Islam : Rahmatan Lil 'Alamin

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pada hari Sabtu baru-baru ini, saya diminta untuk menjadi pengerusi majlis bagi sebuah majlis umum di sebuah perumahan.. Kiranya saya menjadi mc bidan terjun.. Ini kerana pengerusi majlis yang sebenar terpaksa menggantikan tempat pembentang.. Jadi saya menerimanya atas dasar dakwah ilallah.. Berdebar-debar juga menjadi mc nie tapi saya telah melakukannya dengan sehabis baik.. Mujurlah pembentang bidan terjun itu juga bukan calang-calang orangnya, beliau petah berkata-kata..

Apa yang ingin saya kongsikan adalah isi pembentangan yang bertajuk "Islam : Rahmatan Lil 'Alamin." Pembentangan ini telah disediakan oleh pembentang sebenar.. Isinya amatlah perlu untuk kita fahami dan hayati kerana kita sebagai umat Islam harus mengambil tindakan selanjutnya agar Islam itu menjadi rahmat bagi sekalian alam.. Ameen..

Islam : Rahmatan Lil 'Alamin..

Sebelum saya menjelaskan mengapa Islam dikatakan rahmat bagi sekalian alam, rasanya adalah lebih baik saya menerangkan apakah itu Islam.. Apakah Itu Islam?? Adakah kita benar-benar memahami makna sebenar Islam mengikut syarak atau kita hanya memahami Islam sebatas dari segi bahasanya sahaja??

The word Islam means "submission", or the total surrender of oneself to God from wikipedia.. Ini bermakna Islam adalah penyerahan total (sepenuhnya) kepada Allah SWT.. Islam itu penyerahan total yang bagaimana?? Adakah penyerahan dari segi ibadah ritual semata-mata?? Atau penyerahan dari segi ibadah dan cara hidup??

Islam merupakan agama wahyu yang diturunkan Allah SWT dan mengecualikan agama-agama non wahyu seperti Hindu, Budha, Confucious, Sintoisme dan yang sejenis. Islam juga hanya dibataskan kepada baginda Nabi Muhammad SAW dan mengecualikan di dalamnya agama Yahudi, Nasrani dan agama yang diturunkan kepada nabi-nabi yang lain..

Jadi dapat dirumuskan bahawa Islam merupakan agama yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril untuk mengatur tiga hubungan iaitu hubungan

1. manusia dengan ALLAH,
2. manusia dengan dirinya dan
3. manusia dengan sesama manusia.

Islam itu dibataskan dengan mengatur hubungan manusia dengan ALLAH SWT, dengan dirinya sendiri dan dengan manusia lain. Ini bererti bahawa ketiga-tiga hubungan ini meliputi seluruh urusan iaitu mulai dari urusan dunia hingga akhirat, baik berkenaan dengan dosa, pahala, syurga, neraka ataupun akidah, ibadah, ekonomi, sosial, politik, budaya, pendidikan dan sebagainya.





Jadi persolannya di sini, adakah Islam itu sempurna?? Jika kita baca dan memahami erti surah al-Ma'idah ayat 3 yang bermaksud : “Pada hari ini, telah Kusempurnakan bagimu agama kamu dan telah Kucukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.” Ada sebuah hadis mengatakan bahawa, sekiranya ayat ini turun kepada bangsa Yahudi, nescaya mereka akan menjadikan hari turunnya ayat ini sebagai hari kemenangan bagi mereka.

Dari Thariq bin Syibah r.a. katanya seorang lelaki Yahudi datang kepada Khalifah 'Umar seraya berkata, "Ada sebuah ayat di dalam kitab anda (al-Quran) yang selalu anda baca, seandainya ayat itu turun kepada kami kaum Yahudi, nescaya kami jadikan hari turun ayat itu sebagai hari besar kami." Tanya 'Umar, "Ayat apa itu?" Jawabnya, "Pada hari ini, telah Kusempurnakan bagimu agama kamu dan telah Kucukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu." Kata 'Umar, "Aku tahu hari dan tempat ayat itu diturunkan. Ayat itu diturunkan kepada Rasulullah SAW di 'Arafah pada hari Jumaat." (HR Muslim)

Jadi mengapa masih ramai umat Islam yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup mereka?? Sedangkan Allah SWT telah berfirman dengan menurunkan ayat terakhir ini (Al-Mai'dah : 3) bahawa Islam adalah yang satu-satunya agama yang diredhaiNya. Allah SWT berfirman di dalam surah Ali 'Imran ayat 19 dan 85 :

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.”

“Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”

Jika kita perhatikan dalil-dali al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawa hanya Islamlah merupakan satu-satunya agama yang Allah redhai bukan Kristian, bukan Yahudi dan bukan juga agama buatan manusia yang lain.. Selain dari Islam, maka agama itu sama sekali tidak diterimaNya..

Mengapakah Islam dikatakan Rahmatan Lil 'Alamin??

Allah berfirman :

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)

Sebelum Islam datang, dunia berada di dalam kegelapan terutama sekali di dunia Arab. Penyembahan kepada Tuhan yang Maha Esa, telah bertukar kepada penyembahan kepada berhala yang mereka ciptakan sendiri. Perikemanusiaan telah bertukar kepada sifat-sifat kebinatangan; yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, wanita dijadikan sebagai alat pemuas nafsu lelaki dan juga sebagai iklan untuk melariskan perniagaan, jika lahir anak lelaki mereka sungguh gembira, akan tetapi jika lahir anak perempuan mereka akan sampai hati membunuhnya. Ramai daripada kalangan mereka yang mengamalkan cinta sejenis, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

Sebelum Islam datang, dunia Arab berpecah-belah, Yaman dikuasai oleh Kerajaan Persia, Habsyah dikuasai oleh ketua-ketua kabilah, Iraq dikuasai oleh Manazirah yang tunduk kepada kerajaan Romawi. Najd dan Hijaz dikuasai oleh kabilah Arab yang masing-masing berdiri sendiri. Perpecahan dan permusuhan di antara mereka berlarutan beratus tahun, sehingga bangsa Arab mundur dalam banyak hal. (http://www.shiar-islam.com/doc70.htm)

Apakah yang dikatakan Rahmat??

Semua makhluk hidup sejahtera di bawah naungan Islam. Contohnya, setalah Islam datang, dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW bangsa Arab telah disatukan dibawah satu pimpinan. Mereka menjadi Ummat yang maju dalam berbagai bidang, malah dapat mengalahkan dua kerajaan besar iaitu Rom dan Parsi. Selanjutnya para sahabat telah mengembangkan Islam ke merata tempat di seluruh dunia ini. Untuk mencapai Rahmat Allah kita sebagai umat Islam khususnya harus mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan ikut segala peraturan yang Allah turunkan serta menjauhi laranganNya. Selain itu, Islam akan membawa rahmat kepada sekalian alam sekiranya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dalam menjalani kehidupan seharian untuk mencari kesenangan di dunia dan juga di akhirat.. Firman Allah SWT :


“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah (berzikir dan selalu ingat perintah dan larangan Allah.” (TQS Al-Ahzab [33]:21)

Bagaimana mungkin seseorang dikatakan mencintai Rasulullah, jika dalam kehidupan sebenar dia mengambil teladan selain Rasulullah. Contohnya : dalam berekonomi umat Islam mengambil Adam Smith dan David Richardo sebagai contoh, dalam berpolitik pula, Machievelli dan Mountesque dijadikan panduan, dalam kehidupan sosial dan perubahan masyarakat umat Islam mengambil konsep Karl Marx, Lenin dan Stalin dsb.

Oleh itu, kita hendaklah mengikuti apa yang Rasulullah SAW ajar dalam mengatur kehidupan seperti;

Mengatur hubungan manusia dengan Allah yang meliputi aspek aqidah dan ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Mengatur hubungan manusia sesama manusia yang meliputi aspek muamalah seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan, sistem sosial, polisi pendidikan, dasar luar negeri dsb serta Uqubat seperti hudud, takzir, jinayat, dan mukhalafat..

Mengatur hubungan manusia dengan dirinya yang merangkumi apa yang perlu dia lakukan untuk keperluan dirinya seperti aspek pemakanan, pakaian, dan akhlak.

Jika semua warga negara baik pemimpin maupun rakyat jelata mengikuti apa yang Rasulullah bawa dan jadikan Rasulullah sebagai “contoh dalam menjalani kehidupan” maka semua makhluk di dunia ini percaya bahawa Islam itu adalah Rahmatan lil’alamin.

Bangkit dan berjuanglah demi untuk menyelamatkan diri anda dari api neraka. Kehidupan dunia ini hanyalah sementara, sebagai tempat persinggahan untuk kita tunduk dan patuh kepada perintahNya, di dalam perjalanan kita mencari kebahagiaan di alam abadi. Justeru, bersama-samalah kita bergerak untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan mengikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAw iaitu dengan mendirikan Daulah Islamiyyah, sebuah pemerintahan yang diredhai oleh Allah, yang dengannya, akan kembalilah rahmat Allah ke alam ini dan seterusnya menyelamatkan kalian dari azabNya di alam yang akan datang.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat