Monolog Aku. Detik Hatiku.

Aku kebuntuan idea. Ingin menulis tetapi tidak mahu seperti orang lain. Monolog mahu mencari identiti sendiri melalui penulisan yang tidak seberapa. Lalu, blog jarang-jarang ada entri baru apatah lagi yang panas-panas. Penyudahnya, hanya copy paste artikel atau perkongsian dari laman web yang dirasakan sesuai untuk disajikan sebagai syarat blog diupdate.

Bila difikirkan semula, aku mahu menulis tapi apa yang hendak aku sajikan kepada pembaca? Apa yang hendak aku sajikan kepada para pengunjung blog ini? Dengan rasa rendah diri, aku monolong di sini, mencurahkan rasa hati agar ada juga entri untuk hari ini. Biarpun aku rasa, ia bukan berguna manapun. Atau, memang tidak berguna.

Aku masih ingat. Hampir 3 tahun yang lalu semasa blog ini dibina. Aku yakin bahawa aku membinanya kerana ingin 'sharing' kata orang seberang. Lantas, segala tentang kehidupan peribadi bukan untuk aku ceritakan di sini, itu tujuan utamaku dulu. Bila termenung seketika dan melawat ke blog rakan-rakan, hati terdetik dengan pengikut ribuan serta pengkomen yang juga boleh mencecah puluhan malah ratusan. Aku iri hati.

"Aku perlu hasilkan cerita yang menarik." Itu detik hati. Bila klik post terbaru, hanya mampu memandang kotak post dengan pandangan yang kosong. Mana tidaknya, isu yang ingin dibangkitkan dan dikongsikan bersama pembaca tiada. Lalu, post kosong tersimpan lagi menjadi draft. -_-"

Esoknya, perkara sama yang terjadi. "Ini tak boleh jadi. Ambillah mana-mana artikel yang belum dipost." Ini kerana aku tahu, bukan semua orang membaca laman web yang ilmiah lagi bermanfaat terutamanya tentang agama. Menurut pengkajianku yang tidak seberapa ini, aku dapati ramai blogger menulis kisah harian mereka. Hanya segelintir sahaja yang menulis tentang fikih, isu-isu semasa, politik dan sebagainya. Adapun blogger yang suka menulis isu semasa, rata-ratanya pasti tentang hiburan. Bahasa mudahnya, artis. Itu aku pasti akan mendapat raking yang tertinggi. Tetapi, sungguh mustahil untuk aku menceritakan kisah artis di blog ini. Huhuhu. Bukan ranking itu yang aku cari-cari.

Pernah juga aku menulis entri biasa-biasa sahaja, tiada perkongsian bermanfaat di dalamnya. Tiada pengkomen. Yang ada hanyalah viewers. Namun, aku mendapat feedback secara langsung. Ada yang mengatakan blog aku dah tak macam dulu. Isinya biasa-biasa saja. Aku jadi hilang idea. "Apa yang perlu aku tulis? Ingin mencari follower, telah aku lakukan." Tapi ada lagi blogger yang dapat follower lagi ramai daripada aku. Iri hati? Terserah aku.

Aku berfikir panjang.

Siapa aku, blog aku, follower aku, penulisan aku, itulah aku. Identiti aku sendiri walaupun pengisian aku hanyalah copy paste. Namun, artikel yang dicopy paste tidak pernah aku mengaku aku punya sebab aku sertakan sumbernya sekali. Jadi, aku bukanlah pencinta kucing tiru. Maka, moto baruku ini aku terbitkan di sini. Biar apa yang berlaku. Biar follower tidaklah riban. Biar pengkomen tiada yang sudi. Biar isi copy paste. Aku tetap aku. Aku di sini. Kerna aku tahu, tidak semuanya seperti aku. Jadi, inilah aku. Monolog aku. Detik hatiku.

Aku di sini. Menjadi penonton belakang. Kerana ada yang lebih diutamakan, InsyaAllah.

7 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Saya hanyalah sekadar berbincang dan terpulanglah kpd mereka yang `lapang dada`. Kalau diikutkan, sejarah pejuangan Rasulullah saw, AlQuran menceritakan apakah yang perlu dilakukan apabila tiada daulah dan tiada kekuatan. Rasulullah saw pernah bersabda,` Ingat2lah sesungguhnya roda Islam sentiasa berpusing, maka hendaklah kamu beredar bersama2 dgn Islam dimana2ia telah berpusing (samada diatas atau dibawah). Ingat2lah sesungguhnya AlQuran dan Kekuasaan, kedua2nya akan berpisah, maka jangan sekali kamu berpisah dari AlQuran. Akan timbul nanti, pemerintah yang menghukum diri2 kamu dgn tidak mengikut apa yang dihukum oleh kamu....` Riwayat Abu Daud.
    Dlm keadaan tiada Daulah, Rasulullah saw hanya bersabar dan berdoa ketika sahabat2nya disiksa krn kebanyakan adalah hamba sahaya yang ada hubungan dgn hak milik.
    Pernah suatu ketika para sahabat r.anhum ingin mengadakan demonstrasi, maka turun Surah AnNisa:77 (lihat Asbabun Nuzul).
    Sistem skrg lebih buruk dari sistem Jahiliyyah, kita kena melicinkan pergerakan sbgmana berlakunya Nabi Yaakob a.s. dan Pemuda kahfi yang melicinkan pergerakan mrk. Kalau pernah melihat filem `enemy of the state` tentu tahu bagaimana kita telah dikepung dari setiap ruang, kekuatan dan berupaya memutar-belitkan kenyataan.
    Dipendekkan cerita, jangan kita buat perkara2 yang mendahului Allah SWT dan RasulNya ( Surah AlHujurat:1يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ Wallahualam

    ReplyDelete
  2. tajnur,

    Subhanallah!..

    Syukran atas peringatannya.. Apa lagi yg mampu saya katakan. Syukran..kerana setiasa mengingatkan dan tidak jemu2 memberi nasihat..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    AlHamdulillah! Syukran jazilan. Sebenarnya, bkn saya tidak tahu siapa yang mula2 menubuhkan HT didunia ini. Kebanyakan mrk sudah tidak ada dlm gerakan tersebut krn tahu kesan bahayanya. Dan bukannya saya tidak tahu siapa dibelakang HTM tapi ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa jgn sampai kita buat sesuatu bermati2an krn menyangka salah satu uslub mendapatkan Daulah tetapi rupa2nya kita tidak mengikut sunah Rasulullah saw. Mrk boleh buat apa saja perkara yg kita tidak pernah terfikir akan kekejamnnya. Mgkin ada yang tidak senang mendengarkannya ttp dari Huzaifah pernah Rasulullah saw bersabda,`Tidak sepatutnya seseorg mukmin itu menghinakan dirinya dan mrk (sahabat2) bertanya,`Bagaimanakah seseorang itu dikatakan menghinakan dirinya? Rasulullah berkata,`Ia merempuh bala` yg tidak sanggup ia menghadapinya` riwayat Ibnu majah Juz 2 m/s488.
    Bukannya Allah SWT tidak tahu keadaan umat Islam sekarang dan bukannya Allah SWT tidak mengaturkan apa yang perlu dibuat dlm keadaan skrg. Sistem dan kekuasaan, bila2 masa Allah SWT boleh beri sebagaimana berlakunya peralihan kuasa dari kerajaan Fir`aun yg terlalu kejam kpd Bani Israel tanpa perlu mengorbankan seseorang malah dpt mewarisi segala kemewahan Firaun! Istiqomah perjuangan kita adalah lebih kepada mentadabbur AlQuran serta membina sistem kesabaran! Bkn senang nak menahan sabar bila tiada Daulah, tetapi berkat kesabaran itulah para Sahabat r.anhum berjaya mengekalkan perjuangan sehingga tidak ada fitnah dibumi Allah SWT. Wallahualam

    ReplyDelete
  4. teruskan menulis kerana masing2 punya kelebihan yang tersendiri =)

    ReplyDelete
  5. bila mencoret kadangkala bukan datang dari idea... tapi datang dari gerak hati kita.. =)

    ReplyDelete
  6. betol... sedih tgk blog2 agama. dipandang sepi saja. nak komen pun tak lalu.

    cuba kalau blog lawak, artis, cerita2 ghairah, laju je org komen kan?

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat