Apapun, untuk kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang blog yang saya kira menarik dan comel di mata saya. Kat sini ada 4 semuanya. Supaya yang membaca ini lebih jelas dan tidak salah faham, blog ini saya kongsikan di sini kerana saya amat suka melawat ke sana biarpun sekadar melihat segala widget yang mereka ada.
Pertama, !KEMULIAAN ISLAM!. Blogger setahun jagung ini telah mempunyai follower seramai 86 orang. Apa yang menarik tentang blog ini? Mungkin kerana tuan blog mempunyai teman yang ramai. Mungkin juga kerana ayat-ayat yang digunakan sangat santai dan kelakar tetapi mempunyai mesej yang sangat penting kepada para pembaca.
Semalam saya ke sana lagi dan telah berlaku renovation lagi oleh tuan blog. Iyalah, usianya yang masih muda dan memang suka bertukar-tukar citarasa. Jemputlah ke sana untuk membaca entri yang keanak-anakan tuan blog. Jangan mare ye, cik 1UMMAH.
Kedua, BUNGA BICARA. Yang ini pun satu, blogger setahun jagung tapi dah pandai nak berlari. Hehehe. Cik tuan blog sangat kompeten dalam arena blog. Segala macam koding yang telah dipelajari diaplikasikan dengan segera. Maka, blognya semakin hari semakin mengancam daripada saya. Biasalah kalau yang telah dimodifikasi akan lebih terserlah. Walaupun baru 4 bulan dalam arena ini, cik tuan belog dah mendapat 2 anugerah daripada rakan blogger yang lain. Hebat bukan?
Ketiga, demi pena dan apa yang dituliskannya.... Blog ini juga mengalami revovation yang amat mengujakan saya sebagai pembaca setianya. Biarpun saya yang lebih mendahului cik IA dalam arena belog, tapi cik ini telah jauh ke depan. Siap ada flash di sisi kanan belog cik ini. Mari lihat flash yang dipaparkan di belog cik IA.
Yang keempat adalah -Perjalanan Seorang Wanita-. Belog ini mungkin biasa-biasa sahaja bagi sesetengah blogger. Tapi tidak bagi saya. Entrinya seperti jauh dari usia cik tuan belog. Isinya amat matang dari usia. Seorang gadis yang bakal menempuh alam dewasa. Maka, lahirlah -Perjalanan Seorang Wanita-. Selamat membaca dan bersilaturrahmi.
Sekian, ini sahaja untuk entri tengah hari ini.
Wanita Mustanir,
penghuni 21-1
Saya dah jenguk ke blog mereka. Nampaknya dah berubah wajah dan so colorful..
ReplyDelete@ninani,
ReplyDeleteterima kasih kerana membaca entri2 saya di sini..