‘Perpecahan Melayu teruk’

(Utusan Malaysia: 18/06/2009)

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah. Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia. ‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan. ‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Masih berada di dalam ruang lingkup assabiyyah. Itulah kesimpulan awal yang boleh dikatakan berhubung kenyataan Mufti Perak di atas. Perpecahan yang sedang berlaku di kalangan orang melayu pada hari ini adalah disebabkan mereka tidak menjadikan Islam sebagai asas di dalam menyelesaikan masalah kehidupan. Bahkan, menjadikan agenda melayu untuk menyatukan umat Islam di Malaysia bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT:

“dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya” [TMQ Ali 'Imran (3) : 103].

Jadi, mengapa mufti Perak itu masih lagi mengusung perkataan “Melayu” di dalam usaha menjelaskan isu perpecahan di kalangan umat Islam pada hari ini. Yakinlah bahawa Melayu hanya akan menjadi mulia dan kuat apabila mereka kembali berpegang kepada ajaran Islam sebagai satu syariat dan bukan sekadar mengambilnya di dalam bab kerohanian semata-mata. FirmanNya:

“padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [TMQ Al Munaafiquun (63) :8].

2 comments:

  1. Salam'Alaik.benci dgr pktaan Perjuangan Melayu sllu. Perjuangan Islam itu pjuangan hakiki&semua bangsa bsatu hy di bwh naungan Islam smata-mata.mn mgkn ada sbb lainnya...

    Alhamdulillah pencerahan yg baek bt ummah

    ReplyDelete
  2. Wslm, izzan

    Lame tak menjengah ke sini ya. Apa khabar?? Sihat??

    Iya, perjuangan melayu takkan ke mana kerana ia adalah perjuangan yang menyeru akan assabiyyah. sedangkan Rasul melarang kita berjuang di atas assabiyyah.

    Sesiapa atau gerakan yang berdiri atas dasar assabiyyah (perkauman), menyeru kepada assabiyyah, berjuang atas dasar assabiyah serta menghunus keris di jalan assabiyyah yang kesemuanya diharamkan oleh Islam. Sabda Rasulullah saw,

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Wallahua'lam

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat