Ramai yang ingin memiliki rambut lurus seperti iklan Shampu Rejoice di atas. Cantikkan berambut lurus. Tapi benar ke? Bagaimana pula dengan wanita yang berambut kerinting atau ikal mayang? Saya rasa, rata-rata wanita yang berambut kerinting ingin memiliki rambut lurus. Lantas mereka ke salon-salon rambut untuk mendapat rawatan rebonding. Persoalannya di sini, proses rebonding ini boleh ke tidak ye kita melakukannya?
Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094). Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya. Rebonding juga termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya perlu diperincikan.
Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri .
Rebonding adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut si pemiliknya agar rambut jatuh lebih lurus dan lebih indah. Proses rebonding mempunyai dua peringkat iaitu:
Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan protein rambut. Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat pelurus rambut bersuhu tinggi. Kedua, rambut disapukan dengan krim tahap kedua untuk mengekalkan kelurusan rambut.
Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut. Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida. Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan bentuk rambut kita. Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu. Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut bertujuan untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut yang kerinting menjadi lurus.
Proses rebonding menghasilkan perubahan yang kekal pada rambut. Namun rambut baru yang tumbuh dari akar rambut akan tetap mempunyai bentuk rambut yang asli. Jadi, rebonding bukan pelurusan rambut biasa yang hanya menggunakan rawatan fizikal , tetapi juga menggunakan rawatan kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal. Inilah fakta (manath) rebonding.
Menurut kajian kami, melakukan proses rebonding hukumnya adalah haram kerana dua sebab iaitu mengubah ciptaan Allah dan menipu. Hukum rebonding adalah haram kerana ia termasuk dalam proses mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) yang telah diharamkan oleh nash-nash syara’. Dalil keharamannya adalah keumuman firman Allah yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya" [TMQ an-Nisaa` (4): 119].
Ayat ini menunjukkan haramnya mengubah ciptaan Allah, kerana syaitan tidak menyuruh manusia kecuali kepada perbuatan dosa.
Mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) didefinisikan sebagai proses mengubah sifat sesuatu sehingga seakan-akan ia menjadi sesuatu yang lain (tahawwul al-syai` ‘an shifatihi hatta yakuna ka`annahu syaiun akhar), atau bermakna menghilangkan sesuatuyang asal itu sendiri (al-izalah) [Hani bin Abdullah al-Jubair, Al-Dhawabit al-Syar’iyah li al-‘Amaliyat al-Tajmiliyyah, halaman 9].
Dari definisi tersebut, dapat kita ketahui bahawa rebonding termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah ( taghyir khalqillah), kerana rebonding telah mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal sehingga mengubah sifat atau bentuk rambut asli menjadi sifat atau bentuk rambut yang lain. Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram.
Selain dalil di atas, keharaman rebonding juga didasarkan pada dalil Qiyas. Dalam hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA, baginda bersabda: “Allah melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut bulu kening dan yang minta dicabutkan bulu keningnya, serta wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan, mereka telah mengubah ciptaan Allah“. [HR Bukhari].
Hadis ini telah mengharamkan beberapa perbuatan yang disebut di dalam nash, iaitu mentatu, minta ditatu, mencabut atau minta dicabutkan bulu kening, dan merenggangkan gigi. Keharaman perbuatan perbuatan itu sesungguhnya didasarkan pada suatu illat (alasan penetapan hukum), iaitu untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah (thalabul husni bi taghyir khalqillah). [Walid bin Rasyid Sa’idan, Al-Ifadah al-Syar’iyyah fi Ba’dh al-Masa`il al-Thibbiyyah, halaman 62]. Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram, kerana dapat diqiyaskan dengan perbuatan-perbuatan haram tersebut, apabila ada kesamaan illat, untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah.
Sebahagian ulama telah menyimpulkan adanya illat dalam hadis tersebut, sehingga mereka mengambil kesimpulan umum dengan jalan Qiyas, iaitu mengharamkan segala perbuatan yang memenuhi dua unsur illat hukum, iaitu mengubah ciptaan Allah dan untuk tujuan kecantikan. Abu Ja’far Ath-Thabari berkata,”Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita tidak boleh mengubah sesuatu dari apa saja yang Allah telah menciptakannya atas sifat pada sesuatu itu dengan menambah atau mengurangi, untuk tujuan kecantikan, baik untuk suami mahupun untuk selain suami.” [Imam Syaukani, Nailul Authar, 10/156; Ibnu Hajar, Fathul Bari, 17/41; Tuhfatul Ahwadzi, 7/91].
Hukum rebonding adalah haram kerana ia juga termasuk dalam penipuan. Muawiyah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan." [Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.] Oleh kerana proses rebonding mengubah bentuk rambut daripada satu bentuk menjadi bentuk yang berbeza daripada bentuk asal, maka ia dianggap sebagai penipuan.
Adapun meluruskan atau mengerintingkan rambut tanpa rawatan kimia yang mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya, hukumnya boleh. Sama juga hukumnya dengan perubahan yang bersifat sementara seperti dengan bersikat, menggunakan gel dan mendandan rambut. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." [Hr Abu Daud - hasan sahih] Ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah, tapi termasuk tazayyun (berhias) yang dibolehkan bahkan dianjurkan syara’, dengan syarat tidak boleh dipamerkan kepada yang bukan mahram. Wallahu a’lam.
Sumber: Konsultasi Islam
ramai yg tahu rebonding ni haram...tp masih juga nak buat...tp kan kwn2 saya yg rebonding last2nye lg teruk rambut jadinya!
ReplyDeletesebenarnya, akak tak tahu pun hukumnya ada 2.. sekarang baru akak tahu dan kongsikan di sini..
ReplyDeleteia menjadi haram bila kita guna chemical sebab ia mengubah struktur asal rambut..
kalau kita cuma guna lain2 cara tanpa bahan kimia yg boleh mngubah struktur rambut, hukumnya boleh terutamanya untuk suami.. InsyaAllah..
adakah rebonding benar2 mengubah rambut secara kekal? apa yg saya tahulah, selepas bbrp ketika, rambut akan kembali seperti sedia kala.
ReplyDeletemcm mana pula dgn pakai pendakap gigi? adakah ia juga haram kerana taghyir khalqillah?
seperti yang telah dimaklumkan di atas, rebonding yang menggunakan bahan kimia sahaja yg mengubah rambut secara kekal. pelurusan rambut tanpa bahan kimia, dibolehkan kerana ia bersifat sementara..
ReplyDeleteberkenaan dengan pendakap gigi, ia direka bertujuan utk membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi. di mana ia membetulkan kembali fungsi gigi.. apa yg saya faham buat masa ini, hukumnya dibolehkan, tidak haram sebab ia tidak termasuk mengubah ciptaan Allah..
saudara boleh baca lanjut di sini, http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/13/hukum-memakai-pendakap-gigi-braces/..
sekiranya ada perubahan fikih, insyaAllah akan dikongsikan..
rasanya adik saya pernah buat rebonding. tp rambut kembali mcm asal je... x secantik mcm rebonding la lepas tu
ReplyDeletetp x pasti la tu rebonding ke apa... huhu~
ok, takpe.. itu awak boleh pertanyakan kpd adik awak.. adakah di buat rebonding.. kalau dia buat rebonding, dia guna apa.. kalau dia tak buat rebonding, dia mesti guna Rejoice je.. :P
ReplyDeleteeven kalo guna bhn chemical pn rambut xkan kekal pn lurus sbb rambut sntiasa tmbuh.. sy xrasa kalau buat rebonding 2 adlh sesuatu yg kekal.. huhu..
ReplyDeleteMaaf, rebonding bukan kekal. rambut akan kembali kepada asal. itu yang saya tahu. mungkin ini rebonding jenis lain?
ReplyDelete