Pernah tak sahabat-sahabat terfikir, kenapa rasuah di negara 1Malaysia ini tak kunjung hilang, bahkan semakin berlambak-lambak kesnya? Bukan sahaja ikan bilis yang ditangkap,bahkan ikan-ikan jerung juga dicekup. Tetapi itu sahajakah jumlah mereka? Apakah ahli politik tidak menyumbang kepada kes-kes rasuah di Malaysia? Saya nih memang suka melemparkan soalan-soalan cepumas kepada kalian kan. =D Sekadar untuk membuka minda kalian agar kalian bersama-sama berfikir. Begitu juga dengan saya, agar saya sentiasa berfikir. Kalau sahabat nak maklumat lanjut atau sangat-sangat teruja nak penyelesaiannya, sila baca Sautun Nahdhah isu 24 tentang rasuah. Sila klik pautan untuk membaca.
Islam Memberantas Rasuah
Sistem pencegahan rasuah di dalam Islam dibangunkan dengan suatu sistem yang sangat sederhana dan efektif. Dalam wacana pembuktian ianya disebut dengan sistem pembuktian terbalik. Sistem ini berjalan mengikut logik bahawa pegawai di dalam sistem Khilafah bertugas 24 jam melaksanakan amanah. Dia tidak layak untuk mendapat lebihan harta dari yang selayaknya dia miliki, walaupun dia memperolehinya secara halal. Apabila ada lebihan harta, dia mesti menjelaskan dari mana dia memperolehinya. Jika dia memperolehinya secara curang, maka harta itu wajib dikembalikan kepada negara.
Sistem pembenterasan rasuah dengan sistem pembuktian terbalik ini pernah dilakukan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab ra. Ketika Abu Hurairah ra dilantik menjadi wali (gabenor), beliau menyimpan harta yang banyak dari sumber-sumber yang halal. Mendapatkan informasi tentang hal itu, Amirul Mukminin, Khalifah Umar bin Al Khattab ra telah memanggil Abu Hurairah ra ke Madinah. Sampai di Madinah, Khalifah Umar ra berkata kepada Abu Hurairah ra: ”Wahai musuh Allah dan musuh kitabNya! Bukankah engkau telah mencuri harta Allah? ”
Abu Hurairah ra menjawab: ”Wahai Amirul Mukminin, aku bukan musuh Allah dan bukan pula musuh kitabNya. Sebaliknya aku adalah musuh kepada sesiapa sahaja yang memusuhi kedua-duanya. Dan aku bukanlah orang yang mencuri harta Allah”. Khalifah Umar ra bertanya kepadanya: ”Lalu dari mana engkau mengumpulkan harta sebanyak 10,000 dinar itu?” Abu Hurairah ra menjawab: ”Dari untaku yang berkembang biak dan dari sejumlah pemberian yang berturut-turut datangnya”. Khalifah Umar ra berkata: ”Serahkan hartamu itu ke Baitul Mal kaum Muslimin”. Abu Hurairah ra segera memberikannya kepada Khalifah Umar ra lalu mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berkata: ”Ya Allah, ampunilah Amirul Mukminin”.
Kisah di atas menjelaskan bahawa, pertama, harta negara dalam sistem Khilafah pada hakikatnya adalah harta Allah SWT yang diamanahkan kepada para pegawainya untuk menjaganya dan tidak boleh mengambilnya secara tidak haq. Tindakan mengambil harta negara secara tidak haq adalah tindakan curang yang bagi pandangan Khalifah Umar ra diibaratkan sebagai mencuri harta Allah untuk lebih menegaskan keharamannya.
Kedua: Para pegawai yang mengambil harta negara secara tidak sah, maka bagi Khalifah Umar ra dianggap sebagai musuh Allah dan kitabNya. Ini membawa maksud bahawa Khalifa Umar menganggap mereka ini tidak menghiraukan lagi larangan Allah SWT.
”Siapa saja yang berbuat curang, maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu”. [TMQ. Ali Imran(3): 161].
Ketiga: Khalifah sebagai ketua negara wajib menjaga pegawainya agar tidak ada yang melakukan tindakan curang dan rasuah. Untuk menjaga hal ini, Khalifah Umar ra membuat peraturan bahawa sesiapa sahaja Gabenor (wali) yang diangkatnya, akan dihitung terlebih dahulu jumlah kekayaan peribadinya sebelum diangkat memegang jawatan tersebut. Kemudiannya dihitung lagi ketika dia berhenti. Jika terdapat indikasi bahawa adanya jumlah tambahan harta yang tidak wajar berlaku, maka beliau akan menyita lebihan yang tidak wajar itu atau membagi dua, separuhnya diserahkan kepada Baitul Mal.
Wahai kaum Muslimin! Yakinlah bahawa dengan menukar sistem Kapitalisme kepada sistem Khilafahlah, dengan para pemimpin yang benar-benar bertakwa, merupakan satu-satunya jalan untuk menghapuskan dan memberhentikan amalan rasuah ini. Yang pastinya hancurkanlah sekular dan tegakkan Islam. Itulah satu-satunya jawaban kepada amalan jijik rasuah.
Wallualam..
Yaa...rasuah sgt bahaya..celakalah bagi pemberi dan penerima!perubahan sgt perlu,kalau tak...makin teruk la jadinya..
ReplyDeleteLatest post:Cerita Pangkor bahagian 2 pula
@iqbalsyarie,
ReplyDeleteiyah, itulah.. cuma, saranan kerajaan hanyalah kempen semata-mata.
maka, bagaimana rasuah bisa dihapuskan?