Fidyah bagi Yang 'Tidak Mampu'

Alhamdulillah.. Kepulanganku ke kampung minggu lepas menjernihkan lagi pemahamanku tentang hukum fikih. Walaupun aku bukanlah arif tentang ini tetapi aku cuba sampaikan apa yang telah aku dengar dan pelajari tempoh hari. Memandangkan sekarang ini kita berada dalam bulan Rejab, tidak sah sekiranya topik yang ingin diperbincangkan bukanlah tentang puasa.

Kalau ke mana-mana blog atau membaca artikel di laman-laman sesawang, pastinya isu tentang puasa yang dibangkitkan. Jadi apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah tentang puasa juga kerana ia sinonim dengan dengan bulan Rejab, Syaaban dan yang pastinya Ramadhan. InsyaAllah.

Saya difahamkan oleh nenek saudara saya tentang fidyah puasa. Orang dulu-dulu kalau mereka tidak berpuasa kerana bersalin atau menyusukan anak, mereka tidak menggantikan puasa mereka. Ini berikutan kurangnya kesedaran agama dalam kehidupan mereka. Bagaimana mereka ingin menggantikan puasa yang mereka tinggalkan sekiranya mereka telah tiada? Susahkan.

Ahli keluarga waris boleh tolong menggantikan puasa arwah dan membayarlan fidyah mengikut ukurannya. Mengapa mesti gantikan juga? Sebab kalau tidak berbuat demikian, kesian si arwah masih berhutang. Ia dikira berhutang. Jadi ahli keluarga waris haruslah berusaha untuk memastikan segala hutang si arwah terlangsai tidak kira hutang duit, hutang puasa dsb. Adapun bagi wanita yang tidak mampu berpuasa ketika mengandung atau ketika menyusukan anak, wajib fidyah dan juga puasa. Kerana tidak mampu berpuasa adalah ketika itu. Bukan sepanjang tahun kan. Anda boleh ke laman web ini untuk mengetahui taksiran fidyah yang perlu anda bayar. Harga ukurannya mungkin berubah mengikut nilai semasa.

Saya hadirkan 2 situasi untuk memudahkan pemahaman pembaca. Semoga dengan situasi ini, teman-teman akan lebih jelas lagi tentang hukum ini. InsyaAllah.


Situasi pertama.
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya mengenai puasa. Adakah puasa yang tidak diqadhakan dan dibawa ke tahun depan memerlukannya membayar fidyah? Terima kasih.

Jawapan.

Allah berfirman yang brmaksud: "Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin." (QS Al-Baqarah: 184).

Ada beberapa hal yang harus diperhatikan berkenaan dengan mengqadha' puasa dan pembayaran fidyah, sebab:

Jika belum mengqadha' sampai memasuki/menjelang Ramadhan berikutnya, hendaknya segera mengqadha' pada hari-hari yang tersisa (dari bulan Sya'ban) dan melanjutkan sisanya seusai Ramadhan.

Apabila penundaan qadha' kerana adanya 'uzur/halangan seperti sakit, haid, atau perjalanan yang berpanjangan sampai datang bulan puasa berikutnya, para ulama sepakat bahawa qadla' boleh dilakukan seusai Ramadhan berikutnya dan tidak diwajibkan membayar fidyah. Namun bila penundaan itu terjadi tanpa ada 'uzur maka diwajibkan membayar fidyah dan mengqadha'.

Fidyah dan Qadha' puasa dikenakan pada mereka yang melambatkan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan yang lain. Menurut Dr Mustafa al-Bugha (al-Fiqh al-Manhaji - 1/350 ) :-

"Jika di tidak melakukan puasa dan meringan2kan sehingga masuk Ramadhan yang lain, ini merupakan satu dosa, maka memerlukan dia membayar fidyah, iaitu memberi makan setiap hari yang ditinggalkan sebanyak satu mudd, kepada orang2 yang memerlukan yang tinggal dinegaranya, bersedekah keatas fuqara"

Dengan kata lain : Fidyah ialah memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras (atau apa2 makanan yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu) bagi satu hari yang ditinggalkan.

Jawapan 1: Fidyah dibayar terus kepada fakir miskin.
Jawapan 2: orang yang berhak menerima fidyah hanyalah golongan fakir dan miskin sahaja.
Jawapan 3: Anggaran fidyah menurut Dr Mustafa al-Bugha beliau adalah :

"Timbangannya (1 Mudd) : 1 1/3 pound Baghdadi, iaitu bersamaan lebih kurang 600 gram" Atau 1 Mudd adalah bersamaan 15 tahil (566.85gram).

Ia boleh dibayar dengan duit (sebagaimana pandangan Ibn Taimiyah, Dr Yusuf al-Qaradhawi), dan lebih afdhal menurut Mazhab Syafie diberikan beras.

Sekian, wallahualam.

Sumber : sini

Situasi kedua.
Assalamualaikum ustaz,
Jika wanita menyusu meninggalkan puasa, jika tidak berjaya mengganti sebelum ramadhan yang akan datang, perlukah dia bayar fidyah? Bagaimana jika berlanjutan (tidak berjaya ganti) pada tahun seterusnya, adakah fidyahnya bertambah 2 kali ganda? Perlukah puasanya diganti?

Jawapan:

Sesiapa yang wajib mengqadha’ puasa Ramadan, seluruh atau sebahagiannya, tetapi dia melambatkan qadha’ sehingga masuk bulan Ramadhan berikutnya; jika dia melambatkan qadha’ itu kerana keuzuran seperti sakit atau pemusafiran yang berterusan sepanjang tahun, maka dia tidak dikenakan apa-apa fidyah. Dia hanya wajib mengqadha’ sahaja.

Tetapi jika dia tidak mempunyai apa-apa keuzuran, maka tidak boleh baginya melambatkan qadha’ puasa tersebut menurut kesepakatan ulama, bahkan dia dikira berdosa kerana melambatkannya sehingga tiba Ramadan berikutnya.

Oleh itu, sesiapa yang tidak mengqadha’ puasa Ramadhan sehingga tiba Ramadhan berikutnya, dia adalah berdosa. Dia tetap wajib mengqadha’ puasa tersebut, di samping dia dikenakan membayar fidyah. Fidyah ialah mengeluarkan satu cupak makanan asasi bagi sesuatu negeri kepada fakir miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.

Jika pada tahun berikutnya juga dia masih tidak mengqadha’ puasa tersebut, maka dalam masalah ini terdapat dua pandangan. Pertama fidyah tersebut akan berganda berdasarkan bilangan tahun. Kedua, fidyah tersebut tidak berganda meskipun melangkaui tahun berikutnya.

Namun Dr Yusuf al-Qaradawi berpendapat fidyah adalah tidak wajib, bahkan hanya sunat sahaja, kerana hukumnya tidak sabit daripada hadis sahih yang disandarkan kepada Rasulullah SAW. Apa yang ada hanya athar (riwayat) daripada sekumpulan sahabat yang tidak boleh menjadi hujjah terhadap sesiapa. Oleh itu, beliau mengatakan mengeluarkan fidyah kerana terlepas daripada mengqadha’kan puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya hanyalah sunat sahaja, tidak wajib, sebagai langkah menampung kekurangan yang berlaku hasil daripada kecuaian melewatkan qadha’ puasa itu. Untuk mengatakan ia adalah wajib, memerlukan kepada dalil, tetapi di sini tidak ada dalil sedemikian. Wallahu a’lam.

Sumber : sini

Jangan lupa!!

KONFERENS KEBANGKITAN KHILAFAH 2011
“Meneladani Rasulullah Mendirikan Khilafah”
Pada 26 Jun 2011 (Rujuk poster entri di atas)

Kemasukan adalah percuma. 
Untuk maklumat lanjut, layari www.mykhilafah.com

Semua dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat