Hari Ini Terlakar Sebuah Sejarah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari Sabtu (23hb Mei 2009) baru-baru ini, saya telah berpeluang menghadiri sebuah seminar anjuran ASASI di salah sebuah universiti tempatan.. Seminar tersebut adalah seminar berkaitan ekonomi alternatif.. Saya kira mereka mengadakan seminar ini memandangkan krisis ekonomi global yang melanda dunia pada penghujung tahun lalu.. Saya ke sana bersama keluarga saya.. Kalau diikutkan tentatif yang dibekalkan, seminar bermula seawal jam 9 pagi tetapi kerana kelewatan maklumat yang diterima, kebanyakan peserta tiba jam 9 pagi. Maka seminar bermula lebih kurang 9.25 pagi..

Seminar tersebut disampaikan oleh pemikir-pemikir yang bukan calang-calang orangnya.. Kelima-limanya mempunyai aliran pemikiran yang berbeza antara satu sama lain.. (Itu saya lihat berdasarkan jawatan yang telah dinyatakan di dalam tentatif)..

Memandangkan saya akan menghadiri kenduri kahwin kawan abah saya, maka kami hanya sempat mendengar pembentangan pertama sahaja.. Yang selebihnya, saya akan 'link' kan ke blog sahabat saya yang telah mengulas lanjut berkenaan seminar tersebut.. Ini kerana dia hanya tidak sempat menghadiri slot yang pertama sahaja.. Kami saling melengkapi.. Hee..

Perlu dimaklumkan di sini bahawa saya bukanlah seseorang yang berlatarbelakangkan aliran ekonomi memandangkan saya berlatarbelakangkan aliran kesihatan. Saya juga tidak pernah mendengar istilah-istilah berkaitan ekonomi yang digunapakai sekarang ini sebelum ini.. Sehinggalah saya dikenalkan dan dimesrakan dengan perbincangan-perbincangan dan bahan bacaan ilmiah berkaitan sistem ekonomi Islam.. (maaf ye kepada sahabat saya kerana mengambil ayat-ayat dari blog nya tetapi telah diubah sedikit).

Slot pertama telah disampaikan oleh ahli Hizbut Tahrir Malaysia dengan tajuk 'Bagaimana Menyelesaikan Krisis Ekonomi Dunia'. Beliau telah menghadiri seminar ekonomi dunia di Khartum, Sudan pada Januari lepas anjuran Hizbut Tahrir.. Seminar tersebut telah mendedahkan kepincangan-kepincangan sistem yang ada di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia umumnya.. Di dalam seminar itu juga telah dibincangkan beberapa alternatif dalam sistem ekonomi di mana ada dua pemikiran iaitu membincangkan bagaimana untuk kita membaik pulih dan pemikiran yang kedua; membincangkan bagaimana untuk kita melakukan perubahan/penstrukturan semula sistem ekonomi yang ada sebagai ekonomi alternatif.

Panel dari HTM membincangkan tentang sistem ekonomi dari aspek latar belakang, sistem ekonomi yang ada pada hari ini dan sistem ekonomi alternatif iaitu sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi kapitalis yang berteraskan kepada riba dan diterajui oleh negara-negara barat seperti Britain,Perancis, Amerika serta sekutu-sekutu mereka telah menguasai ekonomi dunia dan ia nya dilaksanakan di sebahagian dari negara-negara kaum Muslimin. Di samping itu, sistem ekonomi sosialis yang diterajui oleh Soviet Union juga berusaha meluaskan pengaruhnya dan ia juga telah berjaya memaksakan sebahagian dari negara-negara kaum Muslimin bagi melaksanakan sistem tersebut. Sejak keruntuhan keruntuhan Soviet Union dan ideologi sosialis nya pada tahun1990, sistem ekonomi kapitalis kini sedang mendominasi ekonomi dunia dengan angkuhnya.

Permasalahan ekonomi dilatarbelakangkan oleh tiga sistem ekonomi iaitu kapitalis, sosialis dan Islam. Tetapi bagi yang mempelajari ekonomi dan juga yang mengajar ekonomi, apabila Malaysia membincangkan permasalahan ekonomi maka tiga sistem yang diamalkan adalah kapitalis, sosialis dan ekonomi campuran di mana campuran kapitalis dan sosialis..

Kapitalis ada dua iaitu Big Government (kerajaan memainkan peranan yang tersangat penting di dalam aspek ekonomi di dalam kapitalis). Contohnya di dalam sektor kesihatan yang berlaku di UK, di mana perkhidmatan kesihatan diberikan dengan amat baik. Manakala Small Government (peranan kerajaan yang kurang penting).

Di sini saya sertakan video yang berkaitan bagaimana kapitalism telah menjahanamkan rakyat mereka dalam sektor kesihatan. Kesihatan rakyat mereka tidak dijaga. Video ini adalah terbitan The Weinstein Company yang berjudul 'SiCKO' yang dikeluarkan oleh Michael More. Dia juga telah mengeluarkan filem yang berjudul September 11.



Sistem sosialis pula mempunyai beberapa aliran utama iaitu
  1. sistem sosialis komunis di mana semua barang adalah milik negara,
  2. sosialis pertanian - di mana individu-individu tidak boleh memiliki bahan-bahan faktor pengeluaran pertanian dan
  3. sistem sosialis kapitalis - dilaksanakan di negeri umat Islam yang didakwa dilaksanakan di Mesir. Negara memilih sektor-sektor tertentu untuk diswastakan dan ini lebih dekat dengan negara kita, Malaysia. Negara mengawal semua pemilikan faktor-faktor pengeluaran yang mana faktor-faktor pengeluaran tidak boleh dimiliki individu. Contohnya, sekiranya kita memiliki sebuah rumah untuk didiami, itu tidak menajdi masalah. Tetapi sekiranya kita mempunyai rumah untuk disewa, itu tidak boleh. Jadi kita tidak boleh memiliki barang-barang yang akan menghasilkan sumber modal.
  4. sosialis negara - negara akan menetukan sektor manakah atau barangan manakah yang akan dijadikan milik awam. Contohnya : Malaysia, Lembaga Letrik Negara (LLN) ditukarkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dalam masalah pemilikan, komunis menetapkan bahawa kita langsung tidak boleh memiliki barangan, begitu juga debgan aliran pemikiran sosialis yang lain. Tetapi di dalam Islam, ia membenarkan individu memiliki barang-barang ekonomi individu. Islam juga memberikan pemilikan umum kepada rakyatnya.

Kerana masa yang agak tidak mengizinkan, maka panel yang pertama terpaksa meringkaskan solusi kepada krisis ekonomi dunia. Namun, bagi saya solusinya itulah merupakan isi yang vital kepada para peserta bahawa hanya sistem ekonomi Islam yang mampu menyelamatkan krisis ekonomi yang melanda dunia tahun lepas.

Untuk slot-slot yang seterusnya, anda boleh membaca ulasan dan juga pengalaman sahabat saya ketika menghadirinya. Sila klik di sini. Semoga bermanfaat dan membuka minda kita semua.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat