Tidak Besedekah dan Tidak Berjihad, Lalu dengan Apa Anda Akan Masuk Syurga?

Dari Basyir bin Khashashiyah radhiyallahu ‘anhu berkata: Aku mendatangi Rasululah Saw untuk membaiatnya atas Islam. Kemudian Rasulullah mengajukan syarat kepadaku: Anda bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan bersaksi bahawa Muhammad hamba sekaligus Rasul-Nya, mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, berhaji ke Baitullah, dan berjihad di jalan Allah.

Aku berkata, wahai Rasulullah: Ada dua syarat dimana aku tidak mampu. Pertama, zakat. Sebab saya tidak memiliki kecuali sepuluh unta. Unta-unta itu penopang hidup keluargaku dan kendaraan mereka.

Kedua, jihad. Dalam hal jihad ini mereka mengatakan bahawa siapa saja yang lari dari medan jihad, maka ia akan mendapat murka Allah. Aku khawatir bahawa ketika aku ikut dalam sebuah peperangan, aku takut mati, sehingga jiwaku menjadi lemas.

Rasulullah memegang tangannya, lalu menggerakkannya. Selanjutnya beliau bersabda: Tidak bersedekah dan tidak pula berjihad, maka dengan apa Anda akan masuk syurga?

Aku berkata, wahai Rasulullah: Aku membaiatmu. Kemudian beliau membaiatku dengan semua syarat tersebut.

(Hadis ini diriwayatkan oleh Baihaqi dan Hakim. Sedang Hakim men-shahih-kannya, dan disepakati oleh ad-Dzahabi).

2 comments:

Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)

 

Copyright © 2013 | Wanita Mustanir | by Cik Bulat