Mampu dan/atau Sanggup

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

kedua-duanya..
mampu terima kenyataan
sanggup harungi cabaran..
the solution anwer is mencuba...dan terus mencuba..

Itu adalah jawapan daripada seorang teman maya saya. Soalan ini pernah saya 'publish'kan di sebuah laman sosial. Agak pelik kan tajuk saya kali ini. Namun sejak kebelakangan ini, dua perkataan ini sentiasa bermain di fikiran saya. Dua perkataan ini sentiasa disebut-sebut oleh seseorang. Sehingga perkataan ini menjadi tanda tanya buat diri saya. "Ramai yang mampu berkorban tetapi berapa ramaikah yang sanggup berkorban?? Kita cuba letakkan kedua-duanya dalam satu keadaan.." Mungkin dua perkataan ini adalah sesuatu yang biasa sahaja dan mungkin tak bermakna langsung bagi sesetengah orang. Namun dua perkataan ini perlu saya gunakan untuk lebih memahami dan memaknai rasa dalam kehidupan. Kenapa? Saya tidak pasti kenapa tetapi saya akan cuba hadirkan beberapa contoh agar saya sendiri mudah memahaminya. Saya akan jelaskan di perenggan-perenggan seterusnya.

Saya tak pasti samada contoh yang saya berikan ini sesuai atau tidak tetapi ini sahajalah contoh-contoh yang terlintas di fikiran saya ketika ini. Namun saya masih terfikir, relevenkah entri saya kali ini??

Contoh yang pertama : Kita andaikan seseorang yang bernama Ruqaiyah. Ruqaiyah seorang yang mampu menulis. Dia mampu untuk menulis pelbagai genre dalam sastera. Segala-galanya sempurna dan cantik apabila dia menulis. Suatu hari, dia ditawarkan untuk menulis artikel di dalam sebuah majalah. Sebuah majalah islamik yang memerlukan huraian yang jelas, mudah difahami dan padat tentang sesuatu isu. Artikel tersebut perlulah dibaca dan difahami oleh semua lapisan masyarakat. Namun apa yang dilakukan oleh Ruqaiyah? Dia menolak tawaran tersebut. Anda rasa kenapa dia bertindak sedemikian? Ini kerana dia tidak sanggup untuk menulis artikel sehebat itu. Walaupun dia mampu menulis dengan baik sekali, namun dia tidak sanggup untuk melakukannya.

Contoh yang kedua : Di sini kita masih andaikan orang yang sama, Ruqaiyah. Dia juga seorang yang mempunyai kelayakan dalam bidang grafik. Hanya dia yang mampu melakukan grafik untuk bahagian penerbitan sebuah majalah. Apabila ditawarkan pekerjaan itu kepadanya, dia tidak berfikir panjang kerana dia sanggup untuk melakukan pekerjaan tersebut. Dalam situasi ini, Ruqaiyah seorang yang mampu kerana berkelayakan dalam bidang grafik dan dia juga sanggup kerana mahir dalam bidang itu. Anda faham ke?? (Macam belit-belit saja ayat-ayat ini)

Contoh yang ketiga : Sebagai umat Islam, kita amat digalakkan untuk menderma. Saya andaikan di sini ada dua orang. Dua-duanya orang kaya atau dengan kata lain orang yang hidupnya sederhana tetapi mampu memiliki apa-apa sahaja yang dikehendaki. Si Y seorang kaya yang pemurah lagi dermawan. Dia mampu untuk menderma seberapa banyak wang yang dia miliki. Kerana dia mempunyai wang yang banyak. Jadi, dia sanggup menderma kerana dia tahu bahawa di dalam hartanya terdapat milik/hak orang yang miskin. Di dalam surah Adz-Zhariyat [51] ayat 19 Allah SWT telah berfirman, "Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)." Si Z pula, dia juga seorang yang kaya malah melebihi kekayaan Y. Dia mampu untuk menderma dan bersedekah kepada golongan yang fakir dan miskin. Namun, hakikatnya tidak begitu kerana dia tidak sanggup menginfakkan hartanya di jalan Allah. Dia merupakan seorang yang bakhil dan terlalu menyayangi hartanya.

Contoh yang keempat : Kalau kita lihat, hampir keseluruhan umat Islam memang sudah mengetahui akan keharaman riba. Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman." (TQS Al-Baqarah [2] : 278) dan "...padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.." (TQS Al-Baqarah [2]:275) Saya andaikan seorang pengurus. Dia bernama Amran. Dia mempunyai gaji yang mencecah ke lima angka. Jika kita melihat akan gajinya, kita pasti akan meneka bahawa dia sangat mampu untuk membeli kereta BMW. Anda setuju dengan saya? Tetapi dia hanya membeli kereta yang biasa-biasa sahaja. Anda rasa kenapa? Kerana Amran tidak sanggup untuk terlibat dengan keharaman riba. Dia tidak sanggup untuk mengambilnya kerana takut akan Allah SWT.

Dan contoh yang kelima : Saya andaikan diri saya sendiri untuk contoh ini. Saya memang mampu untuk mengambil jurusan sains dan akhirnya saya memilih farmasi sebagai kursus saya di universiti. Tetapi sekiranya saya tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak, adakah saya sanggup untuk meneruskan pengajian saya itu? Iya, saya sanggup kerana saya telah berazam untuk graduate dengan ijazah farmasi. Jadi saya perlu mengusahakan apa sahaja cara agar saya boleh meneruskan pengajian itu.

Demikianlah lima contoh yang cuba saya kongsikan. Biarpun entri mungkin sekadar 'apa-apa aje', saya harap ia boleh dimanfaatkan agar kita memahami bahawa mengutamakan perkara yang lebih utama di dalam hidup adalah penting. Sepenting memberikan setitik air kepada orang yang kehausan di panas terik dan membahang. Kerana berapa ramai yang sanggup berkorban untuk dakwah sedangkan mereka tahu mereka mampu untuk melakukannya.

Wallahua'lam.

6 comments:

  1. Salam

    Baru sy nmpk apa yang kamu jelas.
    Kita sebagai seorang Muslim dan mahu mengkategorikan diri kita berada di dalam Muslim yang baik sepertimana yang di firmankan Allah SWT di dalam surah al-Mukminun ayat 01-11, hendaklah mencuba dan terus mencuba. Allah SWT menyukai hambaNya memperbaiki kebaikan.


    Wallahulam

    ReplyDelete
  2. Wsalam..

    Baru nampak ya?? Terima kasih kerana membaca entri saya yang tak seberapa ini..

    Iya, untuk menjadi Muslim yang bertaqwa, kita perlu menajadi Muslim seperti yang difirmankan Allah SWT. Kita perlu mencuba dan terus mencuba..InsyaAllah..

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Iya baru nampak. Tampak bagus penulisan kamu. Afwan.. Syukran atas perkongsian pandangan kamu ini.. Pape pun teruskan bertulis dan menulis..

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah..

    terima kasih kerana bertandang ke blog sy.. (^_^)

    entri ni berguna utk kita renungkan..

    "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya" (laskar pelangi)

    only then hidup ini berguna buat org lain.. dan untuk memberi, kita perlu berkorban. adakalanya, pengorbanan yang dituntut itu sedikit. namun adakalanya pengorbanan yg dituntut itu banyak, melibatkan tenaga, harta mahupun nyawa. persoalannya, berapa ramai yg mampu dan sanggup berkorban?

    tetapi andai diri ikhlas dlm memberi, janji Allah itu pasti. syurga menjadi milik mereka yg rela mengorbankan hidupnya pada jln Allah, insyaAllah..

    may Allah bless u

    ReplyDelete
  5. to mata comel,

    terima kasih. insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. to Humayra'

    Terima kasih atas ziarah..
    Mudah-mudahan ia berguna untuk anti dan juga ana serta sahabat-sahabat yang lain.. InsyaAllah..
    Semoga anti juga sentiasa diredhaiNya..
    Wallhua'lam..

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat