Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Maidah : 3)
- Apakah anda tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana mereka tidak memiliki leher. Sesuai dengan anatomi alamiahnya.
- Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau hancing pada daging babi. Menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan kerana praeputium babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke daging.
- Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia melahap semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi demi memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya walaupun itu adalah kotorannya sendiri.
- Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia yang satu-satunya memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan.
- Penyakit-penyakit cacing pita merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang dapat terjadi kerana memakan daging babi. Cacing berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).
- Daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon. Peratusan penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah dan Amerika serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.
eeuuwww.... gulp2.. meremang bulu roma ni bce en3 ni.. tulah.. yg mencipta mestilah dh tau kan segala kekurangan dn kelebihan sesuatu yg dicipta. hurm.. jd, ade sebab knp Allah mengharamkan dn menghalalkan sesuatu tu. Dia yg Maha Mengetahui.. =) cuma tak berapa kenan dgn prkataan "negara-negara Islam". pttnye, "negara-negara yang majoriti berpenduduk Islam.." =)
ReplyDeletebetul tuh..
ReplyDeleteopss.. lupa pula nak edit supaya jadi, negara-negara umat Islam.. =)
syukran sebab menegur..