Menyelusuri Jalan Kehidupan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan akhir semester 0809.. Bermakna ia juga paper yang terakhir bagi pelajar-pelajar tahun 2 Fakulti Farmasi, UKM.. Sadis nya sebab kamilah kelompok yang terakhir exam.. Teknologi Maklumat dalam Farmasi.. Paper yang memenatkan tangan, lenguh menulis.. Ramai rakan-rakan saya mengadu tangan mereka lenguh.. Mana tidaknya, kena jawab tujuh soalan yang semuanya esei bernilai 10 markah setiap satu termasuk 20 markah untuk 2 soalan..

Hari ini saya pergi awal ke kampus untuk menaiki bas ke kolej, kerana exam saya di sana.. Ketika berjalan bersama seorang teman saya, kelihatan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki.. Di belakangnya ada pembonceng juga seorang lelaki tetapi agak berumur.. Saya melihat dari jauh, kenapa pembonceng itu macam nak jatuh je?? Hati kecil saya bermonolog.. Kesian dekat penunggang tersebut sebab akhirnya dia, pembonceng dan motor yang ditungganginya jatuh menyembah bumi.. Niat hati hendak menolong mereka berdua tapi apakan daya, mereka berada di tengah-tengah traffic light dan saya terpaksa melintas kerana takut ketinggalan bas.. Saya menoleh ke belakang bersama teman saya, namun tiada siapa yang membantu mereka untuk bangkit kembali.. Malah ada pula kereta yang membunyikan hon kereta kerana mengganggu lalu lintas.. Terdetik di hati saya, kalaulah pemandu kereta tersebut yang jatuh, apakah yang akan dia rasakan ketika itu??

Mereka, pemandu kereta dan sesiapa jua yang ada (baca: hidup) ketika ini, dilahirkan dalam sebuah sistem yang rosak.. Sistem kapitalis.. Suatu sistem di mana lahirnya ramai individu-individu yang mementingkan diri sendiri.. Dalam erti kata lain individualistik.. Sikap individualistik ini lahir dari fahaman leberalisme..

Liberalisme merupakan idea-idea kebebasan yang berusaha dipromosikan ke seluruh dunia pada ketika ini. Pendidik utama fahaman ini adalah Negara Barat yang diungguli oleh Amerika Syarikat dan didukung sepenuhnya oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Idea-idea kebebasan ini mencakupi kebebasan bertingkahlaku, kebebasan pemilikan, kebebasan beragama dan kebebasan bersuara.

Sekilas pandang, nilai-nilai ini nampak murni, mulia dan bakal menjanjikan kesejahteraan dan keharmonian kepada para pendokongnya. Namun begitu, marilah sama-sama kita kaji dan lihat natijahnya kepada masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kebebasan ini.

Saya hanya akan menghuraikan serba sedikit mengenai kebebasan bertingkah laku memandangkan kejadian pagi tadi lebih terkait..

Kebebasan bertingkah laku amat hangat dipromosikan di media-media dan telah berjaya melahirkan amalan hedonisme, individualistik dan sikap mementingkan diri sendiri pada masyarakat kita termasuk golongan remaja. Budaya gotong royong, bantu-membantu, bertegur sapa serta mengambil berat antara satu sama lain di dalam sesebuah masyarakat telah semakin sirna. Keadaan seperti ini telah melahirkan masyarakat yang mengagungkan hawa nafsu mengatasi hukum dan Syariat Allah.

Sifat kasih sayang, persaudaraan dan prihatin sesama insan amat penting di dalam kehidupan umat Islam.Perasaan kasih sayang antara sesama manusia merupakan fitrah dan realiti yang semestinya diterima oleh setiap insan. Kewujudan sifat ini dapat membantu dalam melahirkan masyarakat harmoni yang diliputi suasana saling menyayangi dan menghormati demi mencapai keredhaan Allah. Dengan terbentuknya masyarakat sedemikian, maka sudah pasti keamanan dan kedamaian di muka bumi ini akan terjamin.

Nabi s.a.w. sendiri memberi penekanan betapa pentingnya persaudaraan dan kasih sayang sesama Islam dalam bentuk saling bekerjasama dan tolong menolong. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah bersabda, Allah s.w.t. menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Amat malang apabila seorang Muslim yang mengharapkan kasih sayang dan keredhaan daripada Allah sekiranya tidak memiliki sifat prihatin terhadap kesejahteraan Muslim yang lain, terutamanya kepada golongan yang daif. Mereka perlu didokong dan diringankan bebanan hidup mereka dengan segala bantuan, sama ada yang berbentuk material mahupun dorongan semangat untuk menjalani kehidupan dengan penuh keazaman dan tawakal kepada Allah.

Apabila kita membantu golongan yang ditimpa malang, orang miskin dan anak-anak yatim, sesungguhnya pada zahirnya sahaja kita sedang membantu mereka, tetapi pada hakikatnya merekalah yang sedang membantu kita. Mereka membantu kita untuk menjadi seorang yang pengasih, prihatin dan dermawan, sekali gus dengan amalan kebajikan itu juga mereka membantu kita untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Antara punca yang menghakis semangat persaudaraan dan kasih sayang antara sesama Islam ialah semangat mementingkan diri sendiri. Apabila semangat itu mencengkam jiwa seseorang, maka akan hilanglah kebaikan kerana mereka hanya melihat dunia dan isinya sebagai unsur-unsur untuk memenuhi tuntutan dan keinginan atau kepentingannya sendiri tanpa melihat kepada sumbangan dan kepentingan terhadap orang di sekelilingnya.

Jelaslah di sini bahawa seseorang yang mempunyai rasa kasih dan cinta yang mendalam terhadap Allah s.w.t. akan sentiasa memastikan dirinya melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya. Nikmat kurniaan Allah dimanfaatkan dengan sebaiknya dan segala musibah yang menimpa diri diterima dengan hati tabah dan jiwa redha.

Sebagai penutup 'taip'an tangan saya, renungilah firman Allah SWT:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa”. [TMQ Al An'am (6) : 153].

Wallahu'alam..

4 comments:

  1. Salam Ziarah...
    Dunia ini telah membawa kter ke era yang sgt mementingkan diri sendiri...
    Bagaimana la dunia ini tatkala ank2 kter pulak yg huni..
    Sekarang pun pengaruh barat masuk tnpa batasan...(sekarang budaya kter masih ada walaupun agk nipis..)
    Jangan nnt budaya barat...menjadi budaya kte...

    Nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. Kotak hati to Wanita Mustanir :-

    Alhamdulillah..
    selesai sudah pepriksaan akhir untuk pelajar tahun 2 Fakulti Farmasi..
    Bukan lewat atau cepat penetunya kejayaan kita kan ukhti?
    Syukur kita diberi masa untuk menelaah..
    InsyALLAH..diharapkan keputusan kali ini lebih baik dari yang lepas..

    Ukhti..
    Kalau ana kata ana akan pergi tlg orang itu ukhti percaya ke?
    Kasihan melihat orang sudah berumur begitu..
    Tidak larat untuk bangun lagi..

    Sistem kapitalis..
    iya ukthi..
    ana setuju dengan ukhti..
    Ukhit ana bimbang dan begitu bimbang dengan sistem pemerintahan sekarang..
    Ukhti kita berdosa kah jika kita ikut serta mengamalkan sistem yang sama?
    Kerana ia telah dietetapkan undang-undang bukan..
    Tapi apalah nak dibandingkan dengan undang-undang yang digubal manusia yang naif dengan kalam ALLAH..
    mengapa manusia tidak sedar ini semua?
    Ukhti..
    ana hampir menangis mengenang semua ini..
    bagaimana ni ukhti?
    tolong lah beritahu ana apa patut kita lakukan?

    *sigh*~

    Akhir kata..
    ukhti semoga berjaya didunia dan diakhirat..
    amin~

    illaliqa'

    Wassalam''~

    ReplyDelete
  3. to ~PaMpeRed bY worDs~,

    Wslm, wa syukran sebab sudi menziarah..
    Maaf atas kelewatan membalas komen saudari..

    Iya, saudari benar..Dunia telah membawa kita ke era yang sangat mementingkan ini..Ini terjadi bukan dengan sendirinya..Pertama-tamanya adalah kerana sistem pendidikan yang diamalkan masa kini adalah tidak berdasarkan akidah Islam..Sebaliknya disandarkan kepada akidah sekularisme..Segala yang kita pelajari dari darjah satu hinggalah masuk universiti pun, silibus nya adalah berdasarkan barat, tiada satu pun yang didasarkan pada sistem pendidikan islam..

    Apakah yang bakal terjadi kepada generasi selepas kita nanti iaitu anak2 kita?? Adakah akan bertambah buruk atau menjadi lebih baik?? Persoalan ini hanya akan terjawab sekiranya kita berusaha untuk menerapkan islam Kaffah..

    Allah swt telah berfirman di dalam surah al-baqarah ayat 208 :

    “Wahai orang2 beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara Kaffah (keseluruhan), dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata.”

    Untuk renungan kepada saudari ~PaMpeRed bY worDs~ dan juga kepada saya,

    “Pada hari ini, telah Kusempurnakan bagimu agama kamu dan telah Kucukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. Wanita Mustanir to Kotak Hati :-

    Afwan, sebab baru boleh membalas komen ukhti..Semalam ingat nak balas tapi ana tak sempat sebab letih sgt, baru balik dari Perak..

    Ain a.k.a Kotak Hati,

    Iya, ana percaya apa yang ain katakan tuh sebab ain kan orangnya memang suka menolong orang, lebih2 lagi orang yang dah berusia lanjut.. ``~

    Apakah yang membuatkan ain bimbang dengan sistem pemerintahan sekarang?? Adakah kerana pergolakan demi pergolakan politik yang berlaku??

    Iya, ain syg.. Kita berdosa jika ikut serta mengamalkan sistem yang sama iaitu kapitalis kerana ia bukan akidah Islam. Ia adalah akidah yang jelas2 kufur kerana memisahkan antara agama dan kehidupan.. Sedangkan Islam adalam agama dan cara hidup. Jadi, mana mungkin cara hidup kita mengambil selain Islam..

    Firman Allah swt di dalam surah Ali 'Imran ayat 19 & 85:

    “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.”

    “Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi ”


    Memang benar sistem pemerintahan yang ada sekarang telah ditetapkan undang2,ana tidak menafikannya tetapi undang2 apakah yang telah diguna pakai?? Adakah undang2 yang Allah swt tetapkan atau undang2 tangan buatan manusia??

    Bukan manusia tidak sedar akan semua ini, tapi umat Islam telah di'lambat'kan proses berfikirnya sehingga menerima bulat2 segala2 yang datangnya dari Barat.. Kerana bg umat Islam khususnya, apa sahaja yang berasal dari barat, semuanya adalah baik.. Apa sahaja yang datangnya dari islam, ditolak tepi kerana ia adalah ketinggalan zaman. Benarkah begitu?? Bukankah Islam itu adalah sepanjang zaman -dulu, kini dan selamanya..

    Apakah yang perlu kita lakukan??

    Kita perlu belajar mendalami dan mengamalkan hukum hakam dan sistem Islam dari A sampai Z..Kerana apa?? Agar syariat Islam diterapkan secara kaffah di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya..

    “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah (berzikir dan selalu ingat perintah dan larangan Allah”(TQS.al-Ahzab [33]:21)

    Jadi mengapa kita perlu mengambil contoh selain Islam??

    Wallahua'lam.. (^_^)

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat