Pernahkah anda melihat sesuatu dengan pandangan kosong?
Atau dengan kata lain,
Mungkinkah anda pernah termenung?
Atau hati anda bermonolog?
Atau hati anda berzikir mengingati Allah Yang Maha Esa?
Jika ketika berdiam diri atau anda sedang mematungkan diri atau anda sedang merenung sesuatu, adakah anda berzikir?
Adakah anda berzikir jika anda tidak melakukan sesuatu?
Persoalan-persoalan begini menghantui saya petang tadi. Kerana apa? Kerana saya telah disedarkan dengan pernyataan begini ketika saya merenung rintik-rintik hujan yang mula membasahi bumi, "Daripada kamu termenung kosong begitu, lebih baik kamu berzikir, bertasbih ke atau berselawat." Saya terkedu. Iya, bendanya memang mudah tetapi ikhlas saya katakan (sebagai manusia yang lemah), saya jarang sekali melakukannya. Orang yang sama berkata kepada saya, "Sebagai manusia, kita perlu sentiasa dimotivasikan." Alhamdulillah (saya mengucapkan syukur di dalam hati) kerana tiada insan yang akan sepertinya lagi setelah dia. Memang tidak akan ada sepertinya kerana dia adalah dia.
Bila saya termenung, saya terus teringat kata-katanya. Saya lantas berzikir agar keredhaan Tuhan sentiasa mengiringi perbuatan saya. Moga saya tidak melakukan perbuatan yang sia-sia dengan hanya membazir masa yang ada. Zikir itu perlu dilakukan atas dasar cinta dan takut kepada Allah SWT. Firman Allah SWT, “Orang-orang mukmin itu apabila menyebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka.” Gementar itu adalah kerana seseorang benar-benar menghayati zikir tersebut. Ucapan zikir itu bukan sekadar pada sebutan sahaja. Tetapi ia terasa di hati. Zikir itu sudah menjadi penghayatan. Jadi, bila nama-nama Allah itu disebut, terus ia menangkap di hati. Terasa kebesaran Tuhan yang tak terhingga. Terasa kehebatan Tuhan. Datang takut. Datang gementar. Disebabkan bimbang yang teramat sangat dengan kekuasaan Tuhan, yang boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya.
Dia juga menyarankan saya agar sentiasa berselawat. Kenapa berselawat? Terdapat beberapa hadis yang menyatakan kelebihan selawat ke atas Baginda SAW. Antaranya:
Rasullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda."(HR Muslim) ,
Nabi SAW bersabda lagi di dalam hadis lain, "Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya."(HR Abu Naim)
Dan sabda Nabi SAW, "Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat."(HR Thabrani)
Saya sekadar ingin berkongsi kisah yang mungkin biasa-biasa sahaja bagi para pembaca yang budiman. Tetapi bagi saya, ia amat besar maknanya kerana motivasi itu perlu agar manusia itu sentiasa bangkit terutamanya insan yang bergelar umat Islam. Allah SWT berfirman di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka."
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya... Btol kata awak...
ReplyDeleteSye pun manusia yg mudah lupa...
Termenung....tanpa bebuat apa2...
Sia2 semata...
Thanks for the reminder...
Miss ~PaMpeRed bY worDs~,
ReplyDeleteyou are welcome..
sebagai sharing agar menjadi peringatan kepada yang lain-lain juga kepada diri saya sendiri..
Wallahua'lam..