Tidak menghairankan jika Allah s.w.t mengingatkan bahawa anak-anak adalah perhiasan. Demikian juga apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menyayangi anak-anak.
Daripada Abu Hurairah, ia berkata, ”Pernah Rasulullah mencium Hassan, putera Ali, di hadapan Aqra Ibnu Habs at-Tamimi. Dia kemudian berkata, ”Saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak pernah satu pun daripada mereka saya cium.” Rasulullah melihat kepadanya dan berkata, ”Siapa yang tidak menyayangi, tidak disayangi (oleh Allah).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Al-Quran juga berbicara tentang Luqman yang amat meyanyangi anaknya. Nabi Muhammad s.a.w (dan lebih-lebih umat baginda) diperintahkan meneladani sikap manusia bijaksana itu.
Allah berfirman yang bermaksud: ”Ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya pada iwaktu ia menberi pelajaran kepadanya, ”Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Luqman: 13)
Perhatikan bagaimana al-Quran merestui bahkan mengabdikan ucapan-ucapan Luqman ketika mendidik anaknya. Perhatikan juga bagaimana Luqman memanggil anaknya dengan panggilan mesra, ”Ya Bunayya” (Wahai anak kecil kesayanganku) sebagai isyarat bahawa mendidik anak hendaklah didasari oleh rasa kasih sayang yang mendalam terhadap mereka.
Bagaimanapun, terdapat pula sesetengah ibu bapa yang terdorong oleh keinginan yang sangat tinggi, menuntut daripada anak cara kehidupan beragama atau jenis pengetahuan yang tidak sesuai dengan pertumbuhan fizikal serta perkembangan jiwanya.
Sikap ibu bapa yang seperti ini sebenarnya tidak sesuai dengan tuntutan agama. Satu peringatan kepada ibu bapa agar tidak memaksakan pengamalan agama yang berlebihan kepada anak-anaknya kerana ia akan meninggakan kesan yang tidak baik terhadap perkembangan jiwa anak-anak itu.
Di sini, pentingnya memberikan perlindungan kepada anak, bukan saja daripada orang lain, tetapi juga dari keluarga sendiri, bahkan dari orang tua yang tidak pernah ingin memahami atau yang ingin mendapatkan ‘keuntungan’ secara cepat daripada pembesaran anak itu.
Pertumbuhan anak dari segi sikap, perilaku dan keperibadian, bukan hanya ditentukan oleh ibu bapa atau keluarga tetapi juga oleh persekitaran. Persekitaran di sekolah dan masyarakat harus seiring dan tidak bertentangan dengan apa yang dialami oleh anak disekitar keluarganya. Dalam konteks perlindungan ini juga, pemerintah perlu menetapkan peraturan perundangan yang dapat menjamin perlindungan anak dari segala kesan negatif terhadap moral dan agamanya.
Nota ringkas yang tak berapa nak ringakas hehe: perkongsian ini bukanlah idea atau penulisan ana seratus peratus. Ana juga tiru dan tampal bagi insan-insan yang tidak menjumpai bahan bacaan seperti ini. Ana juga terlupa untuk sertakan pautan penulisan asal ini. Tapi insyaAllah, boleh dipraktikkan. Maaf atas khilaf ana selama ini.
Owh ya! Kalau pembaca datang ke sini, ada perasan tak yang ana nih suka menulis sekitar kehidupan anak-anak walaupun ana belum mempunyai anak sendiri? Untuk mempraktikkan sifat keibubapaan atau rasa tanggungjawab keibubapaan bukanlah semestinya perlu tunggu ada anak sendiri. Bagi ana, kalau kita dah ada sepupu yang kecil-kecil atau anak saudara, itulah masanya yang boleh kita praktikkan.
Teringat ana ketika anak saudara ana, Megat Ilham demam, abah menegaskan, "Ilham tuh akan mu yang asuh sekiranya uminya takde." Tersentak juga ana. Tapi memang betul, tugas ana untuk memikul tanggungjawab itu sekiranya Allah telah takdirkan. Jadi, amat penting untuk belajar dari sekarang sebelum tiba masa untuk diri sendiri. Kita perlu menyayangi anak-anak saudara atau anak-anak jiran tetangga kerana umat Islam perlu ambil tahu akan keadaan setiap anak muslim. Wallualam.
loving ye cik shira ini :)
ReplyDeletesenang ke mahu jadi ibu mithali ?
tak pe2..yang penting usaha
may Alllah bless eh
biasa je.. setiap wanita fitrahnya memang begitu.. saya rasa awak pun sama kan.. cuma keadaan sahaja yang membezakan kita..
ReplyDelete