Bila suka Makan, maka Masak kena Pandai!!

Apabila kita bercakap soal masakan, kebanyakannya orang memang suka makan. Just like me, hehehe. Saya suka makan. Dan kerana itu, saya tahu memasak walaupun takdelah hebat seperti Chef Wan. Owh, rupanya saya peminat Chef Wan. =D

Pernah tengok rancangan masakan 'Sajian Ramadhan Bersama Chef Wan'? Bila saya berada di rumah, setiap pagi saya menonton rancangan itu. Mungkin bagi saya, walaupun tak masak apa yang Chef Wan masak, tengok pun jalan je. Ada satu masakan itu kegemaran saya. Saya pernah jugak memasaknya. Setelah menonton rancangan itu, saya boleh memperbaiki masakan yang saya gemari itu. Masakan itu bukan sahaja digemari oleh saya, malah adik beradik saya juga suka. (Gembira sebab ada geng. Hee.)

Masakan ini saya gemari ketika pertama kali saya memakannya bersama nasi lemak di gerai tepi jalan berdekatan dengan masjid di rumah saya. Saya terus sangat suka akannya. Setiap kali membeli nasi lemak, saya akan tambah side order masakan ini. Hanya di gerai nasi lemak makcik itu yang sedap. Di gerai lain tak berapa enak. Pernah suatu ketika dulu saya membeli masakan itu di sebuah gerai dan rasanya tidak sesedap di gerai nasi lemak itu. Maka saya bertekad untuk cuba memasak sendiri. Alhamdulillah, menjadi dan licin. Hee.

Untuk resepi sahabat Chef Wan ini, saya belum mencubanya lagi. Basically, sama je macam yang saya pernah buat dulu. Saya akan cuba memasaknya lagi after exam midsem ini habis. Dan semestinya, ketika itu saya telah berada di rumah untuk bercuti hari raya. ;)


PARU GORENG SERAI BERJINTAN

Bahan – bahan :-
500 gram Paru (Direbus)
500 gram Hati lembu (Direbus)
5 batang Serai
1 biji Bawang Besar
1 camca besar Jintan Manis
4 camca besar Air Asam Jawa

Bahan A
1 camca besar Garam
2 camca besar Air Asam Jawa
1 camca besar Serbuk Kunyit

Bahan B
6 biji Cili Merah
4 biji Bawang Merah
4 biji Bawang Putih
3 cm Halia

Cara-cara membuatnya :-

1. Paru dan Hati tadi dihiris nipis dan di rebus, selepas itu gaulkan ia dengan Bahan A.
2. Gorengkan hati dan paru dalam minyak yang banyak. Tos dan ketepikan.
3. Kisar kasar Bahan B. Tumiskan serai dan jintan manis. Apabila agak layu angkat dan letakkan bersama paru dan hati tadi.
4. Tumiskan bahan B sehingga garing, masukkan garam, gula merah dan air asam jawa.
5. Masukkan paru dan hati dan kacau sehingga sebati
6. Angkat dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat