Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 Dil Luar Jangkaan!

Kenyataan rasmi HTM boleh dibaca di artikel ‘Konferens Kebangkitan Khilafah 2011’ Dapat Sambutan Luar Jangkaan, di laman web rasmi HTM.

Enrti asal : Konferens Kebangkitan Khilafah Mendapat Sambutan Hangat dan Luar Biasa!


Alhamdulillah Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 yang diiklankan sebelum ini berjaya dijalankan dengan izin Allah SWT. Tetapi, apa yang perlu diketahui, konferens yang sepatutnya dijalankan di Dewan Bakawali, Puri Pujangga, UKM terpaksa ditukar ke Dewan Abu Zarim, Uniten kerana diganggu oleh tangan-tangan jahat seperti pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis. Pihak UKM juga menunjukkan sikap tidak profesional kerana membatalkan tempahan pihak Hizbut Tahrir dan Khilafah Centre di saat-saat akhir.

Golongan berpemikiran sekular tersebut begitu takut dengan kebangkitan Khilafah sehingga sanggup bersekongkol dengan sistem kufur kerana tidak rela melihat Islam didaulatkan. Semoga Allah membalas perbuatan mereka dengan balasan yang setimpal.

Alhamdulillah konferens dihadiri lebih kurang 800 orang sehingga menyebabkan dewan penuh dan sesak. Ini menunjukkan ummat sudah mula sedar tentang kepentingan dan kewajipan menegakkan Daulah Khilafah. Apa yang lebih menarik, rombongan-rombongan dari Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sarawak dan lain-lain turut menggamatkan dewan dengan laungan-laungan takbir dan kalimat syahadah.

Konferens juga dirakam dan boleh ditonton secara live straming melalu laman web mykhilafah.com. Konferens tamat lebih kurang pada jam 2 petang.

Berikut merupakan sedikit gambar yang menarik untuk dikongsikan bersama...














































Sesungguhnya Ya Allah!! Kau mendengar suara hatiku.. Hujan pagi semalam iadalah rahmatMu & hujan ketika tamatnya Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 semalam juga adalah rahmatMu..

2 comments:

  1. terima kasih krn sudi berkongsi di sini pulak

    tapi kita perlu ubah kenyataan kita. kenyataan rasmi dari mykhilafah.com menyatakan 'LEBIH KURANG 800 ORANG'. kita kurang 200 org. hehehe~

    ReplyDelete
  2. ok, telah dibetulkan..

    then, sila promosikan seminar Muslimah 10hb JUlai ye.. buat sticky post tau.. nanti akan buat tutorial..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat