“Oleh kerana itu banyakkanlah yang 4 perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. 2 perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”
Saya tak pasti sumbernya dari mana atau ini hadis ke apa, untuk maklumat lebih tepat, sahabat boleh bertanya kepada Puan Syakila di sini. Semoga hari ini berakhir dengan sabar dan tenteram dalam beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya.
Ahad lepas, pertama kali saya menaiki KTM komuter setelah beberapa bulan koc wanita dilancarkan. Saya berpeluang menaiki koc wanita untuk perjalanan pergi dan balik. Segalanya berwarna merah jambu kecuali gerabaknya. Apa yang menarik, semua penumpang berjantina wanita dan mempunyai seorang penjaga lelaki di pintu gerabak. Wah, jelas tampak betapa wanita dijaga di dalam koc tersebut!.
Ada suatu ketika, ada seorang penumpang lelaki memasuki koc tersebut, penjaga koc meminta penumpang lelaki tersebut ke gerabak sebelah. Koc wanita khas buat wanita. Sekali pandang, memang sangat bagus perkhidmatan yang diberikan. Tapi bila difikir-fikirkan balik bagi yang benar-benar ingin berfikir, koc wanita bukanlah khas buat wanita dan keselamatan wanita ada kemungkinan dan berkemungkinan tidak selamat. Mengapa saya berkata sedemikian?
Sebabnya ketika perjalanan pulang, koc wanita telah diisi oleh beberapa orang penumpang lelaki yang pentingkan diri sendiri dan kelihatan tiada penjaga koc seperti perjalanan pergi. Sekarang wanita di dalam koc berkenaan terdedah kepada bahaya gangguan dan keselamatan yang tak terjamin. Anda setuju?
Wanita juga hanya selamat apabila berada di dalam koc wanita. Bagaimanakah pula keselamatan wanita ketika menunggu untuk menaiki koc tersebut dan selepas menaiki koc tersebut untuk ke destinasi masing-masing? Sudah semestinya keselamatan wanita terancam dan sistem yang ada sekarang ini pastinya membuatkan wanita sentiasa menjadi mangsa keadaan lelaki-lelaki yang tidak beriman dan tidak bertanggungjawab.
Koc Merah Jambu, Penyelamat Maruahku? telah mengulas dengan terperinci tentang keselamatan wanita dan koc merah jambu. Sila baca untuk menjernihkan pemikiran dan pemahaman anda. Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari Allah jua tapi disandarkan atas kelemahan saya sebagai seorang hamba.
Wanita Mustanir,
sendirian tenang di 21-1
Saya pernah juga naik koc wanita nih. Memang sesak dengan wanita.
ReplyDelete@anita ariffin,
ReplyDeletebest kan tapi sesak..