Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Setelah seminggu saya bercuti semester tahun 2 nie, baru semalam saya dapat memegang dan membaca sebuah buku yang telah saya beli di bookfair beberapa minggu lalu.. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat saya dapat menghabiskannya.. Bukunya pun tidaklah tebal mana, lebih kurang 120 helai muka surat sahaja.. Nama pun novel mini.. Di dalam buku tersebut terdapat dua buah cerita iaitu Pudarnya Pesona Cleopatra dan Setitis Embun Cinta Niyala.. Ia merupakan karya Habiburrahman El Shirazy, penulis Novel Best Seller A2C..
Sebenarnya saya tidaklah menyukai novel-novel islamik pembangun jiwa kerana saya lebih meminati novel-novel cinta yang biasa karya anak Malaysia.. Cumanya saya tertarik untuk membaca novel mini ini..
"Cinta tidak menyedari kedalamannya, sampai ada saat perpisahan"(Kahiji Gibran)
Itu merupakan ungkapan dipermulaan cerita PPC.. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama (rasanya seperti tidak disertakan nama), lulusan Mesir diminta untuk berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.. Dia hanya mengikut sahaja kemahuan ibunya biarpun hatinya amat terseksa menerima permintaan ibunya itu.. Ini kerana dia ingin menuruti kemahuan ibunya.. Akhirnya dia berkahwin dengan gadis tersebut iaitu Raihana.. Di awal pernikahan mereka, segalanya berjalan dengan lancar kerana dia berpura-pura melayani Raihana dengan mesra dan baik..
Masuk bab kedua, penulis menimbulkan konflik perkahwinan di antara dia dan Raihana.. Konflik ini timbul kerana dia yang tidak menunaikan nafkah (melayan isteri acuh tidak acuh) kepada isterinya, Raihana.. Namun, Raihana tetap sabar dalam melayan kerenah suaminya dan sentiasa melakukan tugasan dan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan sempurna.. Walaupun begitu, cinta dalam diri dia belum hadir untuk Raihana.. Apakah dia berhati batu dan patung yang tidak berhati??
Jemputan keluarga ke majlis akikah saudaranya membuatkan dia berpura-pura mesra kembali dengan Raihana.. Hasil kemesraan itu, Raihana disahkan mengandung.. Namun dia tetap melayan Raihana seperti selalu kerana cintanya pada Raihana tiada.. Cintanya hanya pada gadis-gadis secantik Cleopatra, gadis titisan Mesir.. Apabila kandungan Raihana mencecah usia lebih kurang 7 bulan, Raihana meminta izin untuk berada di samping ibunya.. Permintaan Raihana tersebut merupakan satu kelegaan buat dia.. Kerana inilah peluang untuk dia tidak menatap Raihana..
Ketika dia berada bersendirian di rumahnya, dia langsung tidak merasakan suatu kesunyian.. Kerana dia sudah terbiasa hidup sendiri ketika belajar di Mesir.. Sebulan berlalu tanpa Raihana, namun hidup dia seperti biasa malah dia gembira tanpa Raihana..
Dia pergi berkursus untuk peningkatan mutu pensyarah mata pelajaran Bahasa Arab ke Puncak selama sepuluh hari.. Di sana dia bertemu dengan Pak Qalyubi yang menceritakan pengalamannya berkahwin dengan wanita secantik Cleopatra, titisan Mesir.. Pengalaman hidup Pak Qulbi menjadikan dia sedar akan tindakannya terhadap Raihana.. Kerinduan kepada isterinya tiba-tiba hadir dan rasa cinta mula berputik.. Dia ingin segera pulang ke kampung isterinya dan menyatakan kerinduannya itu.. Namun sebelum itu, dia harus pulang ke rumahnya untuk menagmbil kad ATM isterinya di bawah tilam.. Raihana telah memesan kepadanya sebelum pulang ke kampung agar mengambil wang simpanannya.. Apabila dia ingin mengambil kad tersebut, dia ternampak banyak surat di bawah tilam.. Hatinya mula berdetik kurang senang kerana berprasangka yang Raihana curang.. Namun setelah dibaca surat-surat tersebut, ternyata ia merupakan luahan hati Raihana.. Betapa isterinya terseksa batin apabila keperluan biologisnya tidak dipenuhi dan terpaksa berpuasa untuk menahan keperluannya itu..
Apabila tiba di kampung, dia memanggil-manggil nama Raihana.. Tetapi ibu mertuanya mengatakan bahawa Raihana dan anak di dalam kandungannya telah tiada. Mereka meninggal dunia ketika Raihana jatuh di dalam bilik air.. Dia tidak dapat menzahirkan rasa cintanya kepada Raihana kerana telah terlambat..
Ulasan daripada saya,
Dari 'Abdullah ibn 'Amr bahawa Rasulullah SAW :
"Janganlah kalian menikahi wanita kerana kecantikannya kerana kecantikannya itu akan menjadikannya berlebihan; jangan pula kalian menikahi wanita kerana hartanya kerana hartanya itu akan membuatnya membangkang. Nikahilah wanita atas dasar agamanya. Sesungguhnya seorang hamba sahaya perempuan yang hitam legam yang memiliki kebaikan agama adalah lebih utama."(HR Ibn Majah)..
Seorang suami mempunyai beberapa kewajipan terhadap isteri. Antara lain adalah menggaulinya dengan baik dan menahan diri atas perangai yang kadang-kadang menyakitkan sebab memaklumi atas kependekan akalnya.
Rasulullah bersabda;
"Siapa sabar atas keburukan akhlak isterinya, Allah memberinya pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub. Dan barang siapa bersabar atas keburukan akhlak suaminya, Allah memberinya seperti pahala Asiah, isteri Firaun. "
Cinta suami yang paling berharga ditunjukkan apabila suami menegur kesilapan isteri dan tidak menuruti kehendak isteri yang keterlaluan (nafsu). Ini kerana cinta begitu adalah untuk menyelamatkan isteri daripada menjadi ahli neraka.
Wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)