Pelita Itu Adalah Mereka

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Melayari internet dan 'blogwalking' ke blog teman-teman telah menimbulkan tanda tanya di fikiran saya beberapa hari ini.. Mengapa ramai yang mengucapkan 'Selamat Hari Guru'??.. Saya juga menghitung hari sehingga tanggal 16 Mei.. Tapi saya lupa untuk apa.. Kelakarkan.. Hehe.. Sehinggalah pagi tadi apabila saya melihat cenderahati yang ingin saya beli daripada umi, juga merupakan seorang guru kafa, di atas meja laptop saya. Baru saya teringat bahawa hari ini adalah hari guru..

Kepada guru-guru di Malaysia dan seluruh dunia, terutamanya kepada guru-guru yang pernah mengajar saya dari sekolah tadika sehinggalah saya berada di menara gading - Tadika PASTI, Tanah Merah (1994), Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh (1995), Sekolah Kebangsaan LKTP Adela, Kota Tinggi
(1996), Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya, Puchong (1997), Sekolah Kebagsaan Bukit Kuchai (1997-1998), Sekolah Kebangsaan Sri Suria 2, Tanah Merah (1998-2000), Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2 (2001), Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning (2002), Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4, Bandar Kinrara (2002-2005), Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak (2006/2007) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (2007-sekarang). - rakan-rakan yang bakal menjadi pendidik terutamanya kak Ain, Dayah (KMPk), Aini (KMPk), makda dan juga umi saya yang tercinta.. Selamat Hari Guru buat kalian.. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kalian..

Cikgu,
Kata mereka kau ibarat pelita
tapi bagiku kau lebih dari itu
pelita akan padam bila minyaknya tiada
tapi kau adalah permata kalbu
bercahaya tanpa kehabisan minyak dan sumbu
selama kau masih bergelar GURU.

From:Fikrul Mustanir

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka, ilmu takkan menjadi seperti hari ini. Siapa yang mengajar kita baik, buruk dan sebagainya memainkan peranan untuk membentuk siapakah kita dan apakah kita akan jadi. Pilihan untuk belajar bergantung kepada kita. Jadi memilih yang terbaik adalah penting.

Telah direkodkan bahawa guru kita yang paling pertama dan utama bagi seluruh alam semester adalah Allah SWT yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran Karim.. Dia telah mengajarkan manusia pertama iaitu Nabi Adam Alaihis Salam, semua yang patut Nabi Adam tahu di dalam syurga tertinggi, Jannatul Firdaus.

Allah SWT membuktikan pernyataanNya :

"Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (TQS Al-Baqarah [2]:31-32)

Perkara ini berlaku sebelum kewujudan manusia lagi. Jadi, tiada sesiapa yang boleh menyangkal atau membangkang kenyataan ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani ( Bukhari dan Muslim ) dan lainnya, daripada Aishah yang mengatakan :

“Sesungguhnya apa yang mula-mula berlaku terhadap Rasulullah SWA adalah mimpi yang benar di waktu tidur. Dia melihat dalam mimpi itu datangnya bagaikan terang pagi hari. Kemudian dia suka menyendiri ( khalwat ). Dia pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam. Untuk itu ia membawa bekal. Kemudian ia pulang kepada Khadijah r.a , maka Khadijah pun memberinya bekal seperti sebelumnya. Dalam gua Hira’ datanglah kepada Beliau satu kebenaran iaitu Malaikat lalu berkata kepada Nabi : “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab ‘Aku tidak pandai membaca’. Malaikat tersebut mendakapku sehingga aku berasa amat payah lalu aku dilepaskan dan dia berkata lagi ‘Bacalah’ maka aku pun menjawab : aku tidak pandai membaca lalu dia mendakapku yang kedua kali sampai aku payah dibuatnya. Kemudian dia lepaskan lagi dan berkata : “Bacalah” aku menjawab ‘aku tidak pandai membaca’ maka dia mendakapku kali yang ketiga sehingga aku payah dibuatnya, kemudian dia berkata : “Iqra’ bismirabbikal lazi khalaq ………hingga ayat yang kelima”

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (TQS al-Alaq [96]:1-5)

Hanya dengan membaca, sesiapa sahaja boleh menimba ilmu. Untuk membolehkan kita belajar bagaimana untuk membaca, siapakah yang boleh mengajarkan kita jika bukan guru? Maka, amatlah penting untuk kita hormati, tidak kiralah siapakah mereka dana bagaimana mereka menjadi seorang guru.

Wallahua'lam..

2 comments:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat