Lantas, abah terus membelek buku (Tetralogi Dasar Islan oleh Arief b. Iskandar) yang dipegangnya dan membaca ayat Al-Quran yang menerangkan tentang penerangan abah itu. Jelas hujah naqli itu menunjukkan bahawa hanya Islam yang diterima dan diredhai oleh ALLAH SWT. Sesiapa yang menganut selain agama Islam, maka takkan diterima Allah sebagai agama. Jika ada sesetengah orang terutamanya umat Islam sendiri yang menyamakan agama anutan di dunia ini dengan agama Islam yang syumul, maka kita boleh semak balik status agamanya itu.
"...Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu." (QS Al-Maidah [5]:3)
Abah menyambung lagi penerangannya. Kali ini tentang Al-Kitab. Mengapa Al-Kitab? Ini kerana Al-Kitab merupakan petunjuk kepada segala permasalahan di dunia ini. Tapi umat Islam sekarang ini mengambil penyelesai bukan dengan merujuk Al-Quran. Sebaliknya mereka merujuk kepada buku merah undang-undang kufur, Lord Reid. Dalam surah An-Nahl ayat 89, Allah telah menerangkan bahawa Al-Qurang diturunkan kepada manusia untuk menjelaskan segala sesuatu. Saya ulang, menjelaskan segala sesuatu dan ini bermakna tiada satupun masalah di dunia ini yang tak dapat diselesaikan dengan berpandukan Al-Quran.
"...Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri."
(QS An-Nahl [16]:89)
Tapi mengapa mereka tidak mahu berserah diri?? Wallahualam..
mantap !!! :)
ReplyDeleteIslam the way of life . .
yup..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. syukran ya ukhti.. ;)