Si Kecil Lincah


Entri ini ringan je. Saja nak perkenalkan buah hati pengarang jantung saya. Hee. Umurnya dah genap 11 bulan hari Jumaat nih (6hb September 2009). Si kecil nih menjadi rebutan ramai gadis sunti dan juga bujang yang cergas. Malah turut menjadi rebutan bagi yang sudah mempunyai 3 generasi.

Buktinya yang pertama, si jejaka handsome yang mempunyai sideburn sangatlah menyukai si kecil ini. Setiap kali balik sekolah, pasti bertandang ke rumah nenek si Kecil untuk mendukung, memeluk dan bermain dengan si kecil tanpa menukar baju seragam sekolah. Kedua, si gadis comel bertudung litup juga selalu ke rumah nenek si kecil semata-mata untuk bertanya, "Ilham mana?" dan terus mendukung si kecil tanpa pemantauan mama-mamanya. Aksi ini sangat bahaya jika dibiarkan berlarutan. *_*

Oh, ya! Si kecil belum pandai bercakap. Hanya pandai menyebut, 'abbah', 'amma,' dan menangis. Hikhikhik. Untuk perkataan 'Ummi' memang sangat lari jauhlah kalau si kecil ini nak menyebutnya. Yang paling si kecil ini pandai dan sangat suka adalah MAKAN. He eats everything. Siapa sahaja yang suap makanan, si kecil akan terus jatuh cinta pandang pertama tanpa menoleh ke belakang.

Insan yang akan menyebabkan si kecil ini terus bangun dari tidur apabila mendengar suara dan merangkak laju kepadanya adalah Si Atok. Atok si kecil sahajalah yang amat-amat disukai. Apabila si kecil sudah di dalam dukungan si Atok, maka Si Nenek dan Si Ummi akan ditolak mentah-mentah. Sungguh kasihan kan. =P

Kegemaran si kecil adalah memegang stereng. Tak percaya? Mari lihat ini gambar.Sila percaya 101%.

Muka sangat gembira dapat memegang stereng. ;)

Siap dapat pegang stereng kereta bomba lagi. Hee
Betul kan apa yang saya beritahu? Si kecil nih memang pantang naik kenderaan empat roda yang berenjin. Nampak je stereng, terus menerjah ke tempat duduk pemandu. Lebih-lebih lagi kalau si pemandu adalah Si Atok dan juga si Ayah. Si Mamanya kureng sikit untuk si kecil terjah dengan tiba-tiba (^_^)'. Kalau kenderaan berhenti, mulalah si kecil hendak dekat si pemandu. Jenuh jugak Si Atok melayan. Sebab teman bermain si kecil adalah si Atok dan si Nenek. Hehehe. Apa nak buat, dah cucu kesayangan. The End.

8 comments:

  1. masya Allah. comel... ana nak cepat2 kawin la.. nak anak. heeee~

    ReplyDelete
  2. comelnya Ilham... si gadis comel bertudung litup itu mungkin tidak datang lagi ke rumah nenek si kecil kerana demam yang sangat panas....

    ReplyDelete
  3. @chayaharumankasturi,

    memang comel kan.. mcm siapa? cuba teka? ;D

    ReplyDelete
  4. @SoutulMujahid,

    =), kenalah berdoa supaya segera menikah..InsyaAllah, akan dapat anak secomel si cilik..

    ReplyDelete
  5. @. : : Muslimah : : . ,

    hai, macam tahu je ukhti nih siapa si gadis bertudung litup itu.. hee

    Nanti, suh si gadis jangan nakal-nakal ye.. Kalau demam, makan ubat, dengar cakap umi and kirim salam kat si gadis dan kakaknya k.. =)

    ReplyDelete
  6. @iqbalsyarie,

    he's really innocent..

    well, mcmana nak buat link post kat komen ye??

    ReplyDelete

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat