by Siti Zahirah Mohammad on Thursday, 14 October 2010 at 00:45
Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.
P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri
Nota :
Tergerak hati saya untuk berkongsi dengan teman-teman di sini. Sepatutnya saya publish post ini sebelum saya berangkat ke Terengganu Jumaat lepas. Tapi disebabkan kelam kabut membuat persiapan terakhir untuk ke sana, maka post ini hanya disimpan sebagai draft.
Dewasa ini, pelbagai cerita dan taktik untuk merogol mangsa dapat kita ketahui. Contoh terbaru yang saya ketahui adalah seperti nota yang dipost daripada FB di atas. Saya copy paste untuk teman-teman dan juga saya sendiri. Pernahkan teman-teman terfikir, mengapa jenayah rogol tidak kunjung pergi malah semakin bertandang dari hari ke hari? Mungkin apa yang dikongsikan oleh saudari kita di atas adalah realiti yang berlaku dan ia sesuatu yang bagus untuk kita sentiasa berhati-hati. Tetapi sampai bila kita perlu berhati-hati sekiranya tiada penyelesaian terhadap kes jenayah rogol dibuat?
Adakah dengan menjaga segala aurat kita, menutup aurat yang diperintah sang Khaliq, keluar berteman dengan izin ibu bapa, berjalan di khalayak ramai, kes rogol ini semakin bekurang? Sampai bila kita akan berasa takut setiap kali kaki menjejakkan kaki ke tempat-tempat awam? Ini sedikit petikan dari media massa tentang isu rogol.
“Jika faktor pakaian dikatakan sengaja memberi peluang untuk dirogol, bagaimanakah dengan kejadian membabitkan murid sekolah beruniform lengkap ataupun warga emas? “Ibu bapa, guru dan pentadbir negara perlu memahami konteks berkenaan, sekali gus mengambil langkah sewajarnya bagi mengikis kefahaman atau pandangan terbabit,” katanya ketika ditemui dalam program Malaysiaku-Festival Raikan Hari Malaysia, di sini, semalam.Menurutnya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes rogol meningkat setiap tahun iaitu 3,098 kes pada 2007 berbanding 2,454 kes tahun sebelumnya dan ia semakin membimbangkan.
”Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. [TMQ Ar-Rum(30): 41]
Isu rogol adalah salah satu masalah dari sekian banyaknya masalah yang melanda umat Islam ketika ini. Lihatlah bagaimana jenayah, kecurian, rompakan, pembunuhan dan banyak lagi tidak kunjung selesai. Bahkan kes terbaru kematian jutawan wanita Datuk Sosilawati yang memenuhi akhbar-akhbar tempatan membuka mata kita tentang keselamatan dan keamanan di dalam sistem sekular saat ini. Sifat rakus, tamak, dengki dan cinta dunia tertanam di dalam jiwa masyarakat yang akan selalu mendatangkan kemudaratan, kecuali bagi golongan orang-orang yang mempunyai kesedaran di dalam diri mereka - mereka yang mampu berfikir dengan nuansa keminanan.
Para pemimpin khususnya dan umat Islam amnya sepatutnya membuka mata mereka seluas-luasnya dan memikirkan sedalam-dalamnya bahawa permasalahan sosial dan permasalahan-permasalahan lain yang dihadapi dalam kehidupan ini tidak sekali-kali akan dapat dituntaskan jika mereka tetap teguh dengan pendirian mereka untuk berpegang dengan sistem kufur Barat. Sesungguhnya Sistem Islamlah yang sangat diperlukan oleh umat dalam menghadapi situasi umat yang sangat kritikal ketika ini bukannya sistem kufur yang berlandaskan akal semata-mata. Dalam erti kata lain, kita sebenarnya memerlukan kekuasaan (Khilafah) yang dipimpin oleh seorang penguasa (Khalifah) yang akan melangsungkan kehidupan Islam dengan menerapkan hukum Allah Subhanahu wa Taala di muka bumi ini secara keseluruhan (kaffah) sebagai peraturan hidup kepada umat manusia.
Rujukan :
1) Kes Rogol Adalah Salah Satu Natijah Daripada Penerapan Sistem Sekular
2)Permasalahan Sosial : Sampai Bila?
No comments:
Post a Comment
Syukran for your nice comment. Please leave your comment again!!! (^_^)