3 Sifat Terpuji PM

Akhbar Utusan Malaysia pada 10 Jun 2009 yang lalu menyatakan 3 sifat terpuji Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau disifatkan sebagai seorang yang begitu penyabar, pendengar yang baik dan pembuat keputusan yang tepat. Adakah penilaian ini benar dan terpuji? Jika benar, ia terpuji di sisi siapa?

Beliau seorang penyabar? Beliau seorang yang sabar apabila melihat rakyatnya merana dek sistem kapitalis yang mencengkam saban hari.PM ke-6 kita ini memang sabar apabila masih menerapkan sistem kufur di dalam pentadbirannya. Apakah ini dikatakan sebagai seorang yang penyabar?

Beliau seorang pendengar yang baik? Apakah beliau mendengar apabila kami melaungkan syariat Islam? Apakah beliau mendengar apabila kami mengatakan hukum Islam harus diterapkan?

Beliau seorang pembuat keputusan yang baik? Mari kita teliti firman Allah SWT ini,

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (TQS an-Nisa’[4]: 65).

Jadi, apakah beliau seorang pembuat keputusan yang baik apabila hukum Allah ditolak tepi dan menyimpang dari syariat Islam?

Sebagai seorang pemimpin muslim, beliau wajib menerapkan sistem Islam yang merangkumi seluruh sistem ekonomi Islam, sistem politik dan pemerintahan Islam, sistem sosial Islam, sistem ’uqubat dan muamalah Islam, polisi pendidikan Islam, polisi luar negara Islam dan yang lain-lainnya. Jika ini dilakukan oleh beliau maka barulah beliau boleh dikatakan sebagai pembuat keputusan yang tepat. Allah berfirman :

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (TMQ Al Maidah [5] : 44-45).

Allah SWT telah menjelaskan di dalam Al-Quran banyak sifat dan ciri-ciri yang semestinya dimiliki oleh seorang muslim. Di antaranya ialah firman Allah SWT:

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”. (TMQ Al Ahzab [33] : 35).

Juga di dalam firmanNya yang lain:

"1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; 3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta), 5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, 6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - 7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas, 8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, 9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, 10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, 11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya”. [TMQ Al Mu'minuun (23) :1-11].

Jadi, terpujikah sifat beliau?

Wallahua'lam..

6 comments:

  1. mungkin pasni boleh buat buku kot '3 sifat terpuji PM'..

    diterbit oleh utusan..haha

    ReplyDelete
  2. hehehe..

    terima kasih di atas cadangan saudara Basuh Baju..

    tapi saya rasa tidak kot untuk saya membuat buku tersebut..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Wanita Mustanir,penulis blog ini..

    Saya merasakan yang entry kamu ini seakan-akan anti kepada PM/Kerajaan..
    Adakah entry ini merupakan penghinaan terhadap PM?Wanita Mustanir..di dalam agama Islam tidak pernah menyuruh umatnya menghina seseorang,apatah lagi dia merupakan seorang pemimpin..
    Didalam kaedah sistem pemerintahan Islam kita wajib mematuhi segala peraturan dan undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan syariah TETAPI taat dan patuh pada pemimpin bukanlah dalam sesuatu perkara atau sesuatu keadaan sahaja..kita wajib mentaati pemimpin dan pegawai atasan sekalipun mereka tidak menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap rakyat ataupun sekalipun mereka itu fasiq,jahat dan zalim..

    Alasannya,kerana mereka hanya berdosa kepada Allah s.w.t, sementara Allah pula tidak menjanjikan apa-apa ganjaran atas tanggungjawab mereka dan tidak meletakkan apa-apa syarat diatas perlaksaan tanggungjawab tersebut kecuali kewajipan melaksanakan perkara makruf mengikut kemampuan yang ada pada mereka.Inilah cara terbaik dan mempunyai banyak kemaslahatannya.

    Alqamah meriwayatkan drpd ayahnya Salamah bin Yazid al-Ju'fi, yang telah bertanya kpd Rasulullah s.a.w :"Wahai Nabi Allah! Apa pndgn kamu ttg pemimpin kami yg menuntut hak mereka drpd kami sebaliknya mereka tidak menunaikan hak kami?"
    Kemudian Rasulullah bersabda:"Patuhilah dan taatilah kamu sekalian,sesungguhnya mereka(pemimpin) mempunyai kewajipan mereka,dan kamu juga mempunyai kewajipan kamu tersendiri".

    Rasulullah juga bersabda:"Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu dengar dan patuh (kepada pemimpin)".

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. Salam Hamba Allah,

    Saya sekadar ingin membawa anda berfikir akan analogi ini. Harapan saya, anda akan lebih mengerti akan realiti yang anda tuliskan sebelum ini.

    Analoginya bergini:-

    Ada seorang lelaki dan seorang wanita hidup seperti sepasang suami-isteri cuma tanpa sebarang ikatan pernikahan.

    Telah bertahun mereka berdua hidup aman dan bahagia di bawah satu bumbung, hingga tibalah satu hari apabila silelaki mengajak siwanita untuk tidur bersama tetapi telah ditolak oleh siwanita. Maka melentinglah silelaki kerana pada pendapatnya siwanita tadi telah nusyus kepadanya! Lalu dia mengambil keputusan untuk mengadukan hal tersebut kepada tuan kadi.

    Pada pandangan anda, wahai Hamba Allah, apakah yang akan dikatakan tuan kadi kepada lelaki itu?

    Adakah tuan kadi akan mengiktiraf pertalian lelaki itu sebagai seorang suami dan wanita tadi sebagai isterinya?

    Jika tuan kadi tidak mengiktiraf pasangan tadi sebagai sepasang suami-isteri, sebabnya mengapa?

    Semoga dengan analogi di atas dapat mencerahkan minda Hamba Allah.

    Wasalam. :)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam..

    Hamba Allah, pemberi komen di blog ini- syukran ya..

    Untuk pengetahuan Hamba Allah, entri ini ditulis bukan kerana saya ini anti kepada PM/kerjaan. Itu sama sekali tidak tepat. Entri ini juga bukanlah suatu penghinaan terhadap PM.. Jauh sekali anti kepadanya..

    Tetapi entri ini ditulis bagi mengulas keratan akhbar tempatan mengenai sifat-sifat terpuji beliau..Ulasan ini ditulis dengan niat agar rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam mampu menilai yang mana kaca dan yang mana permata.. Bukan untuk menghentam apatah lagi untuk menghina, tapi sebagai umat Islam, memuhasabah pemimpin itu hukumya wajib.

    ini kerana terdapat sejumlah hadits yang memberikan pujian terhadap orang yang melakukan muhasabah kepada penguasa. Rasulullah saw bersabda:

    “Jihad yang paling disukai oleh Allah adalah kalimat yang haq yang disampaikan kepada penguasa yang dzalim.” (HR. Ahmad, at-Thabrany dan al- Baihaqy. Menurut al-Munawy sanadnya hasan)

    “Penghulu para syuhada adalah Hamzah ibnu Abdul Muthalib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa lalu ia memerintahkan (yang makruf) dan melarangnya (dari yang munkar) lalu penguasa tersebut membunuhnya.” (HR. Tirmidzy dan al-Hakim dan menurut beliau sanad hadits ini shahih)



    Hamba Allah, anda benar apabila menyatakan bahawa Didalam kaedah sistem pemerintahan Islam kita wajib mematuhi segala peraturan dan undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan syariah TETAPI taat dan patuh pada pemimpin bukanlah dalam sesuatu perkara atau sesuatu keadaan sahaja..

    tetapi masalahnya, sistem pemerintahan yang diterapkan oleh beliau adalah sistem pemerintahan sekular.

    Bagaimana dengan tiga hadis ini??

    "Seorang imam adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyat, dan ia akan diminta pertanggungjawaban atas rakyatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

    “Seorang pemimpin adalah ibarat perisai (pelindung), di mana rakyat berperang bersamanya dan berlindung di belakangnya.”

    “Siapa saja yang menjadi pemimpin yang mengurusi urusan kaum muslimin, kemudian ia meninggal sedang ia berbuat curang terhadap mereka maka Allah mengharamkan syurga baginya.” (HR Bukhari Muslim)



    Adakah beliau hanya berdosa kepada Allah s.w.t sahaja?? Bagaimana dengan penderitaan rakyat selama pemerintahannya??

    Dan sebagai syarat seorang pemimpin Islam, seseorang pemimpin itu wajib menerapkan hukum Allah. Secara ringkasnya, inilah kriteria pemimpin di dalam Islam. Jika dia tidak menerapkan Islam, apakah layak dia digelar seorang pemimpin Islam, walhal Allah berfirman,

    “...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

    “...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

    “...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].



    Jadi, Hamba Allah tentunya sudah mendapat jawapan sama ada sifat-sifat terpuji Najib adalah penghinaan atau kenyataan yang rakyat perlu sedar akan kebenarannya..

    note: jika ada yang silap, harap sahabat2 perbetulkan.

    Wallhua'alam..

    ReplyDelete
  6. kepada saudara fikru1mustanir,

    syukran kerana membantu..

    Moga mencerahkan minda pembaca dan juga saya..

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat