Cempaka Berbunga


Indah dan damainya angin pantai yang menampar halus muka Balqis. Deruan ombak yang memukul pantai tidak menggugat pergerakannya tika ini. Kicauan burung-burung di udara tidak mengusik langsung telinganya ini. Kebisingan enjin dek kapal-kapal kecil yang berlabuh juga tidak menggangu emosinya. Apakah yang sedang difikirkannya? Mengapa hatinya tidak setenang nelayan-nelayan itu? Mengapa hati ini tidak sedamai desiran ombak di Pantai Irama? Mengapa?

Balqis teringat kembali kisah-kisahnya yang pernah dilalui. Kisah jatuh bangunnya Balqis sebagai manusia yang menyembah Allah Yang Maha Esa, hamba yang sentiasa berusaha dan mencari-cari keredhaanNya.

Semua subjek telah kubuat revision. Telah kubaca berkali-kali. Perbincangan kumpulan telah kulalui. Solat sunat juga telah kulakukan. Peperiksaan akhir telah tiba.

Seorang temanku bertanya, "Balqis, bagaimana dengan paper tadi? Boleh jawab ke?" Aku menjawab, "Bolehlah, Shima." Jawabku ringkas. Namun di hatiku ketika itu, hanya Tuhan yang tahu apa yang telah aku tulis di atas kertas exam tadi. Ada beberapa soalan yang tidak dapat kujawab dengan baik tetapi memandangkan sahabatku, Ayu pernah berpesan aku menjawab juga sehabis baik. Katanya, "Balqis, nanti exam kalau tak ada idea untuk dijawab, tulis saja asalkan jangan dibiarkan kosong."

Selama lebih sebulan bercuti, keputusan peperiksaan akhir pun keluar. Balqis memasukkan nombor matrik dan kata laluannya di sebuah laman sesawang. Namanya terpampang di skrin komputer beserta result exam. Nur Balqis Natasha binti Baharuddin. Setelah diteliti gred-gred untuk setiap subjek, ternyata ada subjek yang tidak mencapai targetnya. Hatinya dirundum sedih. Namun itulah kenyataan yang harus ditelan dan diterima. Samada manis ataupun pahit, itulah suratan yang telah tertulis untuk insan bernama Balqis.

Keputusan peperiksaan itu dikhabarkan kepada kedua orang tuanya. Hatinya berat untuk bersuara, tetapi result itu perlu diberitahu. Reaksi kedua orang tuanya menunjukkan riak yang kurang pasti. Bercampur bau perasaan mereka. Ibu bapa mana yang tidak ingin melihat anaknya berjaya? Tapi apakan daya, di depan mereka itulah anaknya.

Aku berapa hampa dan kecewa. Tapi sebagai manusia, banyak kelemahan dan keterbatasannya. Itu aku sedar. Manusia itu memang terbatas sifatnya, lemah, serba kurang dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Firman Allah SWT:

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."(TQS Ali 'Imran [3]:139)

Buktinya memang jelas dan nyata. Apabila perasaan sedih menghantuiku, dengan segera aku menghantar sms kepada seorang sahabatku, Ayu. "Sabarlah, usaha lagi akan datang. Yakinlah dengan janjiNya.""Iya, saya yakin, Ayu dengan janji Allah.InsyaAllah, saya akan lebih berusaha."

Berfikir sejenak. Muhabasah diri kembali.

Mengapa aku jadi begini? Bukankah aku pernah menempa kejayaan suatu ketika dulu? Mengapakah kejayaan seperti dulu tidak kunjung datang? Di manakah kesilapan aku, wahai insan bernama Balqis? Puas aku bermonolog. Lantas kuimbau kembali saat-saat kegemilanganku itu.

Perpisahan pertama kali dengan kedua orang tuaku membuatkan aku 'terpaksa' dan perlu kuat di rantau orang. Tiada orang untuk aku bermanja dan mengadu segala masalah aku di sisi. Segala pergerakan dan tidakan aku perlu selaras dengan hukum syara'. Nasihat dan motivasi ayanda sebelum aku meneruskan pengajianku di rantau orang, aku pegang. Aku genggam sehingga menjadi bara. Buktinya telah kusaksikan sendiri.

Selama pengajianku di rantau orang, akulah hambaNya yang sentiasa memohon petunjuk dariNya. Mengharap keberkatan dariNya agar segala tidakan yang aku lakukan adalah benar dan mengikut hukum syara'. Itulah doaku setiap kali selepas aku menunaikan kewajiban lima waktu. Kerana aku tahu dan yakin, ketika bersujud merupakan saat di mana seorang hamba merasakan betapa kerdil dan hinanya ia, maka aku tidak pernah lupa untuk memperbanyakkan doaku di saat sujud terakhir. Nabi SAW bersabda,"Saat seseorang hamba sangat hampir di hadapan Tuhannya adalah di waktu dia sujud, kerana itu perbanyakkanlah doa dalam sujud."

Jika aku bandingkan dengan diriku yang kini, keadaan itu jauh berbeza. Aku tidak menjadi hambaNya seperti aku berada di rantau orang. Di mana naluri menyembahku berada di tahap yang dominan. Ketergantungan aku adalah seratus peratus padaNya. Tidak sedikit pun aku berpaling walau seinci.

Namun kini, dunia melalaikan aku. Aku meneruskan pengajianku di tempat yang hampir dengan keluarga. Di mana saban minggu aku pulang ke rumah. Naluri tadayun (baca: menyembah) ku mula berkurang kerana naluri an-nau' mendominan. Lantas, ketergantunganku kepadaNya juga berkurang. Bangun malam juga aku jarang-jarang lakukan. Sedangkan aku tahu, ia adalah kekuatan. Sabda Rasulullah SAW dari Abu Umamah RA yang bermaksud,"Sehampir-hampir seorang hamba kepada Allah adalah tengah malam yang akhir, maka jika kamu sanggup menjadi di antara orang mengingat Allah pada saat itu, maka jadilah."(HR At-Tirmizi). Benar, ia adalah kekuatan yang telah aku perolehi ketika aku di rantau orang tetapi tidak kini. Subhannallah. Betapa aku mudah lupa dan lalai akan nikmatnya.Di dalam surah Ar-Rahman Allah SWT telah berfirman: "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Nauzubillah minzalik!!

Laungan seseorang menghentikan lamunannya. "Kak Balqis, nenek panggil balik. Nenek nak ajak pergi rumah Mak Cik Senah," terang adik sepupunya, Maria. Balqis mengangguk sambil tersenyum. Keletah adik sepupunya itu memang mencuit hati. "Akak, meh tangan akak." Balqis terpinga-pinga dan kehairanan. "Nak buat apa, Maria yang comel?" Tanyaku sambil mencubit lembut pipinya. "Nak pimpin."

Kami pulang ke rumah nenek bersama-sama. Ketika itu matahari telah tegak di atas kepala. Terik mentari telah kurasakan saat itu. Namun aku sempat menoleh ke arah batu dingin yang aku duduki sebentar tadi. Azamku di dalam hati, "Kejayaan dulu akan kuraih kembali dengan izinNya. Aku yakin.InsyaAllah."

failure is not an option..

p/s: nama-nama dan watak-watak serta kisah yang diceritakan adalah rekaan dan tidak terkait antara yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Cerita di atas adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Harap maklum. (^_^)

6 comments:

  1. Saya suka...
    Ada pengajaran...ada peringatan...
    Lebih2 lagi buat sye yg mmg tiap2 hujung mgg blk rumah...
    Maklum la..stadi dkt jer... ;p

    Mungkin bahasa kamu bleh diperhalusi lagi tapi sye suka yg nie... (^_^)

    ReplyDelete
  2. saya juga baru saja selesai menduduki peperiksaan.pada masa yg sama.saya mengetahui akan konsep 'biar tidak tahu, asalkan jawab semua'.akan tetapi.saya tidak punya cukup waktu.saya redha...

    ReplyDelete
  3. Tulis lah novel atau cerpen dan publish kan.

    ReplyDelete
  4. wm to reverie,

    tulis novel??
    terima kasih atas cadangan awak..

    tapi rasanya tidak kot untuk saya menulis novel..

    ReplyDelete
  5. wm to ~PaMpeRed bY worDs~,

    syukran sebab suka..
    sekadar mengasah bakat sahaja..
    mungkin tidak seberapa sebab bukan penghasil karya yang baik..
    cume teringat ketika zaman persekolahan, esei yang perlu dijawab untuk exam..
    tibe2 datang idea menulis cerita yang tak seberapa ini..kerana awak telah mencetuskannya..hehehe
    hanya ini yang terlintas..

    iya, mungkin ada pengajaran dan peringatan..buat diri saya yang lemah ini..manusia memang lemah kan..hehe..

    terima ksaih juga di atas komen awak yang membina..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  6. wm to padelkopak,

    konsep 'biar tidak tahu, asalkan jawab semua'..konsep baru yang baru saja saya ketahui..hehe

    apabila kita dah buat sehabis baik walau ape pun keputusannya nanti, pasti ada hikmah di sebaliknya..cuma kita sbg manusia dan hambaNya, perlu muhasabah balik jika keputusan itu tidak menepati kehendak kita..

    wallahu'alam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat