutamanya taman permainan. Contoh mudah. Kecil-kecil dah pandai sebut taman, "aman..aman..aman.." kalau berjalan melintasi taman permainan. Maksudnya, itulah kanak-kanak. Kalau kanak-kanak tak suka taman, kanak-kanak apa ya? :D
Tempat yang paling digemari di taman adalah buaian sama macam saya. Sebijik.
Tukar tempat buaian agar mereka lebih dekat dengan saya. Sebenanrnya, bukan saya yang suruh, tapi mereka yang nak. Kiranya, nak main di taman permainan perlukan satu pepatah, 'siapa cepat dia dapat.' Sama macam mereka. :P
Kalau dah main di taman, lagi-lagi buaian, mesti nak main lumba-lumba. Siapa lagi laju, dia terer atau siapa lambat berhenti, dia menang. Itulah kanak-kanak. Rugi siapa yang tidak menikmati zaman kanak-kanaknya. Kadang-kadang, ada yang mengeluh jaga kanak-kanak nih susah dan leceh. Kata sesetengah orang, "kita perlu ada kesabaran yang tinggi apabila hendak mengasuh anak walaupun anak buah." Itu saya tidak nafikan lebih-lebih lagi kanak-kanak lincah seperti mereka bertiga nih.
Apapun perangai mereka, kitalah juga sedikit sebanyak menyumbang terhadap tumbesaran mereka. Walaupun bukan secara langsung, tapi kitalah juga mencorak kehidupan mereka. Biar mereka menikmati kehidupan kanak-kanak dengan riang walaupun telah dimaklumkan bukan semua kanak-kanak mampu merasai kenikmatan itu seperti di Irak, Afghanistan dan di kebanyakan negeri kaum muslimin.
Bila kanak-kanak sudah pandai membaca, jangan lupa minta dia membaca walau di mana juga dan apa juga yang dia jumpa. Mungkin papan tanda atau plastik bungkusan makanan. Kita boleh asah minat membaca mereka secara tidak langsung.
Ini di hari yang lain. Santai-santai bersama adik-adik di taman. Aktiviti sampingan paling kerap adalah photoshoot biasa-biasa tapi bermakna. Bila tengok kembali gambar-gambar yang telah diambil, baru kita tahu, kanak-kanak ini membesar depan mata sahaja. Dari mereka bayi sehinggalah boleh berlari.
Taman juga menjadi tempat bermain tembak-tembak. Agaknya, memang kanak-kanak suka senapang atau pistol ye. Mungkin juga pengaruh cerita atau mereka sememangnya ingin menjadi seorang pejuang. Apapun yang disukai oleh mereka, kita perlu pantau dan asuh. Sekiranya ia sesuatu yang positif, maka perlu dirangsang. Sekiranya ia boleh membahayakan diri mereka, tegahlah dengan sabar dan lembut.
Kanak-kanak nih, kalau sudah bermain memang lupa nak balik rumah. Asyik sangat sebab gembira dapat menghirup udara segar dan nyaman yang telah Allah berikan kepada hambaNya secara percuma. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?" (TQS Ar-rahman). Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang tidak mampu kita hitung.
Start to cry. Nak ajak balik, tak nak balik. Itulah kanak-kanak. Hakikat mengasuh dan mendidik kanak-kanak tuh memang perlukan kesabaran.
Monolog Aku. Detik Hatiku.
Aku kebuntuan idea. Ingin menulis tetapi tidak mahu seperti orang lain. Monolog mahu mencari identiti sendiri melalui penulisan yang tidak seberapa. Lalu, blog jarang-jarang ada entri baru apatah lagi yang panas-panas. Penyudahnya, hanya copy paste artikel atau perkongsian dari laman web yang dirasakan sesuai untuk disajikan sebagai syarat blog diupdate.
Bila difikirkan semula, aku mahu menulis tapi apa yang hendak aku sajikan kepada pembaca? Apa yang hendak aku sajikan kepada para pengunjung blog ini? Dengan rasa rendah diri, aku monolong di sini, mencurahkan rasa hati agar ada juga entri untuk hari ini. Biarpun aku rasa, ia bukan berguna manapun. Atau, memang tidak berguna.
Aku masih ingat. Hampir 3 tahun yang lalu semasa blog ini dibina. Aku yakin bahawa aku membinanya kerana ingin 'sharing' kata orang seberang. Lantas, segala tentang kehidupan peribadi bukan untuk aku ceritakan di sini, itu tujuan utamaku dulu. Bila termenung seketika dan melawat ke blog rakan-rakan, hati terdetik dengan pengikut ribuan serta pengkomen yang juga boleh mencecah puluhan malah ratusan. Aku iri hati.
"Aku perlu hasilkan cerita yang menarik." Itu detik hati. Bila klik post terbaru, hanya mampu memandang kotak post dengan pandangan yang kosong. Mana tidaknya, isu yang ingin dibangkitkan dan dikongsikan bersama pembaca tiada. Lalu, post kosong tersimpan lagi menjadi draft. -_-"
Esoknya, perkara sama yang terjadi. "Ini tak boleh jadi. Ambillah mana-mana artikel yang belum dipost." Ini kerana aku tahu, bukan semua orang membaca laman web yang ilmiah lagi bermanfaat terutamanya tentang agama. Menurut pengkajianku yang tidak seberapa ini, aku dapati ramai blogger menulis kisah harian mereka. Hanya segelintir sahaja yang menulis tentang fikih, isu-isu semasa, politik dan sebagainya. Adapun blogger yang suka menulis isu semasa, rata-ratanya pasti tentang hiburan. Bahasa mudahnya, artis. Itu aku pasti akan mendapat raking yang tertinggi. Tetapi, sungguh mustahil untuk aku menceritakan kisah artis di blog ini. Huhuhu. Bukan ranking itu yang aku cari-cari.
Pernah juga aku menulis entri biasa-biasa sahaja, tiada perkongsian bermanfaat di dalamnya. Tiada pengkomen. Yang ada hanyalah viewers. Namun, aku mendapat feedback secara langsung. Ada yang mengatakan blog aku dah tak macam dulu. Isinya biasa-biasa saja. Aku jadi hilang idea. "Apa yang perlu aku tulis? Ingin mencari follower, telah aku lakukan." Tapi ada lagi blogger yang dapat follower lagi ramai daripada aku. Iri hati? Terserah aku.
Aku berfikir panjang.
Siapa aku, blog aku, follower aku, penulisan aku, itulah aku. Identiti aku sendiri walaupun pengisian aku hanyalah copy paste. Namun, artikel yang dicopy paste tidak pernah aku mengaku aku punya sebab aku sertakan sumbernya sekali. Jadi, aku bukanlah pencinta kucing tiru. Maka, moto baruku ini aku terbitkan di sini. Biar apa yang berlaku. Biar follower tidaklah riban. Biar pengkomen tiada yang sudi. Biar isi copy paste. Aku tetap aku. Aku di sini. Kerna aku tahu, tidak semuanya seperti aku. Jadi, inilah aku. Monolog aku. Detik hatiku.

Aku di sini. Menjadi penonton belakang. Kerana ada yang lebih diutamakan, InsyaAllah.
Pasangan Islam Perancis Cabar Larangan Purdah
LONDON 10 Jun – Sepasang suami isteri beragama Islam yang tinggal di Britain mengemukan cabaran di Mahkamah Hak Asasi Eropah terhadap pengharaman pemakaian penutup muka (purdah) di Perancis, kata peguam pasangan itu hari ini.
Pasangan tersebut yang merupakan rakyat Perancis mengemukakan permohonan itu di mahkamah Strasbourg untuk mencabar kerajaan Perancis yang menguatkuasakan pengharaman pemakaian purdah, dengan pasangan itu menyifatkan pengharaman itu sebagai ‘tidak perlu, tidak adil dan menyalahi undang-undang’. Mereka mendakwa pengharaman itu menyekat hak mereka untuk bergerak bebas di Eropah, petik kenyataan yang dikemukan kepada pihak mahkamah. Isteri tersebut menuntut ganti rugi sebanyak AS$16,400 (RM50,000) kerana dituduh melanggar hak asasi manusia. Pasangan tersebut kini tinggal di England bersama dua anak mereka. - AFP
Sumber : Utusan Online, 10/06/2011
Kebebasan dan Hak Asasi – Mitos Peradaban Barat
Inilah salah satu daripada bukti hipokrasi dan double-standard Barat! Kononnya mereka menggelar diri mereka pejuang kebebasan dan hak asasi, namun ini cumalah dalam acuan mereka. Mana tidaknya, sekiranya umat Islam hendak “bebas” melaksanakan tuntutan Islam, pelbagai halangan diletakkan. Padahal dalam masa yang sama mereka membenarkan kewujudan parti-parti seks serta pantai bebas berbogel di Perancis atas alasan kebebasan peribadi. Sudah acap kali kita mendengar tekanan yang dihadapi oleh umat Islam di negara kuffar Barat, namun setiap kali itu jugalah kita melihat sikap tidak peduli dan membisu serta kaku pemimpin umat Islam dari mempertahankan kehormatan umat Islam. Kes-kes seperti penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, perlecehan terhadap masjid, mencabar syariah Islam dan sebagainya akan berlalu begitu sahaja tanpa ada pembelaan dan penyelesaian yang tuntas daripada para penguasa umat Islam.

12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali
Artikel ini diambil dari seorang sahabat alam maya yang telah dikongsikan di Facebook^_^.
Persahabatan hingga akhir ^_^
Ingatlah bila saat terakhir Anda berada dalam kesulitan atau kesusahan.
Siapakah yang berada di samping Anda?
Siapakah yang mengasihi Anda ketika Anda merasa tidak dicintai?
Siapakah yang tetap bersama Anda, bahkan ketika Anda tak mampu memberikan apa-apa?
Itulah SAHABAT Anda.
Bagaimanakah kita boleh mengukur persahabatan sejati itu?
Mari kita lihat 12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali di bawah ini:
- Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;
- Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;
- Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;
- Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;
- Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;
- Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya;
- Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;
- Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;
- Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu;
- Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;
- Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.
Ingatlah saat terakhir Anda berada dalam kesulitan atau kesusahan.
Siapakah yang berada di samping Anda?
Siapakah yang mengasihi Anda ketika Anda merasa tidak dicintai?
Siapakah yang tetap bersama Anda, bahkan ketika Anda tak bisa memberikan apa-apa?
Itulah SAHABAT Anda.
Apakah kita telah memiliki sahabat sejati seperti itu?
Bukankah lebih baik jika kita introspeksi diri dulu, apakah diri kita sudah layak disebut sebagai sahabat sejati?
Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita.
Dalam masa kesulitan, kita mengenal siapa sahabat kita.

[Tutorial] Sticky Entry
Assalamualaikum semua,
Ramai yang sudah tahu membuat sticky post atau bahasa mudahnya entri melekat, Alhamdulillah. Tetapi ada juga sesetengah blogger yang kurang tahu tentang ini. Jadi, saya ingin kongsikan sedikit tutorial membuat sticky post bagi teman-teman blogger yang kurang tahu. Saya cuba buat step by step bagi memudahkan anda faham. Semoga ia membantu anda dan belog anda serta entri anda. :D Selamat mencuba.
Terima kasih kepada yang telah membuat tutorial ini, sumber [soffyacikbulan].

step 1: Kita pilih publish post macam biasa.
step 2: bila dah publish, kita pilih edit posts.
step 3: pilih Post Option.
step 4: lihat dekat Post date and time, dah ada Automatic tick kan?
step 5: pilih butang 'sheduled at'.
step 6: setkan tarikh dan masa bila last ia nak melekat/jadi stikcky post. Contoh: 6/28/11, jam 3:24 AM.
step 7: siap, boleh publishkan!
Terima kasih kepada yang telah membuat tutorial ini, sumber [soffyacikbulan].
Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 Dil Luar Jangkaan!
Kenyataan rasmi HTM boleh dibaca di artikel ‘Konferens Kebangkitan Khilafah 2011’ Dapat Sambutan Luar Jangkaan, di laman web rasmi HTM.
Enrti asal : Konferens Kebangkitan Khilafah Mendapat Sambutan Hangat dan Luar Biasa!
Alhamdulillah Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 yang diiklankan sebelum ini berjaya dijalankan dengan izin Allah SWT. Tetapi, apa yang perlu diketahui, konferens yang sepatutnya dijalankan di Dewan Bakawali, Puri Pujangga, UKM terpaksa ditukar ke Dewan Abu Zarim, Uniten kerana diganggu oleh tangan-tangan jahat seperti pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis. Pihak UKM juga menunjukkan sikap tidak profesional kerana membatalkan tempahan pihak Hizbut Tahrir dan Khilafah Centre di saat-saat akhir.
Golongan berpemikiran sekular tersebut begitu takut dengan kebangkitan Khilafah sehingga sanggup bersekongkol dengan sistem kufur kerana tidak rela melihat Islam didaulatkan. Semoga Allah membalas perbuatan mereka dengan balasan yang setimpal.
Alhamdulillah konferens dihadiri lebih kurang 800 orang sehingga menyebabkan dewan penuh dan sesak. Ini menunjukkan ummat sudah mula sedar tentang kepentingan dan kewajipan menegakkan Daulah Khilafah. Apa yang lebih menarik, rombongan-rombongan dari Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sarawak dan lain-lain turut menggamatkan dewan dengan laungan-laungan takbir dan kalimat syahadah.
Konferens juga dirakam dan boleh ditonton secara live straming melalu laman web mykhilafah.com. Konferens tamat lebih kurang pada jam 2 petang.
Berikut merupakan sedikit gambar yang menarik untuk dikongsikan bersama...

Sesungguhnya Ya Allah!! Kau mendengar suara hatiku.. Hujan pagi semalam iadalah rahmatMu & hujan ketika tamatnya Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 semalam juga adalah rahmatMu..
Subscribe to:
Posts (Atom)