Dari Tasik Titiwangsa ke Alam Damai


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah habis exam paper yang terakhir pada 8hb April lepas, saya terus menyiapkan assignment yang telah tamat tarikh kecemasannya. Semalaman saya menyiapkan assignment tersebut. Siap sahaja assigment tersebut, saya terus menghantar attachment ke satu emel untuk disemak. Dalam hati saya, mungkinkah assignment saya ini akan dipilih untuk saya persembahkan? Untuk pengetahuan kalian, saya adalah peserta yang akhir sekali menghantar assignment tersebut. (Jangan jadi seperti saya. Jadilah yang pertama dan terbaik.) Namun saya mempunyai sebab yang tersendiri yang tidak perlu saya nyatakan di sini.

Persoalan saya terjawab apabila saya telah dipilih antara beberapa public speakers untuk mempersembahkan hasil assignment masing-masing. Berdebar-debar ketika nama saya terpampang di slide show. Namun saya tersenyum di dalam hati kerana telah terpilih. (Saya memang mengharapkannya setelah saya menghantar emel tersebut dulu. Pecah rahsia.) Mungkin assignment saya tidaklah sehebat speaker-speaker yang lain, tetapi itulah yang mampu saya hasilkan. Inilah hasilnya.

KEMUNDURAN SESUATU NEGARA. ADAKAH DISEBABKAN OLEH KEMISKINAN ATAU PEMISKINAN?

Definisi

Kemiskinan merupakan satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup dan kebiasaannya disamai dengan masalah kekurangan wang. Dalam erti kata lain, kemiskinan merupakan satu keadaan yang mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isi rumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Realiti

Untuk meningkatkan taraf hidup dan keluar dari garis kemiskinan,golongan berpendapatan rendah perlu menggunakan kemahiran dan kebolehan masing-masing. Pada tahun lepas, Menteri Kewangan Kedua berkata, kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan termasuk ilmu kemahiran bagi membolehkan golongan itu memperbaiki kehidupan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, berkata, daripada 60,000 kes, sebanyak 26,000 kes telah diluluskan bantuannya. "Mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan diberikan bantuan tersebut iaitu yang pendapatan seisi keluarga berada di bawah garis kemiskinan iaitu di bawah RM720 sebulan," katanya.

Selain itu, perkembangan pesat ekonomi negara sejak beberapa dekad lepas telah membantu Malaysia mengurangkan kadar kemiskinan daripada 58.7 peratus pada 1970 kepada 7.1 peratus sahaja pada 2007 manakala kadar kemiskinan tegar kini hanyalah 1.4 peratus. Persoalannya di sini adalah 1) apakah peluang-peluang untuk meningkatkan taraf hidup boleh diraih sekiranya ‘peluang-peluang pekerjaan’ itu tidak wujud? 2) adakah peranan JKM dalam membantu keluarga yang miskin dengan memberi bantuan berjaya sekiranya pemberian bantuan terhad kepada peruntukan? dan 3) benarkah kadar kemiskinan telah menurun sekiranya nilai KNK yang diambil kira?

Penyelesaian

Islam merupakan sebuah agama dan sistem hidup di mana ia mempunyai caranya untuk menangani masalah kemiskinan. Antara penyelesaian yang disediakan Islam adalah :

1) Jaminan pemenuhan keperluan asasi (basic needs) seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, 2) pengaturan kepemilikan, 3) penyediaan pekerjaan, dan 4) penyediaan perkhidmatan pendidikan. Sistem Islam merupakan satu-satunya jalan untuk mengatasi masalah pengangguran, kemiskinan, kebuluran dan seumpamanya adalah dengan kembali kepada sistem Islam. Pilihan kini terletak ditangan kita sendiri; kemiskinankah yang ingin kita atasi atau pemiskinan yang ingin terus kita jejaki. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengembalikan Islam sebagai rahmatan lil-'alamin (rahmat bagi seluruh alam) dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah.

Perlu diingatkan di sini, saya hanya menjadikan tulisan saya di atas sebagai point sahaja untuk dipersembahkan. Banyak penambahan yang telah dilakukan.

Sebagai manusia biasa, saya juga nervous ketika public speaking. Lebih-lebih lagi saya adalah peserta yang kurang berpengalaman dalam meyampaikan fikrah saya. Tambahan pula di hadapan saya adalah para muslimah yang bukan calang-calang fikrah Islamnya. Tetapi komen daripada juri tidak menghampakan saya. Malah memotivasikan saya. Benar kata beliau, sepatutnya speaker-speaker mempunyai niat untuk melakukannya lagi dan berada di depan audiens sekali lagi. Iya, saya ingin mengulanginya lagi dan lagi dan lagi. Dan mungkin setelah beberapa kali, saya akan menjadi semakin matang dalam menjadi speaker. Pepatah Inggeris mengatakan, 'Practise Makes Perfect'. Betul kan? Seriously saya cakap, semoga saya boleh menjadi speaker yang dikehendaki suatu hari nanti. Mungkin dalam 5-10 tahun lagi. InsyaAllah.

Juri tersebut telah memberikan beberapa tips ketika seseorang speaker berada di hadapan audiens. Antaranya adalah jangan terlalu nervous. Sebenarnya, saya pernah berjaya atasi masalah ini memandangkan saya merupakan seorang bekas wakil sekolah untuk pertandingan syarahan dan juga pidato. Saya juga telah melakukan beberapa presentation di hadapan orang. Semua sedia maklum, sebagai pelajar universiti, melakukan perkara itu adalah perlu kerana itu merupakan salah satu soft skills yang perlu. Malah ketika berada di alam kerjaya kelak, presentation juga memang perlu. Jadi, mengapa masih nervous? Sebenarnya keterikatan kita dengan Allah SWT adalah sangat penting. Sekiranya kita benar-benar mengharapkan keredhaanNya, insyaAllah kita mampu atasi masalah ini di lain waktu. Tepuk dada tanya iman.

Selain itu, juri tersebut juga menerangkan sekiranya audiens sudah tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang kita ucapkan, adalah baik jika kita selitkan cerita-cerita menarik yang releven dengan topik tersebut. It works sebab audiens akan kembali memberi perhatian semula kepada kita. Macam kita kecil-kecil dulu, kan memang suka mendengar cerita. So, same goes to them.

Sebenarnya, walau apa pun cara yang cuba kita lakukan dalam menyampaikan ucapan atau presentation, mengawal audiens adalah penting. Tersangat penting. Jika kita berjaya mengawal audiens dalam apa jua keadaan, insyaAllah apa yang kita cuba sampaikan mereka akan terima, cerap dan fahami dengan mudah. Try it. Dan kepada para da'ie yang masih dibina, telah dibina dan akan dibina pemikiran dan sakhsiyyahnya, yakinilah bahawa fikrah yang cuba kita sampaikan kepada umat adalah yang benar dan mantap. Hanya keredhaan Allah SWT semata-mata yang kita harapkan. Sebab kita tidak akan tahu bilakah tibanya hari kematian untuk kita. Allah berfirman:

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.” (TQS Ali ‘Imran [3]: 145)

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal); maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. "(TQS Al-A’raaf [7]: 34).

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat