Influenza A (H1N1) : Hanya Untuk Memasarkan UBAT

Sungguh saya sangat shock (terkejut) ketika mendengar pada hari Khamis, tanggal 14 Mei 2009 pernyataan dari seorang ilmuwan Australia, Adrian Ghebs bahawa munculnya virus flu burung itu adalah disebabkan oleh kesalahan laboratorium. Dan saya pun meyakini kebenaran dari apa yang saya dengar, sebab sebelumnya saya telah mendengar dan melihat kenyataan tentang kerakusan perusahaan-perusahaan farmasi kapitalis di dunia Barat.

Usaha-usaha jahat seperti ini tidak mampu dilakukan oleh binatang buas sekalipun meski ia hidup di tengah hutan belantara tanpa aturan dan tanpa kemanusiaan. Sementara perusahaan-perusahaan farmasi dengan mudah tanpa merasa bersalah menyebarkan penyakit flu babi hanya untuk menjual ubat-ubatan agar dapat meraih keuntungan besar dalam krisis ekonomi global…. Allahu Akbar (Allah Maha Besar)…. Allahu Akbar (Allah Maha Besar)!

Tetapi mengapa saya harus terkejut? Dan untuk apa saya harus merasa pelik dengan semua kenyataan ini? Bukankah perusahaan-perusahaan farmasi Amerika telah menyebarkan penyakit AIDS di Afrika Selatan dengan cara menyuntikkan penyakit dahsyat dan mematikan ini kepada masyarakat miskin? Sehingga jumlah orang yang menderita penyakit mematikan ini di Negara Afrika Selatan mencapai 70% dari kes AIDS di seluruh dunia.

Untuk itu, saya meminta kepada mereka untuk menyangkal apa yang saya ketahui dengan menjawab …. untuk apa kalian membinasakan manusia, dan bahkan menjadikan manusia lain hanya sebagai bahan ujian di laboratorium penelitian?

Namun, saya yang akan menjawab tentang kenyataan yang kalian lakukan…. iaitu hanya untuk memasarkan ubat-ubatan kimia syaitan yang kalian hasilkan!!! Dan hanya untuk meraih keuntungan besar dengan mengorbankan darah manusia lain!!!

Kemudian, mereka sengaja membuat situasi panik, kacau dan gelap, sehingga mereka merasa sangat perlu dengan Amerika, Inggeris, Kapitalisme, Demokrasi, dan Kebebasan…. Wahai pak cikku, lepaskan kami dan orang tua kami…. Kami tidak ingin hidup di tengah-tengah hutan belantara kalian; kami tidak mahu hidup bersama kalian…. Kami tidak ingin berhukum dengan hukum rimba yang kalian buat ini…. Itukah sistem yang kalian serukan kepada kami, bahkan kalian harus membunuh kami agar kami mahu hidup di bawahnya?!

Benar! Bahkan seribu kali saya katakan benar! Bahawa hanya dengan Islam dan di bawah sistem Islam keamanan, ketenangan, dan ketenteraman hidup akan dapat dirasakan. Di mana semua ini sekarang hanya sekadar impian yang mustahil diwujudkan dengan sistem Kapitalisme dan topeng pembungkusnya yang sejak awal memang telah mendorong penganutnya untuk mengorbankan manusia demi mewujudkan cita-cita dirinya.

Sementara dengan Islam, Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (TQS. Al-Anbiya’ [21] : 107). Mahabenar Allah dengan segala firman-Nya.

Oleh: Wadhah al-Faqir - Jordan

Sumber : HTIndonesia

4 comments:

  1. salam shira~
    terkejut betul saya bila tau macam ni.. jadi teringat dengan assignment agama Islam yang saya kena buat.. tentang peranan pharmasist dalam menangani masalah umat.. saya ada sentuh pasal penggunaan melanine dalam susu seperti yang berlaku di China..
    urmm~ ni lah masalahnya bila suatu pihak diberi kuasa.. nafsu merajai jiwa.. akal dah tak tahu letak kat mana... semata-mata nak kejar keseronokan dunia.. Nauzubillah~

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Bergitu la busuknya ideologi kapitalisme...mereka sentiasa mencipta masalah (dalam kes ini membahayakan nyawa manusia)...kemudian memberi penyelesaian terhadap masalah itu...dan semestinya ianya tidak PERCUMA!

    Merekalah juga yang mencipta virus aplikasi komputer dan mencipta aplikasi anti-virus...dan mengaut jutaan dolar melaluinya. :(

    Wasalam.

    ReplyDelete
  3. wslm una~~

    iya, memang terkejut jugak..tp as a muslim yang beriman kepada Allah dan juga Hari Akhir, kita perlu melihat bahawa segala isu2 yang diutarakan terutamnya isu kesihatan, mestilah ada sesuatu yang tersirat.. We can't accept something like that..

    Lebih2 lagi we both will become pharmacists.. InsyaAllah, ameen..

    Mungkin benar apa yg una katakan..tetapi isu kesihatan terutamanya farmasi yang melanda umat sekarang adalah kerana berlakunya penjajahan di bidang kesihatan..

    Mereka (Barat) mencipta influenza A (H1N1) dan mereka jugalah yang menjual vaksinnya.. Untuk mengubati influenza tersebut, kita perlu treat dengan vaksin kan.. Dan vaksin itu bukan calang2 harganya.. Bagi yang tidak mampu, adakah mereka boleh sembuh dan menyelamatkan nyawa??

    Kita harus menyembuhkan segala penyakit yang membebani umat dan masyarakat dgn menghilangkan sumber penyakitnya iaitu dengan menghentikan penjajahan kapitalisme global.. (minta maaf ya una kalau kurang faham..jika perlukan penjelasan lanjut, minta una add ym shira ya, tq)..

    Jadi bagaimana??

    Allah SWT mewajibkan kita mewujudkan sistem kehidupan ini agar manusia terbebas dari segala bentuk penjajahan, yang menjadi sumber beban penyakit yang dideritai masyarakat.. Allah SWT berfirman: Tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi alam semesta." (TQS al-Anbiya' [21]:107)

    Wallahua'lam..Moga dgn ini telah merespon komen una..

    p/s: maaf, lambat membalas..

    ReplyDelete
  4. wslm, fikru1mustanir,

    iya, memang ideologi kapitalisme busuk dan ia harus dilenyapkan dengan segera agar Islam kembali dimuliakan..

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat