Sepetang di Taman Idaman

Ramai suka letak gambar kat blog. Saya suka juga tapi bukan gambar sayalah. Hanya gambar kanak-kanak di dalam lingkungan hidup saya sahaja.

Bagi saya, kanak-kanak memang suka taman terutamanya taman permainan. Contoh mudah. Kecil-kecil dah pandai sebut taman, "aman..aman..aman.." kalau berjalan melintasi taman permainan. Maksudnya, itulah kanak-kanak. Kalau kanak-kanak tak suka taman, kanak-kanak apa ya? :D


Tempat yang paling digemari di taman adalah buaian sama macam saya. Sebijik.


Tukar tempat buaian agar mereka lebih dekat dengan saya. Sebenanrnya, bukan saya yang suruh, tapi mereka yang nak. Kiranya, nak main di taman permainan perlukan satu pepatah, 'siapa cepat dia dapat.' Sama macam mereka. :P


Kalau dah main di taman, lagi-lagi buaian, mesti nak main lumba-lumba. Siapa lagi laju, dia terer atau siapa lambat berhenti, dia menang. Itulah kanak-kanak. Rugi siapa yang tidak menikmati zaman kanak-kanaknya. Kadang-kadang, ada yang mengeluh jaga kanak-kanak nih susah dan leceh. Kata sesetengah orang, "kita perlu ada kesabaran yang tinggi apabila hendak mengasuh anak walaupun anak buah." Itu saya tidak nafikan lebih-lebih lagi kanak-kanak lincah seperti mereka bertiga nih.


Apapun perangai mereka, kitalah juga sedikit sebanyak menyumbang terhadap tumbesaran mereka. Walaupun bukan secara langsung, tapi kitalah juga mencorak kehidupan mereka. Biar mereka menikmati kehidupan kanak-kanak dengan riang walaupun telah dimaklumkan bukan semua kanak-kanak mampu merasai kenikmatan itu seperti di Irak, Afghanistan dan di kebanyakan negeri kaum muslimin.


Bila kanak-kanak sudah pandai membaca, jangan lupa minta dia membaca walau di mana juga dan apa juga yang dia jumpa. Mungkin papan tanda atau plastik bungkusan makanan. Kita boleh asah minat membaca mereka secara tidak langsung.


Ini di hari yang lain. Santai-santai bersama adik-adik di taman. Aktiviti sampingan paling kerap adalah photoshoot biasa-biasa tapi bermakna. Bila tengok kembali gambar-gambar yang telah diambil, baru kita tahu, kanak-kanak ini membesar depan mata sahaja. Dari mereka bayi sehinggalah boleh berlari.


Taman juga menjadi tempat bermain tembak-tembak. Agaknya, memang kanak-kanak suka senapang atau pistol ye. Mungkin juga pengaruh cerita atau mereka sememangnya ingin menjadi seorang pejuang. Apapun yang disukai oleh mereka, kita perlu pantau dan asuh. Sekiranya ia sesuatu yang positif, maka perlu dirangsang. Sekiranya ia boleh membahayakan diri mereka, tegahlah dengan sabar dan lembut.


Kanak-kanak nih, kalau sudah bermain memang lupa nak balik rumah. Asyik sangat sebab gembira dapat menghirup udara segar dan nyaman yang telah Allah berikan kepada hambaNya secara percuma. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?" (TQS Ar-rahman). Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang tidak mampu kita hitung.


Start to cry. Nak ajak balik, tak nak balik. Itulah kanak-kanak. Hakikat mengasuh dan mendidik kanak-kanak tuh memang perlukan kesabaran.

4 comments:

  1. as salam..

    pakcik rindu zaman kanak2.huhu..kanak2 yang tak suka taman permainan, kanak-kanak ulat buku agaknya?

    mengasuh kanak2, dengan cara penekanan Islam, mudah. cuma, ujian-Nya, di mana2 kan.. =)

    pasal senapang dan pistol, biasanya pengaruh hero atau alat permainan. tapi elok juga biarkan kanak2 aktif dekat taman. meransang minda mereka untuk berfikir.

    tapi jangan sampai diabaikan waktu melatih mereka untuk menunaikan solat

    =)


    Blogger Ter-buta Dari Nama Pena Sendiri

    Berubat Dengan Minyak Wangi Ka'abah

    ReplyDelete
  2. Ooo.... ingatkan nagsuh anak sendiri tadi (^_^)

    Kebetulan malam ni ana pun teringat zaman kanak2... jadi budak kampung yang membesar dalam kebun getah, sawah dan kebun buah-buahan

    -Sabri Yaacob-

    ReplyDelete
  3. Подтверждаю,

    waalaikumussalam..
    mungkin kanak-kanak ulat buku. sebab my uncle one of them.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. SY,

    memang ngasuh anak sendiri.. anak sedara sendiri jugak anak sendiri.. hak pengasuhannya juga terletak di bahu ibu saudaranya.. :)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat