Akhirnya, saya mengalah. Saya telefon empunya diri. Arahan yang diberikan jelas tapi tidak juga saya temui. Maka, saya kembali ke tempat asal saya jejakkan kaki ke bangunan itu. Saya amati betul-betul dan berfikir dengan tenang arahan yang diberikan melalui telefon dan juga sms. Hanya beberapa langkah sahaja kerana saya semakin hampir. Saya sudah temui papan tanda berwarna kuning yang menunjukkan itulah kedai buku tersebut. Alhamdulillah. ^_^
Habis sesi yang dijanjikan, saya dengan Kak L ke cafe berdekatan. Kak L belanja saya minum petang. Alhamdulillah. Kami berbual mesra untuk saling kenal mengenali. Perbualan beralih kepada skop perniagaan. Kak L bercerita bagaimana dia boleh terjebak dengan dunia perniagaannya sekarang ini. Itupun baru sahaja sebab sebelum ini suaminya sahaja yang menguruskan kedai buku tersebut.
"Anak-anak dah lepas susu badan, bolehlah akak tolong-tolong suami," katanya lembut sambil bibir tak lekang dengan senyuman.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu." (Surah An-Nisa’:29)
"Dulu, semua orang yang datang kedai akak cakap pekerja akak tak peramah,sombonglah. Sekarang lepas akan bagi trainning, semua cakap ramah betul pekerja akak," ujarnya lembut sambil tergelak kecil. Saya hanya mampu mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Kak L.
"Akak ni memang tak suka kerja makan gaji, akak suka kerja sendiri. Waktu kecil-kecil dulu akak selalu tolong emak akak."
"Meniaga kedai buku juga ke kak?" kataku sambil tersenyum.
"Takdelah, akak tolong emak akak jual nasi lemak kat tepi jalan je. Nak orang datang gerai kita, kena selalu senyum, tak boleh masam mencuka muka tuh," terangnya. "Selain itu, kita juga kena buat promosi. Berjalan dari satu kedai ke kedai lain."
"Betul tuh kak. Promosi memang perlu kan," saya menambah walaupun tidak pandai selok belok dalam perniagaan.
Telefon bimbit saya asyik berbunyi. Along dah lama menunggu saya di luar bangunan. Saya meminta diri untuk segera pulang. Sebelum pulang sempat Kak L tunjuk arah jalan highway yang dekat supaya tidak mengalami traffic jam. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)